Pages

Thursday, June 23, 2011

LRT Ular??? Memang Geli!

Masa cik nin nak ke tempat kerja pagi tadi, hari cik nin yang sepatutnya indah tiba-tiba bertukar sedikit kegelian apabila melihat Tren LRT berkulit ular! Tren tu pulak memang tren menghala ke tempat arah tuju cik nin. Jadi nak tak nak cik nin terpaksa naik. Tapi serius. Memang menggelikan. Sampai cik nin befikir dua kali jugaklah nak masuk LRT tu. Selamatlah otak cik nin masih dapat berfikir dengan waras dan menghantar isyarat kepada kaki cik nin yang itu hanyalah gambar semata-mata dan bukan ular betul. 

Pada pendapat cik nin, kurang wajar sebenarnya gambar kulit ular ditampal di luar dinding tren tu sebab bayangkan kalau ada penumpang yang betul-betul fobia dengan haiwan-haiwan reptilia, tengok kulit haiwan-haiwan ni pun diorang tak boleh. Jadi, macam mana kalau diorang nak cepat ke tempat kerja dan tiba-tiba tren yang diorang nak naik tu berkulit ular. Silap-silap boleh nangis wooo... Kalau otak dia boleh mewaraskan lagi benda tu takpelah. Tapi kalau dah jenis fobia sangat tu tak boleh nak kata apa dah. Buat macam mana pun mesti tak jalan punya. Dah la kulitnya kulit ular sawa kelabu tu. Kalau ular sawa albino, tahan lagi. huhu...

Kulit ular pada tren tu sebenarnya iklan mempromosikan salah sebuah akhbar tempatan. Bagi cik nin, tak salah untuk buat iklan kreatif macam tu. Cik nin kata kreatif sebab memang kreatif pun. Mana tak nya, bila tengok tren berkulit ular, seolah-seolah kita dapat lihat seekor ular sawa besar dah menelan beratus-ratus orang! (penumpang-penumpang dalam tren.kikiki). Bak kata kawan sekerja cik nin, "kenyang ular tu". hehe... Cuma pereka iklan perlu lebih sensitif dalam mereka sesebuah iklan terutamanya untuk dipaparkan di tempat awam. Mungkin pereka iklan tu tak pernah ada kawan yang fobia dengan haiwan-haiwan reptilia ni kot... Takpa-takpa. Kali ni dimaafkan. Tapi jangan buat lagi ya... No no no... ^_^v


With Love,



Jangan malu jangan segan, like la kalau suka

5 comments:

Awan Biru said...

Kematian idea mungkin si pereka tu.

cik pulau said...

HAHAHAHA

Cik Nin said...

awan biru> mungkin jugak terlebih idea. huhu..
cik pulau> hahahihihuhu =p

PReDicToR said...

erkk mmg geli...klo nora x naik kot...daku mmg elergi n fobia ngan species tu...msti rase cam masuk prut dia...kat luar pun msti rase seram je nak dekat..dhla lrt pnjg...laju lak tu sebijik r mcm bnda...mmg x sesuai wat iklan camtu....errrkkk!!!

Cik Nin said...

predictor> tu la kan. tak wajar betul. huuuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...