Pages

Showing posts with label Nyum2. Show all posts
Showing posts with label Nyum2. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Main Masak2 Episod 5: Kek Pisang

Waaa...banyaknya pisang kat dapur...!!! Apa nak buat ni...???

Rileks... tak perlu risau resah gundah gulana... Cik nin kan ada... (heh~ :p)
Apa kata korang buat kek pisang dengan cik nin? Tapi cik nin punya resipi kek pisang ni tak sama macam resipi kek pisang yang kat kedai tu. Lain sikit. Rasa dia lebih macam muffin kenny rogers. (ceyh, bajet gler...haha...) Tapi ni bukan cik nin yang cakap yek. Ni ibu cik nin yang cakap. Resipi tu pun resipi dia. Cik nin tukang ngikut jek. Buat pun sebab dia yang teragak and pisang banyak kat rumah. Ngee~~ ^_^

Ok, macam biasa, sediakan lah pen dan kertas untuk salin atau printer untuk print resipi ni yek ;)

Dah sedia semua....??? 

Wokeyh! Jom kita mulakan sekarang! ;D

Kita start dengan bahan-bahan dulu...

Bahan-bahan:
2 cawan pisang yang dah dilenyek-lenyekkan
2 ketul butter (2 x 250 g)
2 cawan gula (kalau boleh kurangkan 1 cm dari mulut cawan sebab takut manis sangat)
6 biji telur
1/2 tutup esen pisang
2 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
1/4 tin susu pekat

Cara-cara nak buat pulak:
1. Panaskan oven
2. Kisar gula sampai halus
3. Satukan gula yang dah dikisar dalam bekas yang mengandungi butter kemudian putar sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji dan putar sampai nampak kembang. Ulang langkah ni sampai habis semua telur.
5. Masukkan esen pisang dan putar.
6. Masukkan pisang dan putar lagi.
7. Masukkan tepung kek dan tepung gandum. Putar sampai nampak halus. (Boleh juga kaup balikkan dengan senduk kayu)
8. Tuang susu pekat; buat dalam 3 setengah bulatan bekas. 
9. Sapu loyang dengan butter supaya kek tak melekat kat loyang.
10. Tuang adunan ke dalam loyang.
11. Masukkan ke dalam oven. Bakar dalam suhu 120-130 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam setengah atau sehingga masak.
12. Siap!

Taraaaa....!!! =D



Senang je kan? Ni first time sebenarnya cik nin buat kek pisang ni. Tapi kalau perasan, cara dan bahan-bahan dia lebih kurang je macam resepi yang ni, betul tak? So sesiapa yang pernah cuba resipi tu mesti boleh buat resipi kek pisang ni jugak.

Selamat Mencuba.. ^_^

With love,


Tuesday, March 22, 2011

Main Masak2 Episod 4: Kek Coklat Lembap

Waaahhh... sedar tak sedar dah episod 4 dah 'rancangan' main masak2 cik nin ni... (eleh. bru episod 4 dah nak kecoh. apa la cik nin ni...)
Alooo... takpela... sesekali bagi la peluang cik nin nak buat kecoh kat blog sendiri... kan? kan? kan? heee... ;D

Wokeyh. kali ni cik nin nak bagi resipi BAEK punya. (p/s: jangan tiru ejaan itu dalam karangan yek. trima kasih ;p)
Kenapa cik nin cakap 'baek' punya? sebab... resipi ni telah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia... Eh. silap silap. Resipi ni telah diluluskan oleh bonda kesayangan cik nin...
Macam yang cik nin cakap kat entry ni, cik nin still mencari resipi kek lembap yang betul-betul lembap. Tapi sekarang cik nin dah jumpa dah resipi yang macam mana ibu cik nin idam-idamkan selama ni... alhamdulillah... Terima kasih kepada kak zimah sebab sudi kongsi resipi dengan cik nin. Gembira sangat dapat tengok ibu betul-betul makan kek ni dengan puas hatinya...

Ok, tak payah cerita panjang, jom kita tengok resipinya... ;)


Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B:
3 biji telur

Bahan C:
1 1/4 tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Satukan semua bahan A (nak senang dalam kuali), masak atas api sederhana. Kacau sehingga sebati. Tutup api.
3. Ayak bahan C, ketepikan.
4. Pukul Bahan B sampai kembang.
5. Masukkan Bahan A ke dalam B. Kacau rata.
6. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A + B.
7. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Griskan loyang dan tuang adunan ke dalam loyang.
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil supaya tak masuk wap. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam. (jangan buka sebelum 1 jam. takut tak naik)
9. Lepas 1 jam, boleh uji samada dah masak atau belum dengan lidi/hujung garfu. Kalau tak melekat kat hujungnya, dah masak la tu... ^_^
10. Bila kek dah masak, apa lagi? Makanlaaaa.... =D


Haaa... ni lah gambar kek yang dah masuk dalam perut ibu, cik nin dan kawan-kawan.

Kat belakang tu buku resipi dan pen cik nin. Nak gak masuk gambar. hehe....


Mudah je kan? semudah A B C gitu... Ok lah last but not least. ayat biasa, Slamat Mencuba...!!! ^_^


Saturday, March 12, 2011

Main Masak2 Episod 3: Brownie & Cheese Cake

Halllooooo... Farah Fauzana in the house...!!!

Eh. silap-silap.

Assalamualaikum... Cik Nin di dalam rumah...!!! haha...

Haa...tengok tajuk tu betul-betul... Rancangan Main Masak2 kembali...!!! =D
Dah episod 3 tu...!!! Kalau siapa yang belum tengok lagi episod 1 dan episod 2, senang je... klik je kat sini dan sini.

Amacam resipi-resipi yang cik nin bagi kat episod 1 dan 2 tu? Dah pernah try? Ok tak? Kepada yang dah try tu harap-harap ok la yek dan terima kasih sebab sudi cuba resipi yang cik nin bagi... :)

Untuk episod kali ni, cik nin main cekau je resipi kat dalam myresipi.com ni. Bukan apa, cik nin teringin sangat nak buat and makan cheese cake. Yang adik cik nin ni pulak entah mengandung apa tiba-tiba mintak nak makan kek. (adik cik nin laki, umur 9 tahun yek. hehe...)

Sebelum ni cik nin dah oernah usha resipi cheese cake kat internet tapi ada dua resipi yang menambat hati cik nin. Lepas dah bincang-bincang dengan ibu, akhirnya resipi ni lah yang cik nin buat... Ok, untuk memudahkan pembaca blog cik nin, cik nin taipla balik resipi tu...

Dah sedia semua...? Bersedia atau tidak, bolos saja resipi itu...!!! ;D

Bahan-bahan Brownie:

300 gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150 gm butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whipping cream
1 1/4 cawan sour cream (cik nin guna yogurt. nak guna plain yogurt takde. last-last guna yogurt perisa strawberi. tibai je la... hehe...)
2 biji telur

Bahan-bahan Cheese:

250 gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara:

  1. Cairkan butter, chocolate dan gula atas api sederhana.
  2. Pukul telur, tak payah sampai kembang. Kemudian masukkan ke dalam adunan chocolate, kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung, whipping cream dan sour cream. Kacau sebati. Ketepikan sementara.
  4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok-eloknya guna springform. Selang-selikan antara brownie dan cheese. (sebelah-sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
  6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick/sudu/lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih-lebih sangat.
  7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius selama 30 minit. Bila dah masak dia memang lembik sikit. Sejukkan jap, kalau dah cool boleh masuk peti. Senang sikit nak potong.
Haa... ciap dah kek nya...

Taraaa...!!!

Ni la rupa dia kalau dah ciap. (sepertimana yang cik nin buat la kan. Orang lain punya lagi cun. huhu... Lagipun cik nin kan tak pandai potong kek. so nasiblah yek. ngee~~)

Kek ni rasa dia memang sedap tapi cik nin tak boleh ngadap sekali banyak sebab agak muak. Tapi kawan cik nin kata ok je. Tak muak pun. Dia ngadap sekali arung je makan ramai-ramai. So cik nin rasa, untuk yang betul-betul peminat coklat dan cheese bolehlah makan sekali banyak. Kalau yang sedang-sedang saja tu, amik la sikit-sikit je dulu yek.

Ok, tu je setakat ni. Kalau nak lagi gambar dan detail recipi yang original, klik kat sini. ;)
Oh, lupa pulak. TQ for the owner of the recipi...

Slamat Mencuba..!!! ^_^

p/s: Cik nin baru ambil resepi kek coklat lembap daripada kakak member cik nin ni. Kalau cik nin dah berjaya buat, nanti cik nin share kat sini yek. InsyaAllah...



Monday, February 14, 2011

Tunaikan Janji

Assalamualaikum...

Ingat tak cik nin pernah janji nak tepek gambar kek coklat yang cik nin buat dalam entry yang ni? (sila klik)

Hari ni cik nin nak tunaikan janji cik nin.

Nah, tengoklah gambar kek tu... ^_^



Sorry kalau cara cik nin potong kek ni tak cun. Honestly cik nin tak reti potong kek elok2.
Cik nin reti buat and makan je. Ngee~~

Haa...akhirnya tertunai jugak janji cik nin. Baru rasa lega... Ni pun kebetulan ibu cik nin mintak cik nin buat masa cik nin balik rumah semalam. Tetiba dia 'mengidam' nak kek ni siap beli bahan semua dah. (Mengidam saja-saja je bukan sebab lain yek...hehe....)

p/s: Janji mesti ditepati ^_-


Saturday, February 12, 2011

Main Masak2 Episod 2: Kek Butter

Assalamualaikum...

Apa khabaq smua...? Dah makan ka belum...?

Haa...kalau belum makan, baik makan sekarang sebelum baca resipi cik nin ni. Takut kang ada yang tiba-tiba meleleh pulak air liur tu. Hehe... (bajet je cik nin ni kan? ngee~~ ;p)

Dah lama jugak cik nin tak tulis entry pasal resipi. Sebelum ni cik nin tulis untuk Episod 1 dalam entry yang ni (sila klik). Kali ni cik nin tulis sebab masa tengah lepak-lepak kat bilik kawan hari tu, tiba-tiba ada kawan cik nin mintak cik nin tulis dalam blog tentang resipi kek butter yang slalu cik nin buat. Cik nin pun rasa tu satu idea yang baik so disebabkan itu lah korang semua boleh baca entry resipi ni sekarang... ^_^

Prosedur nak cerita pasal resipi, macam biasalah kan, kenalah bagitahu bahan-bahan dia dulu...
Baiklah puan-puan, bahan-bahan untuk buat kek butter simple ni ialah... (gaya macam ala-ala Chef Two. Ahaks~)

2 ketul butter saiz biasa (250g)
2 cawan gula biasa (setiap cawan kurang setengah inci dari permukaan cawan)
6 biji telur gred A (kecil dari gred A, 7 biji)
2 tutup esen vanila
2 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
1/4 tin susu pekat

Cara-cara untuk buat kek ni pulak macam ni:

1. Panaskan oven
2. Blend gula sampai halus
3. Masukkan gula dan butter ke dalam bekas. Putar sampai sebati.
4. Masukkan telur sebiji dan putar sampai nampak kembang. Ulang step ni sampai smua telur habis diputar.
5. Masukkan esen vanila. Putar lagi.
6. Masukkan tepung kek dan tepung gandum. Putar sampai nampak halus.
7. Masukkan susu. Buat dalam 3 setengah pusingan bekas.
8. Sapu loyang dengan mentega atau alaskan dengan kertas minyak.
9. Tuang adunan ke dalam loyang.
10. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu lebih kurang 125-130 darjah celcius sehingga satu jam atau sehingga masak.
11. Sedia dihidang.


Ni lah lebih kurang hasilnya nanti sebelum dipotong

Mudah kan? Ok, itu saja... Selamat Mencuba...!!! ^_-

p/s: gambar lepas potong tak sempat nak ambil, dah habis kena ngap dulu. hehe...


Tuesday, December 21, 2010

resipi oh resipi...

hallooo..

cik nin in the hauz...

ha...cik nin baru je lepas mencari-cari resipi kek coklat lembap yg btul2 lembap kat http://www.myresipi.com/ tapi x jumpa pn resipi yg cik nin penah tgk suatu ketika dahulu. (wah. dh mcm lagu erra fazira la pulak. "~~suatu ketika dahulu~~~" hehe...) tapi ni bukan crita yg sama dalam lagu erra tu. crita yg cik nin nak bagitahu kat sini lain sikit.

pasal resipi yang cik nin cari tu... dulu cik nin pernah try tapi cik nin ubah suai sikit atas permintaan seseorang. kira cik nin ni dah macam derhaka kepada resipi tu lah. akhirnya kek cik nin tu tak seperti apa yang cik nin nak. tak rasa pun kelembapan dia... rasa nak tercekik kat tekak ada lah. terpaksalah cik nin modified letak toping kat atas dan kat dalam dia... baru laju sikit orang makan. kalau tak, rasanya terbuang macam tu je lah kek tu... 'body' dia dah cantik dah. rasa je kurang sikit. ha.. padan muka cik nin kan? siapa suruh cik nin menderhaka lagi kat resipi tu? lepas tu cik nin tobat dah la... taknak menderhaka kat resipi kek lagi... cik nin ikut je apa yang resipi suruh buat. hehe...

tapi cik nin sampai sekarang belum jumpa resipi kek coklat lembap yang betul-betul lembap. kalau korang ada resipi kek coklat lembap dan korang komfem kek tu lembap sebab dah penah makan, share-share la dgn cik nin ya... boleh je kalau cik nin nak ikut resipi yang dalam website tu tapi cik nin takut jadi tak sepertimana yang macam cik nin nak... lebih baik resipi tu dah konfem orang buat dan menjadi lembap macam nama dia, baru cik nin nak try. baru best. hehe...

ok, ingat kawan-kawan... kalau ada resipi kek coklat lembap yang komfem lembap dan sedap, kongsilah dengan cik nin ya... ^_-


Friday, December 17, 2010

main masak2 episod 1: kek coklat nyum2...

ola my prend...

assalamualaikum...

ha, msuk hr ni genap la seminggu cik nin meninggalkan blog terchentha ini. bukan cik nin tak nak update, tp komputer n laptop di kampung cik nin tu sentiasa full booked. cik nin pn malas lah nak tambahkan 'senarai pemohon' utk gunakan komputer n laptop tu. dh balik rumah sendiri ni boleh lah cik nin ngadap laptop cik nin puas2. tapi tak jgk. adik cik nin yg kecik tu pun asyik dok berdampingan je dgn laptop cik nin ni. tadi tgk dia tak guna cepat2 la cik nin amik. hehe...

sehari sebelum cik nin nak blk KL hari tu cik nin ade la buat kek coklat. tu pun sbb adik bongsu cik nin mintak. tetibe dia teragak nak makan kek coklat masa main game kek. kalakau pun ade cik nin dengar tapi tak kata dia la. cik nin pun kalau tgk cter yg ada makanan best2 sikit mesti cik nin teragak. ade satu masa tu tgk cter antique bakery cik nin trus teragak nak makan kek mcm yg dalam antique bakery tu. gler best nampak kek dia. tak tahu la kat malaysia ni mana nak dpt kek mcm tu. kalau ada cik nin jumpa kat depan mata cik nin kek mcm tu... mesti dah lama cik nin beli. huhu...

ok, back to our story. lepas adik cik nin ckp dia nak kek coklat, cik nin pun menyemak la semula inbox fb cik nin kalau2 ada lg resipi kakak ipar cik nin bagi kat situ. kebetulan beberapa bulan lepas cik nin ada mintak resipi kek coklat dekat dia sbb ibu cik nin beria sangat nak makan kek coklat macam kakak ipar cik nin penah bg sebelum dia kahwin dgn abg cik nin dulu. cuma cik nin tak sempat lg nak buat. just save dalam laptop sendiri je tapi laptop cik nin tinggal kat umah. alhmdulillah, resipi tu still ada lagi kat situ. cik nin pun cpt2 la save dlm laptop sdara cik nin.

keesokan harinya pagi2 lagi cik nin dah bangun utk buat kek tu sbb ayah sdara cik nin nak balik ke rumahnya semula lepas breakfast. kek tu teramatlah senang nak buat. very the simplest one. kalau baru nak blajar buat kek, eloklah try buat kek ni. sangat2lah senang. ok, tak guna cter panjang2 kalau cik nin tak bagi resipi kan? oryte kwn2... ini lah resipi kek coklat yg cik nin ckp senang tu. cik nin bagi utk saiz kecil je la yek. kalau nak buat besar, juz gandakan dua atau tiga kali. ikut suka. ^_-


bahan-bahan:

120 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
150 gm marjerin
150 gm gula kastor
3 bj telur
1 camca teh baking powder

cara menyediakannya :
1)lanserkan tin pembakar dan lapikkan dgn kertas minyak serta panaskan ketuhar
2)ayak tepung bersama koko dan baking powder
3)putar majerin dan gula hingga kembang serta berwarna krim
4)masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi
5)kaup balikkan campuran tepung ke dalamnya dengan sudu logam.(kaup balik no 8)
6)masukkan dalam tin pembakar dan bakar selama 40-45 minit atau hingga kek masak.
(sumber resipi dari kakak ipar tersayang. trima kasih kakak iparku... ^_^)


ha... tu je. senang kan? cuba lah. cik nin sebenarnya nak tepek gamba kat sini tapi gambar kek tu cik nin tak sempat nak amik dah abis dulu... masa kek tu ada lagi, kamera cik nin pulak takde bateri. takpelah. lain kali lah kot. huhu...

resipi ni yg teramat basic. kalau nk lg kreatif, tambah la topping kat atas or kat dalam dia.

k, tu je. slamat mencuba... ^_^



Monday, November 29, 2010

nak kahwin ke tak nak? klau nak.....

salam...
halloooo.....
enina in d house again...
hehe,...
haa... amacam tjuk aku kali ni? suspen x? suspen kan? haha...aku suka...aku suka... hehe...
nape aku wat tjuk mcm tu? ha... korang rasa2 nape? tekala...tekala... =D
ape??? ade org nk msuk minang aku??? haa...tu yg aku nk bgtau nih. org nak msuk minang aku tu... belum lg... tp... jeng3,...hehe...
takdela, entry kali ni bukan pasal org nk masuk minang ke hape cuma aku juz nk bgtau yg...aku dh kna blaja masak... (nampak sgt x reti masak. huhu...)

nape aku kna blaja masak??? aku dh nak kahwin ke??? haa...mestila...haha...tapi xdela esok lusa ni... aku rasa smua org yg normal pn akan ada rasa nak kahwin. btul x? tp aku tau, nk kahwin ni bukannya senang. tambah2 pada perempuan sbb nk kna tahu masak. klau tak, jd mcm cter smalam yg aku tgk kat tv3. tjuk dalil cinta tu. pmpuan tu langsung tak tau masak, tak reti kemas rumah n tak reti layan suami. aku tak nak la jadi sampai mcm tu skali... takot wooo... hehe...

aku bersyukur lg sbb dpt ibu mcm ibu aku. bila dia rasa anak dia dah layak nak kahwin, dia pun tak keberatan panggil aku masuk dapur. blajar apa yg patut. "dah sampai masa" katanya. aku pun, nak kahwin punya pasal, turut kan je la... klau tak, sampai bila pn aku tak reti masak nnt. nak jumpa bakal mak mertua pun tkut. tkut diuji dgn masakan... hehe...

utk hari ni aku tak masak beria. juz masak kobis goreng kicap je. very the simple one. sgt sesuai utk new beginner mcm aku. kih3... nak tau mcm mana? ha... tgk la resipi d bwh ini... =D

bahan2:
bawang putih 3 ulas (dihiris)
lada besar seulas (dihiris)
ikan bilis sejemput
sayur kobis separuh (dipotong2)
kicap
suhun goreng (takde pun takpe. ni lebih buat mee soto hari tu)
garam, gula, aji secukup rasa

cara2nya:
1. panaskan minyak
2. masukkan bawang putih, lada besar dan ikan bilis ke dalam kuali. kacau sampai kekuning-kuningan.
3. kecilkan api, masukkan kobis, suhun, kicap, garam, gula, aji dan besarkan api semula
4. gaul sehingga rata (tak perlu terlalu layu. biar kobis tu rangup2 skit baru sodap. tp terpulang kpd citarasa masing2)
5. sedia dihidang ;)

ha.. senang kan? bole la mencuba... (wow. dh mcm pengacara rancangan masak2 plk aku nih. tp klau dpt jd pengacara rancangan masak2 btul2 pn ape salahnya. aku suka... hehe...)

k, tu je wat masa ni. da~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...