Pages

Monday, January 10, 2011

Cik Nin Mem Besar

Ape??? Cik Nin Mem Besar??? Mem Besar ke Membesar???

Mem Besar la... Bukan membesar... Huhu...
Btul... Cik nin dah jadi Mem besar atau dalam bahasa saintifiknya, Madam Besar tiga hari lepas. Cik nin ada kreta besar... driver... dalam kreta cik nin pulak ada tv. Bukan stakat sbijik je tv, tapi 2 pulak tuh! Hohoho...

Tak caya lagi???

Tak caya, meh tengok ni...

Haa...nampak tak? nampak tak? tu tempat duduk sekeliling cik nin. takde orang langsung kan? Cik Nin sorang je dalam tu. Sit belakaaaang sekali. heh3...

Haa... yang ni pulak dua bijik tv untuk cik nin sorang. Kalau nak usha driver, tengok kat cermin pandang belakang tu. Bole nampak dia sikit-sikit. Cik Nin segan la nak tangkap gambar driver cik nin tu. Kang dia cakap, "gilo ko apo majikan aku ni". huhu...

Haa... dah percaya dah sekarang? Baguuuzzz....

Apa??? Nak cik nin explain macam mana cik nin tiba-tiba TERkaya dan boleh beli sebijik bas and seorang driver??? Haa... meh cik nin crita.

Kisahnya bermula begini...

Masa cik nin nak balik rumah hari Jumaat yang lepas, macam biasa, cik nin ambil bas Rapid U40 kat hentian kajang. masa cik nin sampai je hentian kajang tu, cik nin nampak ada satu bas U40 ni yang baru je gerak. Cik nin tak sempat nak kejar memandangkan kaki cik nin teramatlah 'panjang' dan badan cik nin terlampaulah 'ringan' untuk mengejar bas tu. Jadi cik nin pun buatlah keputusan nak tunggu bas seterusnya je... selalunya lepas 10 atau 15 minit bas seterusnya akan gerak. So, takpelah kan. No net no net sekejap je dah lepas 10 minit.

Baru je decide nak tunggu, cik nin nampak penumpang-penumpang yang naik bas rapi T430 untuk ke kajang terpaksa tukar bas sebab driver bas tu nak berhenti rehat kejap kat hentian kajang tu. Jadi, mereka-mereka ini disuruhlah naik bas U40. Bila cik nin nampak je bas U40 tu, cik nin dengan pantas dan tuntasnya macam kamus Besta tu pergilah mendapatkan bas yang disebutkan tadi...

Dengan yakin dan bangganya cik nin pun melangkah la naik ke bas tu. Sekali dreba (driver) tu tanya, "bukan dah bayar ke tadi?" Cik nin yang kunun-kununnya jujur dan lurus pada ketika itu pun menjawablah, "saya belum bayar lagi, diorang je yang dah. Saya nak pergi Maluri..." (*sambil menghulurkan wang kertas 2 hengget dan syiling lima puloh sen kepada 'abang' dreba tu.)

Tiba-tiba.... (*jeng..jeng..jeng....) Abang dreba tu jerit kat kawan dia! "Man (bukan nama sebenar), aku nak amik yang sampai kajang je tau. Lepas tu aku nak terus balik. Kawan dia pun jawablah, " ha yelah. ni semua yang nak ke kajang je". Hah! sudah... dalam hati cik nin pun mula lah berkata-kata, "eh dia ni, kalau tak nak bagi aku naik cakap la terus terang. tak yah la nak jerit panggil kawan dia". Cik nin pun dah decide la nak amik duit balik dan turun.

Sekali abang dreba tanya, "nak pergi sampai maluri je kan? kat stesen LRT?" "Aah, kat stesen LRT," cepat-cepat cik nin angguk. "Ok, bolehlah". Fuh!~ lega cik nin masa tu... ingatkan dah nak kena halau dari bas dah. cik nin dah bersedia dah nak menebalkan muka yang sememangnya dah tebal dengan bedak nih. Tapi alhamdulillah... rezeki dan pertolongan Allah tu ada di mana-mana... Dapatlah cik nin naik bas tu sampai lah tempat yang cik nin nak tuju. Siap hantar betul-betul depan tempat yang cik nin nak pergi pulak tu. Kalau tak, selalu kena seberang jalan ikut jejantas sebab biasanya bas tu akan terus ke Pasar Seni a.k.a Central Market tapi ni dia nak parking bas tu kat depoh Maluri yang mana dia terpaksa buat u-turn untuk ke sebalah kanan jalan yang satu lagi. Cik nin pun apa lagi? ambil la peluang tu tanya betul ke dia nak u-turn. Dan alhamdulillah... betul... fuh!~ kurang lagi satu tenaga cik nin kat situ. hik3...

Masa nak dekat turun tu, dia tanya, "kenapa duduk jauh sangat? (Kat sit belakaaang sekali)" Then cik nin pun cakap lah cik nin memang suka duduk situ. Tapi dalam hati kata, "Mem besar mana boleh duduk depan2... Haha..." Cik nin pun gelak je la sendiri dalam hati... kang tergelak sorang-sorang orang kata gila pulak. huhu... xp




10 comments:

The Uppercase Q said...

ade blog ang ni penye...^^ btw cte ni mang lawak..kah3

Tasha said...

mcm best la pulak ada driver baik mcm tu..... sha pun pnah tau, naik texi dari hentian stesen Komuter kajang ker metro kajang, tak ada duit kecil, driver tu kata "tak pe lah". dapat juga merasa naik teksi free. hehehehe....

PReDicToR said...

poyo r nina...

Cik Nin said...

Q> heh. ingatkan sape la si uppercase Q ni. ghupa2nya hang... aah, baru nak aktif. hehe...

Tasha> wow! tu lg best. dpt free trus! hehe...

nora> poyo dlm kamus dewan maksudnya cantikkan? ok, acceptable... ;D

susu said...

kakhkahkah.dreba semat dok??

Cik Nin said...

hmm...nak kata smart sangat tu takdela... tapi manis tu ade la... muka macam kiut2 skit. hehe...

My MiRa said...

besarnye kereta die....nak pinjam kereta cik nin boleh???huhu

Cik Nin said...

hehe... bole2. nnt bila2 cik nin xnak kuar, cik nin suruh driver tu g amik mira k ;D

Tasha said...

menjawab soalan cik nin, masa sha naik tu naik wall yang beginner aje. so, tak pakai instructor pun tak per. tapi klu nk naik yang expert baru kene ada instructor.

Tasha said...

anda di tag:

http://natasha1987.blogspot.com/2011/01/pic-hitam-putih-paling-cool.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...