Pages

Showing posts with label Pe'muda'. Show all posts
Showing posts with label Pe'muda'. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Petua Melentikkan Bulu Mata Anak

Kalau kome semua nak tahu, cik nin ni sebenarnya seorang yang suka sangat tengok bulu mata orang yang lentik. Al-maklumlah... bulu mata cik nin ni tak berapa nak lentik. Takut nak tumbuh gamaknya. Tu yang terbantut tak lentik-lentik tuh. Haha... Tapi nak buat macam mana kan, bukan salah ibu mengandung pun. ;D

Petua untuk melentikkan bulu mata anak ni cik nin dapat dari ibu kepada salah seorang anak murid cik nin. Baru je dia bagi tadi. Haa... Fresh from the oven la kiranya ni... (*fresh la sangat... padahal dah beberapa jam berlalu dah. kuikuikui)

Kenapa cik nin sebut perkataan 'anak' tu sebab kalau nak buat untuk diri sendiri macam dah impossible je. (*kalau nak tahu kenapa impossible, kita tengok petua tu nanti) So, yang still possible ialah kita buat kat anak kita. So kira all right lah kan. Cik nin takde bulu mata lentik, tapi anak cik nin ada. Hari-hari boleh tenung bulu mata tu. Tak yah nak usha orang lain dah. hohoho...

Okay, caranya sennnnaang saja. Bahan-bahan yang diperlukan ialaaaaahhhh.... SUSU IBU!!! haha... 

Eh. ingat cik nin main-main ke? Betul la... susu ibu je kita perlukan. 
Masa anak kita baru je lahir, atau sepanjang kita masih menyusukan dia, kita amalkan sapu susu ibu pada bulu mata anak. Ala-ala macam pakai mascara tu... Tapi guna jari je lah. InsyaAllah, bulu mata anak akan jadi lentik. 
(*maksud 'ibu' kat sini ialah ibu kepada anak/bayi tu. Kalau bayi/anak yang kita nak buat tu anak kita, faham-faham lah yek susu siapa yang nak kena guna. hehe...)

Sebelum ni cik nin ingat bulu mata lentik tu sebab keturunan je rupanya boleh pulak tukar-tukar macam tu yek? hehe...

Cik nin belum cuba lagi. Nak cuba kena tunggu ada anak lah kan. Haha... so sesiapa yang berpeluang untuk cuba tu, cuba lah yek. Nanti bagitahu kesan dia kat sini. Mujarab ke tak. ;D 

Friday, April 22, 2011

Tak Sangka Ada Orang Jeles!

*Sepatutnya entry ni ditulis dalam 3 minggu yang lepas tapi atas sebab-sebab tertentu, cik nin baru dapat tulis hari ni... Maaf yek kepada pihak-pihak yang berkenaan. ngee~~

Entry ni cik nin tujukan khas buat cik pulau dan GB sebagai reply kepada entry cik pulau yang ni

Haha...tak sangka cik nin. ada jugak orang jeles dengan cik nin sampai macam tu sekali. Takat labu sayong je pun... kehkehkeh... Tapi takpe... Jeles ke arah yang mendatangkan kebaikan memang digalakkan. Kalau jeles ke arah nak menjatuhkan orang lain tu yang kena pikir banyak kali. Lagi pun, jeles cik pulau dan GB tu bertempat malah mendatangkan rezeki pulak kepada pengusaha labu sayong. Haa... tak ke mulia tu? =)

Ni labu sayong cik nin yang menjadi dambaan cik pulau dan GB. haha..
izinkan cik nin perasan jap. =p

Tapi cik nin nak bagi tips sikit sebelum cik pulau dan GB nak guna labu sayong tu. Tips ni cik nin dapat daripada penjual labu sayong di Perak. (Kat Perak memang femes dengan labu sayong). Penjual tu kata, labu sayong yang baru dibeli tak boleh digunakan terus. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat dulu sebelum nak isi air dalam labu sayong tu untuk diminum.

Perkara-perkara yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
1. Rendam labu sayong yang baru dibeli di dalam baldi/besen berisi air selama semalaman. (Tenggelamkan labu sayong tu sepenuhnya dalam air tu).
2. Dah rendam semalaman, keluarkan labu sayong tersebut dan cuci sehingga bersih dengan air.
3. Bila dah diyakini bersih, barulah boleh diisi dengan air... ^_^
4. Ops! tapi air yang terlampau panas menggelegak perlulah dibiarkan sejuk sedikit terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam labu sayong. (agak-agak suam-suam kuku tu boleh la masuk)

Ok, tu je tips yang cik nin boleh kongsi sebelum menggunakan labu sayong ni. Kalau sesiapa yang ada tips-tips lain, boleh la share kat ruang komen di bawah ni ye.. =)

Kepada cik pulau dan GB, selamat menggunakan dan minum air dari labu sayong... segaaarrr gitu! ;D
 


With Love,

Wednesday, February 9, 2011

Tips Awet Muda

Pernah tak korang tengok orang tu dah berusia... maybe dalam lingkungan 50-60 an, tapi rupa dia tak macam 50-60 pun. macam 40 lebih je. takpun, macam lewat 30-an. (pergh! memang gler la kan kalau btul ada yang macam tu. Tabik spring la... hehe...)

Cik nin pernah, and bukan takat pernah, banyak kali pulak tu. Diorang ni la yang dikategorikan awet muda. Wajah tak dimamah usia. Yang lagi best, bukan takat wajah, tapi badan diorang masih sihat lagi. Kalau cik nin jumpa orang-orang macam ni cik nin suka tanya apa rahsianya. Kebanyakan orang-orang macam ni akan jawab, selalu senyum.

Tapi ada jugak yang kata, selain selalu senyum, hati mesti baik. Baik tu maknanya macam jangan ada rasa tak senang hati dengan orang lain, jangan berdengki ke ape... Kalau tak puas hati, bersemuka. Tak perlu cakap belakang atau memendam rasa sorang-sorang. Yang ni memang cik nin akuilah sebab cik nin pernah dengar, kalau hati kita baik, nanti kemurnian hati tu akan terserlah di wajah kita. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ayat yang tepat cik nin tak berapa ingat. Huhuhu...

Tips awet muda yang lain sikit yang cik nin dapat ialah masa cik nin pergi kursus dalam entry yang ni (sila klik). Penceramah yang mengendalikan slot pertama dalam kursus tu iaitu slot Pengurusan Kesihatan kata kalau nak awet muda, bangun je dari tidur pagi-pagi, terus senyum, ucap "alhamdulillah" dan bersyukur kerana dibangkitkan semula dari tidur. Kemudian, bayangkan wajah ibu dan ayah. InsyaAllah, kalau kita boleh amalkan, bukan takat awet muda, tapi minda kita pun akan jadi sihat. Lagi satu, amalkan mandi sebelum subuh dan banyakkan minum air suam. InsyaAllah...

Haa...tu lah antara tips awet muda yang cik nin dapat daripada kajian-kajian lepas. (haha...dah macam buat tesis la pulak.. ;p) So, lepas ni apa lagi? Tak perlu kata apa-apa. SENYUM... ^_^


tengok, untie google pn senyum manis bila cik nin mintak gambar dia. ngee~~

Friday, December 24, 2010

help2...!!! telingaku...!!!

salam...

hallooo...

nak tanya sikit bole...? pernah tak korang mandi??? *okay, soalan merapu cik kerapu apakah yang cik nin cuba nak tanya ni? gilo ko apo? mestilah pernah... grrr...

ups! sorry... nak cepat tadi sampai tershort cut pulak perkataan... hee...
cik nin sebenarnya nak tanya, pernah tak korang mandi kat sungai ke...? tasik ke...? lombong ke...? parit buntar ke...? atau yang paling grand, swimming pool??? ha... mesti salah satu tu penah kan? *tak penah pun la cik nin... den ni kocik lagi, mak tak bagi mandi kat tompek2 macam tu...
ha... paling tak pun, mandi kat bilik air kat umah korang? tak kan tu pun tak penah mandi kan...? =p

ha...time time tengah seronok mandi gedebash gedebush dengan skill-skill lompatan yang korang buat flip, flop, flap dan 1001 namanya lagi tu *kalau mandi kat sungai or air terjun la yek, penah tak air yang tempat korang mandi tu termasuk dalam telinga korang?

kalau pernah... apa yang korang biasanya buat?
*buat dont know je la cik nin... nak buat pe lagi...?
*buat slamber sudah... macho mesti control beb!
*nangis kuat2 dan jerit kat mak, "mak!!! telingo den dah pokak...!!!"
*nangis diam2 dalam bilik sambil pekup (tutup) telinga.
*tampar laju-laju muka sendiri. *ouch! sakitlah.

"Maaaaakkkkk!!! telinga cek masuk ayaq!!!" - sumber: tok wan google

ha... tak kisah lah apa pun yang korang buat, kalau tu mendatangkan manfaat dan boleh hilangkan rasa tak selesa dalam telinga tu, teruskan lah. tapi jangan sampai menyusahkan orang lain je sudah... hehe...

tapi kat sini cik nin ada satu petua yang cik nin TERRRjumpa masa cari pasal petua lain tadi...

Menurut sumber yang cik nin TERtemui dalam google, berikutlah cara-caranya:
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

ha...penah tak korang buat macam ni,..? cik nin rasa cik nin pernah buat kot. tapi macam tak berapa mujarab jek.

jadi, petua yang selalu cik nin gunakan kalau termasuk air ialah.... *bunyi gendang suspen

cik nin pekup telinga yang masuk air tu, (katalah sebelah kiri) dan cik nin mengiringkan bagi telinga kanan cik nin menghadap ke langit. lepastu cik nin cepat-cepat masukkan sikit air dalam telinga belah kanan tu dan telangkupkan semula bagi keluar semua air sambil tangan kiri masih lagi menekup telinga kiri (masa ni telinga kanan menghadap tanah pulak).
tindakan ni kena buat cepat-cepat dan lagi senang buat kat air paip.

alhamdulillah, setakat yang cik nin buat selama ni, tak mengecewakan. insyaAllah... try la ^_-

p/s: kalau takde angin, takde ribut tetibe nak masukkan air dalam telinga semata-mata untuk cuba petua ni... rasanya tak perlu lah kot yek. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...