Pages

Showing posts with label Cik Nin. Show all posts
Showing posts with label Cik Nin. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Pabila Gaji Tiada...

Fuh fih fah! 
Tu dia! Banyak betul habuk kat blog cik nin ni. Punyalah lama cik nin tak update kan. Agak-agak ada orang rindu tak? Kalau ada baguslah. Kalau takde pun bagus juga. Takdelah cik nin rasa bersalah sangat sebab tak update blog ni kan. =)

Cik nin sekarang dah tak jadi guru tadika lagi tau. Sekarang cik nin mengajar kat salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur sebagai guru interim.

Apa itu guru interim???

Haa... istilah guru interim ni baru je diwujudkan dalam awal tahun 2012 ni. Memang penat jugaklah nak terangkan berkenaan status guru interim ni kat guru-guru yang ada di sekolah tu. Asal jumpa orang baru je, mesti kena terangkan maksud guru interim tu. Sampai ada sorang cikgu tu cakap, "lain kali rekod ye. bila orang tanya, pasang je rekod tu" hehe...

Guru interim tu ialah guru yang telah ikuti latihan tetapi belum mendapat penempatan (posting). Cik nin jadi guru interim ni sejal 16 Januari yang lalu. Tugas-tugas dan hari cuti guru interim ni sama je macam guru biasa yang lain cuma status dia belum tetap lagi je. 

Selama dua bulan berada di sekolah, alhamdulillah, banyak perkara yang cik nin belajar. Tapi apa yang kurang bestnya ialah.... gaji belum masuk lagi walaupun dah nak masuk bulan ketiga! Oh tidaaakkk!!! Cik nin bukan apa, kalau ikutkan niat hati cik nin ni banyaaaakkkk sangat benda cik nin nak beli n nak bayar. Lagi pulak, nak pergi kerja pun guna duit jugak. Tambang teksi hari-hari buat muka tebal je mintak kat FaMa. (Ceyh.macam tak biasa je kan) Tapi serius. Rasa macam kita ni tak kerja menghabiskan beras, kerja pun mengabiskan beras jugak. hohoho... Lagi satu yg cik nin terkilan ialah, time time gaji belum masuk lagi ni lah macam-macam benda nak rosak. Beg la, kasut la... Selalu benda-benda tu tahan lama je. Ni tiba-tiba semua benda tak bertahan lama pulak. Adeyh~  Ujian...ujian...

Hmm.. ok lah. cukuplah kot celoteh cik nin buat masa ni. Till we meet again. daa~~

Wednesday, January 4, 2012

Tiada Kaitan Antara Hidup dengan Mati

Hallooop hallooop...

Korang ingat tak entry cik nin yang bertajuk Cabaran Paling Mencabar? (klik tajuk untuk baca)

Haa... untuk pengetahuan pembaca semua yang cik nin kasihi sekalian, entry tu sebenarnya cik nin tak tujukan kat siapa-siapa termasuklah diri cik nin. Cik nin tak nyatakan pun sebarang watak dalam entry tu. Cik nin tulis secara umum je. Tiada kaitan pun antara hidup dengan mati.

Jadi cik nin harap, janganlah ada antara pembaca yang buat andaian yang seolah-olah entry tu cik nin menceritakan tentang diri cik nin. Kalau cik nin cerita tentang diri cik nin (dalam mana-mana entry sekali pun), cik nin akan sebut nama cik nin dalam cerita cik nin tu seperti dalam entry ni (terjah perkataan 'ni' tu untuk baca).

Wokeyh. tu je nak bagitahu. Maybe korang rasa entry ni tak penting pun. Dan memang pun tak penting. Tapi cik nin perlu jugak tulis just untuk clear kan cerita je. ^_^

Okies. Piece yo! (macam AC mizal dalam maharaja lawak. =D)


With Love,

Monday, December 5, 2011

Helloo... Hello... Testing 1, 2, 3...

Wahaaiii orang-orang kampung! haha... apa kabar semua...?

Lama dah rasanya cik nin tak berceloteh kat sini kan? Last cik nin celoteh dalam 3 minggu lepas. Kira lama la jugak tu kan? (cakap macam selalu on time je update. heh~ =p)

Cik nin update malam ni just nak tunjukkan layout baru untuk blog cik nin ni...!!! ^^
Cantik tak? cantik tak? haha...
Ceyt! tau la layout cik nin old skol punya. Main rembat dalam blogspot ni je. tapi jangan la nak kutuk lebeyh-lebeyh. Sikit-sikit sudah la. hikhikhik...

Ok la. Tu je nak bagitahu buat masa ni. Saja taknak celoteh panjang-panjang. Bagi korang rindu sikit kat cik nin ni. hee... (erk. ada ke orang kisah? macam tak jek. hohoho....)

With Love,

Tuesday, October 11, 2011

Hope Tomorrow Will Be Better

Assalamualaikum...

Hallooo semuaaa...

Ingat cik nin lagi tak...?

Ape??? Tak ingat dah??? Oh tidaaaakkk...!!! Hukhukhuk...

Takpelah, bukan salah korang. Salah cik nin jugak kan. Kenapalah dah lama sangat cik nin tak berceloteh kat sini kan? Hampir 4 bulan jugaklah since my last post. Lama tu! Kenapa tak terus lengkapkan setahun je kan? heee... *kidding.

Maaf ye semua... bukan cik nin tak nak update. Tapi cik nin kehilangan mood nak update walaupun dah banyak sangat benda yang jadi kat cik nin. Agaknya ada orang curi kot mood cik nin tu. Ni baru dia pulangkan balik. kikiki...

Macam yang cik nin sebutkan tadi, sebenarnya dah banyak sangat benda/perkara yang dah berlaku pada diri cik nin; bermula dengan cik nin tukar tugas di tempat kerja, cik nin berhenti kerja, cik nin konvo sampailah cik nin kerja balik semula. Haa tu dia! banyak sungguh kan? Almaklumlah, 4 bulan punya cerita...

Tapi buat masa ni, cik nin nak anda semua tahu yang cik nin tak kerja lagi di tempat buat coklat (kalau sesiapa yang lost, sila terjah entry ni). Sekarang cik nin jadi guru tadika pulak di Smart Reader Kids. Smart Reader Kids ni takde lah jauh sangat dari rumah cik nin. Kira kalau dah takde transport sangat, boleh la jugak nak menapak. Cik nin pun lebih suka menapak pagi-pagi. Ambil udara segar. (segarlah sangat. Asap kereta je lebih. huuuu...)

Kerja sebagai guru tadika ni kalau kome kome semua nak tahu, bukanlah semudah yang kita nampak. Cabaran dia memang hebat. Tambah-tambah pulak nak didik anak bangsa generasi sekarang. Macam-macam dugaan yang terpaksa seorang guru tadika tu tempuhi.

Cik nin tak boleh nak cakap banyak buat masa ni sebab cik nin pun baru seminggu je bertugas kat sini. Tapi daripada cerita-cerita yang cik nin dengar, kadang kala kita tak dapat jangka perkara tu akan berlaku macam tu. Memang benarlah kata orang, kids nowadays are not like the old days. Begitu juga dengan ibu bapa zaman millenium ni. Yang mana ok tu, ok lah. Yang mana tak faham dan suka salahkan guru tu, tu yang menjadi cabaran hebatnya. Sebab tu guru-guru sekarang (tak kiralah sekolah tadika ke, rendah ke, menengah ke...) perlu lebih bersedia dari segala segi supaya dapat hindari perkara yang tak patut berlaku daripada berlaku di kemudian.

Okay, nampaknya ni sajalah celoteh cik nin buat masa ni. Warm up je baru. Heh~
InsyaAllah cik nin akan update dari semasa ke semasa especially tentang pengalaman cik nin sebagai guru tadika supaya dapat menjadi panduan kita bersama. Oh ya, kalau korang pun ada cadangan atau pengalaman, boleh la jugak kongsi di ruangan komen nanti. Kita share ilmu sama-sama k. daaa~~ ^_^v


With Love,

Thursday, June 23, 2011

Sebulan Sudah...

Pejam celik pejam celik, hari ni bersamaan 23 Jun 2011, genaplah sebulan cik nin kerja kat tempat ni. (Of course la kalau termasuk cuti kan. Kalau tak masuk, tak sampai sebulan pun. Cik nin kan pekerja paling 'rajin'... so banyak la cuti. kehkehekeh...=p ) Nak tahu cik nin kerja kat mana? boleh terjah ramai-ramai kat entry yang ni.

Alhamdulillah... setelah sebulan, cik nin makin selesa berada di sana dan setiap hari ada je perkara baru yang cik nin belajar. Kalau bukan pasal pembungkusan produk, pasal pembuatan. Kalau bukan pasal pembuatan produk, pasal kehidupan. Semua diadun dalam satu tempat. Walaupun gajinya tidaklah semahal mana, tapi cukuplah untuk orang yang nak cari pengalaman dan ilmu sementara menunggu kerja tetap macam cik nin ni... =) Lagipun kerja ni sampai sabtu je. Hari ahad cuti... (ni yang paling penting ok... Haha...) dan tak perlu nak jenguk muka customer setiap hari. Setakat duduk ngadap barang je. Haa... senang je kan? Gaji pulak kira hari. so kalau agak-agak ada hal nak mintak cuti, senang la lepas. Nak berhenti bila-bila masa pun boleh. Tapi of course la kena inform bos dulu kan.. ^_^

Bila cik nin dapat kerja ni, cik nin dapat jugak rasakan kebesaran-Nya. Memang Dia Maha Mengetahui kerja yang sesuai dengan jiwa cik nin dan apa yang diaturkan lepas cik nin dapat kerja ni sangat cantik. Subhanallah...

Dalam semua-semua ok tu ada satu je tak ok yang cik nin rasai setakat ni (harap takda yang lain la lepas ni). Cik nin kurang berpuas hati dengan kasut dan sarung tangan yang disediakan. Bukan tak cantik ke apa, tapi saiznya agak besar untuk cik nin. Kalau sarung tangan tu, takat nak bungkus-bungkus ok la. Tapi kalau cik nin nak tolong kat dapur dan memerlukan cik nin guna hanya hujung jari, tu yang mencabar tu. Asyik kena tarik je sarung tangan tu bagi betul-betul ada kat hujung jari cik nin. Panjang sangat. heee... Kasut yang besar tu pulak asyik dok tersekat kat kerusi je bila jalan. Sedar-sedar kerusi dah jatuh. Haha... Adeh~ Kadang cik nin ingat kaki dah lepas dah. Rupanya tersangkut sebab kasut tak lepas. huhu...

Ok, tu je kot buat masa ni. Oh, next entry cik nin cerita pasal LRT ular pulak ya. Memang geli! Tunggu...

With Love,

Dah update: boleh pergi kat --->>> sini  kalau nak baca ^_^


Jangan malu jangan segan, like la kalau suka

Wednesday, May 25, 2011

Baru Hari Kedua Dah Diuji!

Ok, kita sambung cerita dari entry yang NI yek.

Seperti yang cik nin dah bagitahu dalaim entry tu, hari ni merupakan hari kedua cik nin bekerja di sana. 
Tapi...
Tadi...

Cik nin telah diuji sikit oleh Allah.

Begini kisahnya... Masa bos cik nin call (hari Jumaat yang lepas) untuk panggil cik nin bekerja, cik nin dah bagitahu dia awal-awal dah yang cik nin akan ambil cuti dalam minggu depan untuk settlekan hal family. Selamba je kan cik nin ni. Belum mula kerja lagi dah demand nak mintak cuti. huhu... Tapi bagi cik nin, biarlah cik nin berterus terang. Masa tu bos cik nin macam ok je. Dia kata datang lapor diri dulu nanti baru bincang semula (pasal cuti). 

Dah lapor diri semalam, dia pun bukak topik tu. Lepas dah bincang-bincang, dia pun setuju cik nin ambil cuti tapi dengan syarat kena isi borang cuti. So tadi pagi-pagi lagi cik nin dengan semangat dan penuh yakinnya isi la borang cuti tu.... 

Tapi...

Lepas lunch tadi...

Kerani bagi tengok balik borang tu yang dah ditanda tangan oleh bos kitorang dan suruh cik nin tengok kat status permohonan. Mata cik nin terus tertancap (ade ke perkataan ni? Belasah je la kan. peace~) kat perkataan yang dibulatkan. TIDAK DILULUSKAN. TIDAK DILULUSKAN??? OH NO! 
Kenapa ni? semalam kata ok. Hari ni lain pulak ceritanya? Mana satu ni encik??? huaaa!!!

Perasaan cik nin masa tu hanya Tuhan je yang tahu. Nak buat kerja pun rasa macam terhilang sikit mood. Tapi cik nin cuba jugak fikir positif dan sediakan back up plan kalau jawapan yang akan cik nin terima nanti tak memberangsangkan. Sementara nak start OT tadi cik nin pun pergi lah memberanikan diri tanya bos cik nin yang sign borang tu...

Cik nin: Assalamualaikum... (dengan senyuman manis dan penuh mengharap)
Encik S: Waalaikumussalam... kenapa? nak OT ke? nak balik?
Cik nin: Nak tanya... (lain yang ditanya, lain pulak minah ni jawab kan. hehe... ). Permohonan cuti saya tu.... 
             (belum sempat cik nin habiskan ayatm terus Encik S jawab)
Encik S: Saya dah luluskan. (dengan senyuman)
Cik nin: Hmm...tapi... encik tulis tak diluluskan... (muka sedih la konon)
Encik S: Haa? yeke? Pergi amik balik (borang tu)
Cik nin: (berlari-lari anak untuk mendapatkan borang dengan perasaan yang sedikit gembira dan muka yang kembali ceria)
Encik S: (lepas tengok borang). Eh! Astaghfirullahalazim.. saya nak pangkah yang tak diluluskan ni. (tapi terbulat pulak so cepat-cepatlah dia potong yang tak diluluskan tu...)

So kesimpulannya, cik nin dapatlah cuti. Tapi nampak tak something kat situ? Kadang-kadang Allah sengaja nak uji kita walaupun dengan benda sekecil tu. Tapi kalau kita bersabar, fikir positif dan hanya berharap kepada-Nya insyaAllah ujian tu akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan walaupun kadang-kala penyelesaiannya tak terduga. InsyaAllah... =)

With Love,



Jangan malu, jangan segan. Like la kalau suka

Main Main Betul!

Hallooo...!!! Selamat tengah malam semua...!!! =D

Cik nin baru je bangun dari 'tumpas di medan perang' lebih kurang pukul 11 tadi.  Dah macam burung hantu pulak rasa berjaga tengah-tengah malam macam nih. kehkehkeh... (cet. cakap macam tak biasa je kan. =p) 
Tadi lepas maghrib cik nin terus tumbang. Penat sangat. Almaklum lah... first time buat OT (over time)... hehe...

Dalam entry sebelum ni bertajuk "Bagus Sangat Ke?"(klik untuk baca) cik  nin dah janji nak bagitahu cik nin kerja apa kan? Okies. meh sini cik nin bagitahu yek. 

Cik nin sekarang kerja sementara di syarikat pembuatan coklat handmade. Jawatan cik nin ialah operator pengeluaran. Alah...yang macam kerja kat kilang tu... Tapi tempat cik nin kerja takda lah besar macam kilang. Kecik je tempatnya. Handmade pulak tu kan. So takda lah mesin-mesin proses yang besar-besar macam kat kilang tu. =) Tugas cik nin pulak ialah membungkus coklat. Senang cerita buat packaging untuk coklat la. Betul-betul punya main-main kan kerja cik nin? Tak payah beria nak guna otak sangat. Releks je kerja. Hehe... Cuma tenaga je lah kena keluarkan sikit. Tapi takda lah berat mana pun... ^_^ (but still, penat tetap penat. entah penat apa pun tak tahu. ngee~~). Cik nin memang berniat nak cari kerja yang tak gunakan otak sangat dan tak dalam keadaan tekanan sangat sebab cik nin tahu, dah posting sebagai guru betul-betul nanti dah confirm confirm kena gunakan otak dan berada dalam tekanan. So, sementara tunggu dapat kerja tetap ni, baiklah buat kerja yang biasa-biasa dulu. Cari pengalaman selain daripada benda yang cik nin selalu buat. Secara tak langsung, kita dapat bukak satu lagi sudut pandangan dalam diri kita. ;)

Dah kerja kat sini baru lah cik nin tahu perit getirnya nak bungkus coklat (yang jumlahnya besar). Bukannya satu kerja yang mudah tapi bila orang makan, main buang je wrapper tu tanpa memikirkan walau sekali pun macam mana wrapper tu dilipat, digam, ditampal, dibalut etc. Pulak tu, bukan takat main lipat, gam, tampal, balut jek. Kekemasan pun kena jaga jugak. Kalau tak elok sikit kena betulkan balik. Yelah, nak jual kat orang mestilah kena kemaskan? Kalau takat nak masuk perut sendiri, terus ngap jek. takyah balut pun takpa... hehe... 

Selama dua hari kerja kat sini alhamdulillah, semuanya ok. Bos ok, pekerja-pekerja kat situ pun ok. Satu pengalaman yang menarik setakat ni untuk cik nin. =)

Kalau nak tahu lebih lanjut tempat cik nin kerja dan apa produk-produk yang ada kat sana, boleh terjah kat sini

Owh! tadi ada sesuatu yang berlaku. Tapi tak boleh cerita sekarang. tunggu next entry ya. Daa~~ ^_^v


With Love,



Jangan malu jangan segan, like la kalau suka

Tuesday, May 3, 2011

Untukmu Sayang

Assalamualaikum...
apa habaq korang smua...?
lama dah cik nin tak bagi kabor brita kan. maaf yek. kalau nak tahu kenapa cik nin dah lama tak update, nanti next entry insyaAllah cik nin cerita. tapi tu untuk seminggu yang lepas. lepas dari tu cik nin free je + dah habis pun study. cuma cik nin mendapat virus yang tak sepatutnya dihinggap kepada orang yang berdedikasi dan bermamikasi macam cik nin ni. ;p so sabau ye adik-adik sekalian... nanti cik nin update. sekarang tengah tengok-tengok kerja kosong yang sesuai untuk cik nin. sesiapa yang dapat tahu ada kerja kosong area pandan, mai la habaq mai kat cik nin yek ;D

oh, kat sesape yang baru je follow cik nin, terima kasih sangat-sangat. nanti kalau virus tu dapat cik nin tangani, cik nin jengah blog korang pulak yek. ;)


With Love,

Monday, April 11, 2011

Cik Nin Ada Fan Page???

Assalamualaikum... hallooooo...

Haa...tengok tajuk tu... suspen tak? suspen tak? Haha... cik nin dah ada fan page sendiri??? Betul ke? betul ke? Betuuulll... Percayalah! Cik nin dah ada fan page sendiri! ;D

Alhamdulillah... tercapai jugak hasrat cik nin nak ada fan page untuk blog cik nin yang tak seberapa ni. hehe... Bila cik nin sebut "fan page" tu rasa macam kelakor la pulak bunyinya. al-maklumla..blog cik nin ni ada ke peminatnya,..??? macam takde jek. hukhukhu... (*eleh cik nin. tak yah la nak buat ayat kesian...nak mintak simpati la tuh.) Eh. mana de..mana de... (dalam hati: errr...macam mana dia boleh tahu ni...??? huhu...)
Hmm...takpelah, ayat kesian ke, tak kesian ke...kalau korang rasa-rasa macam suka je kat blog cik nin ni, moh la kita like page cik nin kat fb yek. search je "Bila Cik Nin Berceloteh" atau klik kat link ni: BILA CIK NIN BERCELOTEH DI FACEBOOK.

Segala update terkini tentang cik nin dan blog cik nin, insyaAllah cik nin akan postkan kat situ. wokeyh, cik nin nak chiow chin chiow dlu... Jangan lupa klik dan like ye. Jumpa di sanaaa... ^_^


With love,

Monday, March 28, 2011

Weekend yang Menyeronokkan!

Assalamualaikum...

Apa khabaq anda smua...? sihat-sihat ka...? Kalau sihat, alhamdulillah... baguuuzzz...

Hari ni cik nin nak crita pasal aktiviti cik nin masa hari sabtu dan ahad hari tu. Macam weekend-weekend yang sebelum ni, cik nin balik je rumah tapi kali ni cik nin betul-betul tak lekat kat rumah. (Heh. tapi memanglah cik nin tak pernah lekat kat rumah. Kalau lekat, macam mana la pulak. Dah jadi macam wall paper jek. kihkihkih...)

*Cik nin pergi mana yang dok busy semacam ni?

Haa... kalau nak tahu cik nin pergi mana, tunggu la entry seterusnya yek. Saja nak buat bagi suspen sikit. (bajet jek. ngee~~)

p/s: Ehem. sabar tu kan separuh daripada iman... Saja cik nin nak test tahap kesabaran korang... ngehngehngeh... ;D



With love,

Entry seterusnya dah diupdate. Boleh klik link ni. ^_^

Saturday, March 19, 2011

Cik Nin Dapat Award!

Hallooo smua...

assalamualaikum...

Sepatutnya entry ni cik nin post ahad mnggu lepas lagi (13 mac 2011) tapi disebabkan ke'busy'an yang melanda diri cik nin dua tiga menjak ni, akhirnya hari ni la baru cik nin dapat post. huhu...

Oh, sebelum tu, cik nin nak bagitahu, entry kali ni cik nin dedikasikan khas buat adik bawah cik nin yang tengah dok sibuk bekerja kat pizza hut tu sementara tunggu result spm dia. ;)

Ok, dah sedia semua???

Jom kita mulakan. Selamat membaca... ^_^




*Oop...Oop..Ooooppp....!!! Betul ke apa yang cik nin tulis kat tajuk tu...??? Cik nin nipu ek?

Haha...cik nin tak main la nipu-nipu.. tajuk tu betul... serius...!!! tak tipu...!!! Cik nin dapat award!!! Percayalah! Tak caya lagi? Hmm... klau tak percaya lagi, terpaksalah cik nin nyanyi lagu siti "Percayalah" nanti... hehe...

*Award apa yang cik nin dapat? Grammy Award ke???

Haa...mestilah......................BUKAN. haha...
Cik nin bukan dapat Grammy Award, apatah lagi Granny Award la... Tapi award yg cik nin dapat ni lagi hebat dari Grammy Award tau!

Tak caya, meh baca kisah sehari tak bermalam rentetan peristiwa dari awal sampailah cik nin dapat award tu. ;)


Kisahnya bermula begini...


Pada tanggal 13 Mac 2011 yang lalu...
Sesampainya cik nin di rumah,
cik nin masuk ke dalam bilik seperti biasa.
.
.
.


Tiba-tiba cik nin terlihat ada sebuah kotak di atas katil cik nin.

-
-
-


Cik nin pun mendekati kotak tersebut untuk melihat dengan
lebih dekat lagi rupa kotak dan isi di dalamnya...

"Hmm... cantik kotak ni..."
monolog cik nin sendirian dalam hati.
-
-
-


Nak bukak lah. Nak tahu isi dia...

Waaaahhhh!!! ada sekeping kad la...
Bukan saja kad, tapi ada...ada...ada...
.
.
.

...GOLD MEDAL jugak...!!! OMG!!!
untuk cik nin ke ni..???
-
-
-


Tengok sikit medal tu tulis apa...

World's Best Sister???!!! (OMG! again!)
(*mata blink blink)
-
-
-


Cik nin pun gosok-gosok mata cik nin.
Betul ke apa yang cik nin tengok ni?
Ok. ok. rileks...rileks...
Tarik nafas...
lepas~~~
-
-
-

Cik nin pun tengok tulisan kat bawah medal tu
dan baca perlahan-lahan...

Mak ngaih! Sweetnya kata-kata dia.
Tersentuh hati cik nin!
Seriously.
Walaupun bukan ditulis sendiri oleh pemberinya,
tapi still,
kalau bukan dia maksudkan macam tu,
takkan dia nak pilih dan bagi kata-kata macam tu kat cik nin kan?
;D
(kalau tak clear, boleh klik kat gambar tu
untuk gambar yang lagi besar ^_-)
-
-
-


Hmm...macam ada benda lain la bawah frame medal ni...
-
-
-


Haa...kan betul. ada selendang rupanya...
Wow! Color merah tu!!!
kelllasss mak nyah.
ahaks~
-
-
-
Tapi...
tapi...
tapi...
Tapi betul ke semua ni untuk cik nin???
-
-
-


Selamat ada kad ni. Boleh la cik nin boleh confirmkan
betul-betul siapa tuan empunya barang-barang tu...
-
-
-


Waahhh... betullah... memang cik nin punya...
Adik cik nin hadiahkan
sempena Birthday cik nin yang ke...teeettt... hehe...
(alamak. baru ingat tak nak bagitahu umur.
sekali dah terang lagi bersuluh ada dalam kad tu..
kwangkwangkwang...)

-
-
-



Ni lah sign orang yang bertanggungjawab
hadiakan cik nin semua ni... ^_^


Sweet kan adik cik nin ni? Tengok lah dia belajar daripada sape... (nak jugak...kehkehkeh...)

To Aqly, TQ so much bro! I really appreciate it.
Lain kali boleh la bagi kakak benda lain pulak yek. kihkihkih...
Oh, tapi 'nama' yang kat atas sign tu je kakak tak boleh nak acknowledge. rasa nak muntah sangat. hahaha... ;p




Monday, February 28, 2011

Cik Nin Dah Tak Berceloteh Lagi...???

Assalamualaikum...

Fuhh! fuhh! fuhh! fuhh! fuhhh!!! Tu dia! banyak sungguh habuk-habuk kat blog cik nin nih! Punyalah lama cik nin tak update blog. Hatoyai... apa nak jadi lah dengan anak dara ni. Pemalas sungguh! Sampai kan kawan cik nin tadi cakap, "Cik Nin dah tak berceloteh". Haha... nampak sangat lama dah cik nin jadi pendiam. (Pendiam dalam blog je... Kat luar cot cet cot cet lagi... hehe...)

Maaf ya semua yang menunggu entry dari cik nin... (Ada ke yang tunggu...? Macam tak de jek. huhu... :p) Bukan niat di hati cik nin nak menyepikan diri buat seketika, tapi bila cik nin ada benda je nak tulis, internet di u cik nin ni tak meberikan kerjasama yang padu kepada cik nin sampai lah cik nin rasa dah takde mood nak menulis. Bila internet dah ok pulak, idea pulak yang segan silu nak keluar. hatoi...nasib badan...

Takpe, lepas ni cik nin akan cuba pujuk rayu idea untuk sama-sama dengan cik nin menjejaki alam blog ni yek. Mudah-mudahan idea lembut la hati nak ikut cik nin. Amin... hehe...

Ok, sampai sini je dulu buat masa ni. Harap korang semua ceria-ceria selalu macam ni Photobucket.

Daaa~~~
milkysmile

Sunday, January 16, 2011

Terima Kasih Encik Ben! =D

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni cik nin gembira sangat. Sebab cik nin baru dapat tahu yang blogger terkenal, Ben Ashaari ialah super duper senior sekolah cik nin dulu...!!! =D
Tapi batch tahun bila, tu kena tanya en.ben sendiri lah ye sebab cik nin sendiri pun kurang pasti.

Cik nin terbaca salah satu entry beliau tentang kisah cinta monyetnya di zaman sekolah dulu, dan dari situlah cik nin dapat tahu yang sekolah menengah en.ben sama dengan sekolah menengah cik nin. Cik nin pun apa lagi? Cepat-cepatlah komen kat bawah entry tu sebab terlalu excited. Tapi tak sangka pulak yang en.ben akan buat satu entry khas untuk cik nin.

Tak caya??? Meh tengok sini! ;D

Haa... dah caya dah? Bangga tak bangga cik nin??? Mestilah bangga gler kan. Baru dapat tahu sama sekolah pun dah bangga, ni kan pulak ada entry khas dari blogger terkenal. Mestilah lagi cik nin bangga... (*mulut tak henti tersenyum sampai ke telinga dari tadi. heh heh heh,...)

Nway, Thank you so much Mr.Ben. Jasa anda amatlah cik nin hargai...

Oh ya, siapa yang baru jadi follower cik nin melalui en.ben pun, cik nin amat-amat hargai dan cik nin ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Mesti lepas ni cik nin makin 'ketagih' nak berceloteh kat blog. Sabar je lah baca celoteh-celoteh cik nin yek... Hehehe... =D

P/S: Bantu membantu amalan mulia... ^_^


Monday, January 10, 2011

Cik Nin Mem Besar

Ape??? Cik Nin Mem Besar??? Mem Besar ke Membesar???

Mem Besar la... Bukan membesar... Huhu...
Btul... Cik nin dah jadi Mem besar atau dalam bahasa saintifiknya, Madam Besar tiga hari lepas. Cik nin ada kreta besar... driver... dalam kreta cik nin pulak ada tv. Bukan stakat sbijik je tv, tapi 2 pulak tuh! Hohoho...

Tak caya lagi???

Tak caya, meh tengok ni...

Haa...nampak tak? nampak tak? tu tempat duduk sekeliling cik nin. takde orang langsung kan? Cik Nin sorang je dalam tu. Sit belakaaaang sekali. heh3...

Haa... yang ni pulak dua bijik tv untuk cik nin sorang. Kalau nak usha driver, tengok kat cermin pandang belakang tu. Bole nampak dia sikit-sikit. Cik Nin segan la nak tangkap gambar driver cik nin tu. Kang dia cakap, "gilo ko apo majikan aku ni". huhu...

Haa... dah percaya dah sekarang? Baguuuzzz....

Apa??? Nak cik nin explain macam mana cik nin tiba-tiba TERkaya dan boleh beli sebijik bas and seorang driver??? Haa... meh cik nin crita.

Kisahnya bermula begini...

Masa cik nin nak balik rumah hari Jumaat yang lepas, macam biasa, cik nin ambil bas Rapid U40 kat hentian kajang. masa cik nin sampai je hentian kajang tu, cik nin nampak ada satu bas U40 ni yang baru je gerak. Cik nin tak sempat nak kejar memandangkan kaki cik nin teramatlah 'panjang' dan badan cik nin terlampaulah 'ringan' untuk mengejar bas tu. Jadi cik nin pun buatlah keputusan nak tunggu bas seterusnya je... selalunya lepas 10 atau 15 minit bas seterusnya akan gerak. So, takpelah kan. No net no net sekejap je dah lepas 10 minit.

Baru je decide nak tunggu, cik nin nampak penumpang-penumpang yang naik bas rapi T430 untuk ke kajang terpaksa tukar bas sebab driver bas tu nak berhenti rehat kejap kat hentian kajang tu. Jadi, mereka-mereka ini disuruhlah naik bas U40. Bila cik nin nampak je bas U40 tu, cik nin dengan pantas dan tuntasnya macam kamus Besta tu pergilah mendapatkan bas yang disebutkan tadi...

Dengan yakin dan bangganya cik nin pun melangkah la naik ke bas tu. Sekali dreba (driver) tu tanya, "bukan dah bayar ke tadi?" Cik nin yang kunun-kununnya jujur dan lurus pada ketika itu pun menjawablah, "saya belum bayar lagi, diorang je yang dah. Saya nak pergi Maluri..." (*sambil menghulurkan wang kertas 2 hengget dan syiling lima puloh sen kepada 'abang' dreba tu.)

Tiba-tiba.... (*jeng..jeng..jeng....) Abang dreba tu jerit kat kawan dia! "Man (bukan nama sebenar), aku nak amik yang sampai kajang je tau. Lepas tu aku nak terus balik. Kawan dia pun jawablah, " ha yelah. ni semua yang nak ke kajang je". Hah! sudah... dalam hati cik nin pun mula lah berkata-kata, "eh dia ni, kalau tak nak bagi aku naik cakap la terus terang. tak yah la nak jerit panggil kawan dia". Cik nin pun dah decide la nak amik duit balik dan turun.

Sekali abang dreba tanya, "nak pergi sampai maluri je kan? kat stesen LRT?" "Aah, kat stesen LRT," cepat-cepat cik nin angguk. "Ok, bolehlah". Fuh!~ lega cik nin masa tu... ingatkan dah nak kena halau dari bas dah. cik nin dah bersedia dah nak menebalkan muka yang sememangnya dah tebal dengan bedak nih. Tapi alhamdulillah... rezeki dan pertolongan Allah tu ada di mana-mana... Dapatlah cik nin naik bas tu sampai lah tempat yang cik nin nak tuju. Siap hantar betul-betul depan tempat yang cik nin nak pergi pulak tu. Kalau tak, selalu kena seberang jalan ikut jejantas sebab biasanya bas tu akan terus ke Pasar Seni a.k.a Central Market tapi ni dia nak parking bas tu kat depoh Maluri yang mana dia terpaksa buat u-turn untuk ke sebalah kanan jalan yang satu lagi. Cik nin pun apa lagi? ambil la peluang tu tanya betul ke dia nak u-turn. Dan alhamdulillah... betul... fuh!~ kurang lagi satu tenaga cik nin kat situ. hik3...

Masa nak dekat turun tu, dia tanya, "kenapa duduk jauh sangat? (Kat sit belakaaang sekali)" Then cik nin pun cakap lah cik nin memang suka duduk situ. Tapi dalam hati kata, "Mem besar mana boleh duduk depan2... Haha..." Cik nin pun gelak je la sendiri dalam hati... kang tergelak sorang-sorang orang kata gila pulak. huhu... xp




Sunday, January 9, 2011

Oh No!

Cik Nin nak update blog. tp tenet pulak macam siput baby. Dah la cik nin nak masukkan gambar. Komfem2 la janggut tumbuh dulu baru settle upload smua. oh tidaaakkk...!!!

Tak nak lah cik nin tumbuh janggut semata-mata nak tunggu semua gamba berjaya diupload. Nanti abislah muka cik nin yang comel ni (*sori, TERpaksa perasan. jangan marah aaa... nanti muka berkedut sah sah tak bole lawan cik nin ;p).

Baik cik nin buat keja lain dulu kan? Hmmm... takpelah. Lain kali la nampaknya cik nin tulis entry tu. Harap bersabar ye penonton-penonton sekalian. (*erk. bukan pembaca ke? heh!)

Daaa~~~


Friday, December 3, 2010

cik nin situ sana sini

salam...

haaa...nampak tak...nampak tak...? nampak tak ape yg cik nin nampak...???
nampak ape? nampakla ape2 pun. haha...

takdela...klau korang perasan, nampak tak ape2 perubahan pada blog ni. ha... tengok kat address, lain kan? dulu 3n1n4.blogspot.com tapi sekarang... ciknin.blogspot.com. haa... tengok pulak kat blog title. dulu, "suara.dari.hati" kan kan kan??? tapi sekarang, "bila cik nin berceloteh" pulak. ha... menarik tak tajuk blog yg skrg punya? nampak sgt cik nin ni dh nak start kuat berceloteh kan? hik3... itu je ke perubahan yg cik nin buat...? haaaiii...sape kata... ade lagi... perasan tak kata ganti nama yang cik nin gunakan? dulu kalau korang perasan, cik nin gunakan 'aku' tapi sekarang cik nin bahasakan 'cik nin'. comey tak? comey kan? (perasan lagik. ngee~~)

tu lah antara perubahan yang cik nin buat utk blog cik nin. sekarang cik nin lagi selesa n bertambah bersemangat nak menulis dalam blog cik nin ni. cik nin pun rasa lebih dekat dgn pengikut2 atau lebih dikenali sebagai 'follower' blog cik nin. (ceh, bajet mcm ramai je follower. ah lantak lah. syok sendiri je pun takpe...hok3...)

cik nin harap, korang janganla stop follow cik nin lepas cik nin wat perubahan ni yek. lepas ni cik nin ingt nak wat perubahan lg tp bukan kat blog add, title or kata ganti nama. just utk layout, design etc. cik nin kena banyak belajar utk jadikan blog cik nin ni cantik n menarik utk ditatapi. sesape yg sudi nak berkongsi ilmu, alhmdulillah...tersangat2lah cik nin mengalu-alukannya. lagipun, sesiapa yang berkongsi ilmu kan, die yg akan dapat lebih lagi... so tak rugila klau kita berkongsi ilmu... btul tak? =)

ok, tu saja celoteh cik nin kali ni... kita jumpa lagi d lain masa. tata...assalamualaikum... *wave* ^_^v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...