Pages

Monday, March 28, 2011

Saya Bandar

Woryte gengz. Macam yang cik nin dah janjikan dalam entry yang ni, cik nin akan critakan tentang aktiviti hujung minggu cik nin yang baru saja berlalu pada hari sabtu dan ahad yang lepas. Untuk kedua-dua hari ni, cik nin pergi ke dua tempat yang berbeza. Tapi untuk entry yang ni, cik nin nak crita aktiviti hari sabtu je dulu. Hari ahad kena tengok entry lepas ni ok? (konon nak buat suspen lagi la...hehe...)Photobucket


Ok now... let's the story begin...


Hari sabtu yang lepas, bersamaan 26 mac 2011 merupakan hari yang penuh bermakna buat cik nin sebab pada hari itu, cik nin dapat bertemu dengan beberapa orang sahabat cik nin dari zaman sekolah dulu yang dah lama sangat tak jumpa. Kebetulan, sahabat cik nin bernama ai pulang bercuti dari Jepun. (erk. dah macam buat ayat karangan BM la pulak ;p) So dia lah yang minta untuk jumpa... Cik nin pun apa lagi, walaupun assignment banyak yang belum siap, tapi demi sahabat punya pasal, cik nin sanggup curang dengan Encik A... ngeh ngeh ngeh...

Nak tahu kitorang date kat mana? Ce teka. ce teka. hehe... Kitorang date kat tempat yang dinamakan "Saya Bandar" atau dalam nama glamournya "I-City"... Cantik tempat tu. Sebelum ni cik nin dapat tengok kat gambar-gambar orang dalam facebook jek. Tapi sekarang cik nin dah berjaya jugak menjejakkan kaki kat sana.

I-city ni nak masuk kena bayar (parking). Satu kereta 10 hengget. Tak kisahlah berapa ramai pun korang nak sumbat orang dalam kereta tu, harga dia tetap 10 hengget. Cik nin dengan kawan-kawan cik nin semua 6 orang. 2 depan, 4 belakang. Kira ok la. Belum capai tahap sardin lagi. Hehe... Kalau yang masuk tanpa kereta pulak, kena bayar 2 hengget sekepala. Kira ok la. duit untuk bayar bil letrik kan... ngee~~ Dah masuk tu nanti, ronda la puas-puas dalam tu sampai sok pagi pun takpe selagi tak tutup. Tapi ada jugak part yang kena bayar macam nak tengok snowball. Tapi kitorang ni idok le nak ke sana yek. Cukup la bayar duit parking kereta jek. Jimaaattt... kihkihkih...

Dah, cik nin tak nak celoteh panjang lagi. Lai lai nengok gamba pulak. Photobucket


Sebelum sampai kat tempat kejadian, haruslah isi perut dulu kan. ^_^


Alhamdullillah... sampai pun...


Belum apa-apa dah nak posing. Macam biasalah kan. Hee...


Bahagian pertama yang kami lalui.


Kuda 'ais' yang ada dalam Snowalk


Cik nin pulak yang terlebih excited nak rasa salji. Kalah budak-budak tu. kihkihkih...


Sekali gedebuk salji jatuh atas tapak tangan cik nin. Dapat jugak rasa akhirnya...=D


Dah penat main kat snowalk, kitorang pun keluar ke bahagian outdoor...


Ni lah rupa daun kat pokok oren yang tadi tu kalau tengok dari dekat. Cantik kan? ;D


Bawah-bawah ni semua gambar-gambar suasana kat bahagian outdoor.


Haa... amacam? cantik kan? cantik kan? Cantiiikkk... Ni baru selected photos. Ada banyak lagi sebenarnya gambar-gambar yang kitorang dah capture tapi cukup lah kot yang ni. Kalau korang rasa dalam gambar pun dah nampak lawa, pergi betul-betul apa tah lagi. Mesti lagi terpegun! ;D


Ok lah. dah nak pulang dah. Jumpa lagi I-city... Photobucket daaa~~

Oh sebelum tu, cik nin nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat cik nin, ai, zila, mashi dan kawan serumah zila, shakira dan adiknya, aishah sebab sudi bawak cik nin ke sini dan belanja cik nin macam-macam. Semoga persahabatan ni berkekalan. Amin... Sayang korang sangat-sangat. ^.^
p/s: Nantikan aktiviti hari ahad cik nin dalam entry yang seterusnya. InsyaAllah... ;)



With love,

4 comments:

mashi said...

eninnnnnnnnnnn...huwaawawaaaaaaa

Cik Nin said...

awatnya mashi...?
nak huaaa jugak la. huaaaaa... hehe...

Norzila Noh said...

so called salji yang macam air batu campur...

Cik Nin said...

haha...aah, btul2. sama je sbnrnya... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...