Pages

Showing posts with label Akal. Show all posts
Showing posts with label Akal. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Baru 3 Tahun Dah Macam Tu???

Assalamualaikum...

Halloooo Malaysia...!!!

Apa khabaq smua...?

haa... macam yang cik nin dah janjikan dalam entry sebelum ni, (boleh terjah kat ---sini--->) cik nin nak update tentang keadaan atau pengalaman cik nin jadi guru tadika dari semasa ke semasa kan?

So, here we start... ^^

Hari ni merupakan minggu ke-3 cik nin bekerja di sini. So far, nak kata everything is good tu tak jugak tapi nak kata teruk sangat pun tak jugak. Biasalah deal dengan budak-budak kan... ada masa-masa jugak.

Tapi buat masa ni yang cik nin rasa paling mencabar untuk cik nin ialah deal dengan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Let's call her Ashi (bukan nama sebenar). Ashi is just a small girl. She's only 3 but she's already going to school. The biggest challenge to teach her are, (hambek ko. 'are' terus aku bagi. maknanya lebih daripada 1 la kan? hehe...) she doesn't want to listen to the teacher and likes to disturb others. She's also likes to scream like she is the leader in the class. Even 4 years students (of course they are older than her) afraid of her.

*Erk, ape ke hea pulak cik nin spekong memalam buta ni?

Ops! sorry sorry... Terlupa pulak cik nin nak bagitahu, kat tadika tempat cik nin ngajar ni, bahasa perantaraan utama dia bahasa inggeris. Second language dia baru bahasa melayu. So, setiap hari la cik nin kena speaking spekong dengan budak-budak kat sana and also with the teachers. Tak tahulah tepat ke tak, main tibai je cakap. hehe...

Ok, back to our story, this little girl, Ashi, selalu nampak macam nak memberontak bila kita 'paksa' dia buat sesuatu. (Actually nak kata paksa sangat tu tak jugak. Walaupun baru pertama kali nak mintak dia buat pun kadang-kadang she feels like we force her to do). And, this little girl kalau kita marah atau tinggi suara bila cakap dengan dia, lagi dia nampak memberontak dan tak nak ikut cakap kita. Tapi bila pujuk dia, cakap slow slow dengan dia, baru dia nak ikut cakap. Yang tu yang cik nin nampak la. And her grandma also told me the same. So, as a teacher like me, we need to be so patient when dealing with this type of student like her (walaupun dalam hati kadang-kadang rasa macam nak cekik-cekik je budak ni. heee~~).

Tapi yang peliknya, kalau assistant teacher yang agak garang tu marah dia, tak pulak dia memberontak. Tau pulak takut dan nak ikut arahan. Tapi kalau teacher nina dia ni yang marah, takde nak makan samannya... Dia tak kan ikut kata selagi teacher nina dia ni tak slow talk dengan dia.

Dari awal kenal dia, sampailah hari ni, hampir setiap malam cik nin akan fikir about this girl; esok nak handle dia macama mana, esok nak tackle dia macam mana, esok nak buat apa kat dia kalau dia tak nak ikut time buat aktiviti dalam kelas, esok nak bla..bla..bla... Semuanya pasal dia.

Cik nin bukannya apa, cik nin sayangkan dia. I think she's too young to go to school. Bayangkan, masa kanak-kanak sebaya dia yang lain tengah dok enjoy tengok kartun kat rumah, dia dok ngadap buku kat sekolah. Bila kanak-kanak lain tengah seronok main game kat rumah, dia dok 'seronok' kena marah dengan teacher kat sekolah. Cik nin takut satu hari nanti dia rasa fed up dan langsung memberontak tak nak pergi sekolah. Yang lagi teruk bila dia fobia langsung dengan sekolah walaupun hanya dengar perkataan 'sekolah'. Lagi satu yang cik nin bimbang bila dia ke sekolah dalam usia yang terlalu muda dan dia dah belajar banyak benda, dia akan rasa cepat bosan bila dia di sekolah rendah nanti sebab dia rasa semua benda dia dah tahu dan perkara tu hanya diulang-ulang je. So time tu mula la dia buat perangai untuk tak nak ke sekolah. Cik nin bukan cakap kosong, tapi cik nin cakap berdasarkan pengalaman yang terjadi depan mata cik nin. Kerisauan ni bukan untuk Ashi je, tapi untuk kanak-kanak lain juga.

Jadi ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak anda belum betul-betul bersedia untuk ke sekolah, cik nin cadangkan janganlah paksa mereka ke sekolah. Biarlah mereka bermain di rumah dengan aman atau kalau bukan di rumah sekalipun, sekurang-kurangnya di taska (kalau dah takde sesiapa langsung yang boleh jaga mereka di rumah). Biarlah mereka belajar secara tak formal dahulu. Bak kata orang, belajar secara enjoy enjoy je dulu. Tak yah stress stress sangat. Bukan apa, takut nanti disebabkan kita nak anak kita cemerlang, kita sebenarnya secara tak langsung spoilkan masa depan dia. Nauzubillah.

ok, tu je dari cik nin buat masa ni. Sesiapa yang ada cadangan atau pandangan, boleh la kemukakan di ruangan komen di bawah yek. (dah macam pengacara tv la pulak cik nin rasa. hehe...)

Daa~~~

p/s: kami guru baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. ngee~~ ^_^v

Salam sayang,

Tuesday, June 7, 2011

Pikir Jangan Tak Pikir!

Tengah-tengah malam ni cik nin nak bawak korang semua berfikir bersama-sama cik nin dengan hanya dua ayat ni saja:

"When things did not goes well as we planned. What should we do?"
  

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010

Fuh tajuk... bapak skema! hakhak...
Nak tulis skema sikit la hari ni. Ngehngehngeh...

Ok, seperti mana yang kita ketahui, semalam, 23 Mac 2011 merupakan hari mengambil keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2010. Tahniah diucapkan kepada semua candidates yang telah berjaya mendapat result seperti yang diimpikan. milkysmile

Kepada yang kurang berjaya, jangan risau. Peluang untuk berjaya dan rezeki Allah tu ada di mana-mana. Redha lah dengan keputusan yang diperoleh kerana mungkin tu yang terbaik untuk anda. Tapi jangan putus asa, teruskan usaha untuk masa hadapan. Tak semestinya anda tak berjaya dalam bidang akademik, anda tak boleh berjaya langsung dalam hidup. Ramai yang kecundang dalam akademik, tapi masih boleh jadi ahli perniagaan berjaya. Kalau tak nak jadi ahli perniagaan pun, anda masih boleh cemerlang dalam bidang yang anda mahir. Just be yourself. Tak perlu ikut orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bayangkan kalau semua nak jadi doktor, siapa pula yang nak jadi pesakitnya? Betul tak? Photobucket
Dan untuk pengetahuan anda, berdasarkan pemerhatian yang cik nin dan ibu cik nin dah buat selama bertahun-tahun ni, kitaorang dapati biasanya orang yang cemerlang dari segi akademik, kerja-kerja teknikal (yang menggunakan kemahiran tangan) diorang kureng skit. Jadi anda lah sebenarnya pelengkap untuk mereka ;D

Hanya percaya dan yakin pada diri yang anda boleh berjaya dalam bidang anda suatu hari nanti. Berusahalah kerana Allah dan banyakkan berdoa. InsyaAllah, bantuan Allah tu akan sentiasa ada... ;)

Ingat, SPM bukan pengakhiran untuk segalanya tapi permulaan untuk kehidupan yang lebih baik. Cik nin pasti anda boleh. Percayalah!Photobucket



With love,

Tuesday, February 15, 2011

Why Malaysians Are Fat?

Tadi cik nin ikut ibu cik nin bawa adik cik nin yang bongsu pergi klinik. Tengah-tengah dok tunggu nama adik cik nin dipanggil masuk ke bilik doktor, cik nin ternampak satu notis bertajuk "Why Malaysians Are Fat?"

Cik nin pun tiba-tiba dapat idea untuk tulis entry pasal tu... (haha...kat klinik pun sempat lagi cari idea untuk tulis entry. hebat tak hebat cik nin? haa... mula nak riak nih. hish! astaghfirullahalazim... heee...) Tapi cik nin tak bawak handset. selalunya kalau ada apa-apa cik nin take note guna handset je. Selamatlah ibu cik nin bawak pen and kat kaunter tu ada kertas untuk register. Cik nin pun pau la satu. hehe...

Notis tu bertulis macam ni:

WHY MALAYSIANS ARE FAT?
1. Eating too much
2. Drinking carbonated drinks
3. Liking for fast food
4. Lazy to use the staircase
5. Lack of exercise

Tengok. bukannya banyak sebab dia. LIMA JE! Tapi... lima JE tu la yang buat kita tak sihat sepanjang zaman. So lepas ni kalau ada antara kita yang suka amalkan lima benda ni, bawak-bawaklah kurang. Tak salah kan kalau kita mencegah dulu sebelum perlu mengubati? ;)

Pesanan untuk diri sendiri jugak ni. ^_^

P/S: Sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain... ;)


Kan best kalau kita sihat macam ni. Orang yang kita sayang pun dapat merasa tempiasnya ^_^
- gambar cekuk kat rumah google -


Monday, December 20, 2010

Segalanya Mungkin Jika...

salam...

hai readers...

smalam cik nin ade reunion batch skolah rendah cik nin. batch tahun berapa n kat mana sekolah rendah cik nin tu tak perlu lah kot cik nin bagitahu kat sini.

alhamdulillah, reunion atau dalam bahasa melayunya dipanggil perjumpaan semula mantan2 pelajar skolah rendah cik nin tu berjalan dgn lancar hampir 95 peratus seperti yang dirancang. cik nin mmg dah lama tunggu reunion sebab nak jumpa kawan-kawan dan guru-guru lama balik dan alhamdulillah, ada yang sudi rancang dan organize everything untuk menjayakan reunion ni. tahniah cik nin ucapkan dekat kawan cik nin tu dan trima kasih sangat-sangat. kalau takde orang macam dia yang sudi bekerja keras untuk pastikan reunion ni berjalan, agaknya sampai cik nin tutup mata buat kali terakhir pun cik nin tak dapat nak merasa saat-saat manis berkumpul ramai-ramai berjumpa kenalan-kenalan lama macam semalam. selama ni selalu je cik nin dan kawan-kawan sebut untuk adakan reunion tapi takde siapa pun yang sanggup untuk conduct. bila sebut je mesti semua tuding jari antara satu sama lain termasuklah cik nin. kih3... terima kasih skali lagi kepada pengarah program dan tahniah serta terima kasih juga buat rakan-rakan, guru-guru dan AJK-AJK PIBG yang hadir memeriahkan lagi majlis reunion tersebut.

ni doorgift yang cik nin dan semua kwn2 dapat masa majlis semalam

majlis semalam telah membuka serba sikit mata cik nin yang sememangnya dah sepet ni bahawa segala-galanya dalam dunia ni tak mustahil jika ada kesungguhan dalam usaha yang dilakukan. Kerana dek berkat kesungguhan dan usaha gigih pengarah program merancang dan mengendalikan majlis dari A hingga Z dengan kerjasama dan bantuan-bantuan kecil dari rakan-rakan yang lain itulah akhirnya majlis makan malam alumni kami dapat direlisasikan. dan yang paling penting, thanx to Allah kerana tanpa Dia kami tak dapat berkumpul seperti smalam... syukur alhmdulillah.. =)



Friday, November 26, 2010

Sekadar Keturunan Je ke...?

assalamualaikum...
hallooo smua...
ha...lama btul aku tak update blog ni. serius lama! padahal dh macam2 jadi kat diri aku. cuma tak bercerita je dlm blog ni. almaklumla... penyakit ma aku menjadi2... virus M sdg giat menular dlm bdn. tu yg x update2 tu. ni dh cuti, bru rasa ade mood skit nk jengah. hehe...

korang watpe cuti ni? aku xde ape yg spesel pn... biasa2 je... tp skrg ni tgh tgk tv. bestla plk cter die. tjuk die Ku Mohon dlm slot cerekapilihan kat tv3.
cter die pasal seorang model non-muslim bru convert to islam.

tp ape yg aku nk share ialah, dlm cter ni nmpk sgt org islam yg mmg asal islam sejak lahir sndiri yg tak mengamalkan cara hidup islam apatah lagi nk membimbing atau menggalakkan saudara baru mengikut dan mengamalkan cara hidup islam. islam yg kita pegang skrg ni kebanyakannnya islam keturunan dan bukannya islam yg dihayati.
smoga kita x menjadi golongan islam yg hanya pada nama tetapi jadilah islam yg benar2 mengamalkan islam. insyaAllah... amin...
pesanan ini khas utk diri aku yg sememangnya byk sgt dosa yg telah aku buat. huhu...

k, tu je la kot utk entry kali ni.

akhir kata,

"kita tak perlu jd org lain, tapi kita boleh jd org yg lebih baik"

da~~ ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...