Pages

Showing posts with label Suka2. Show all posts
Showing posts with label Suka2. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia.

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan untuk tahun 2012. So rasanya belum terlambat lagi untuk cik nin wish, selamat kembali ke sekolah buat adik-adik yang masih bersekolah. =)

Hari ni jugak merupakan hari pertama dan pengalaman pertama cik nin sambut kanak-kanak tadika yang baru nak masuk sekolah. Fuh~! seram sejuk jugaklah sebenarnya malam tadi. Yela, takut benda-benda yang teruk yang tak dijangka akan berlaku.... Al-maklumlah... pertama kali kan... Tak pernah lagi hadapi keadaan macam ni.... huhu...

Tapi alhamdulillah, today not so bad. Mula-mula tu ada jugak la rasa kekoknya especially bila parents ada. but at the end, alhamdulillah, cik nin boleh biasakan diri.

Nak sebut kanak-kanak yang nangis tu of course la ada kan. Nama pun pertama kali nak masuk sekolah. Ada yang dah pernah masuk sekolah tu pulak dah sedap cuti, tu yang nangis-nangis tak nak pergi sekolah tu. Tak kurang jugak ada yang cuba nak mengasingkan diri dalam kelas. Tapi alhamdulillah, walaupun ambil masa sikit, cik nin dan kawan-kawan lain berjaya tackle diorang supaya join aktiviti bersama. Dan ada tu yang main sampai tak fikir pun nak balik rumah. Padahal awal-awal tadi dia yang paling tak nak campur. hehe...

Cuma ada sorang ni je yang kitorang tak boleh nak buat apa-apa sebab dia dah balik awal-awal dah. Dia datang, stay sekejap lepas tu rasa tak nak, terus ayah dia bawak balik. Kalau ayah dia tinggal je dia kat situ, rasanya insyaAllah dia pun akan ok sebab kanak-kanak ni biasanya kalau ada ibu ayah dia depan mata, dia manja sikit. Tapi bila ibu ayah takde, boleh je diorang bersosial antara satu sama lain. Macam kanak-kanak yang lain tadi. ;)

Overall, cik nin boleh kata it was a good experience. Cik nin harap, tomorrow will be much much better. InsyaAllah... amin... please pray for us also k! ;D

Semalam tadika dipecah masuk. 2 buah pc lesap. Yang kelakornya, biskut pun dia nak curi. Agaknya azam tahun baru dia "mencuri sebanyak mungkin" kot... huhu... Semoga Allah memberi dia (dan kawan-kawannya) hidayah. Amin...

Friday, April 22, 2011

Segmen Blog Review Pak Cek Biola

Assalamualaikum...

Apa khabaq smua...? Dah makan ke belum? Cik nin alhamdulillah... baru je pekana bubur nasi ni haa... syedaaaappp... hehe... 

Tengah-tengah mulut dok aktif mengunyah tadi, tangan pulak aktif menari-nari atas keyboard ni. Tiba-tiba tengok kat shoutbox ada orang tag cik nin untuk join segmen. Orang yang bertanggungjawab ialah predictor. Selamat tugasan yang kena buat pendek je so boleh la cik nin join. hekhekhek... kalau panjang, memang cik nin akan bagitahu la alasan yang sama dalam entry segmen sebelum ni... 

Wokeyh, apa yang cik nin kena buat kali ni? Jom kita tengok ^_^





1)Letak header kat atas ni dalam entri anda dan linkkan ke entri ini - (done)

2)Follow blog Pak Cek Biola (tiada paksaan) - (done)

3) Letak tajuk entri "Segmen Blog Review Pak Cek Biola" (done)

4)Apakah warna kegemaran anda?
   Hijau

5)Jika anda diberi wang tunai sebanyak RM 1 juta,berikan 3 benda utama yang anda akan buat dari duit itu.
  1. Pergi Haji dan Umrah bersama ibu tersayang
  2. Buat Pelaburan
  3. Buka Kedai Bakeri
  3 + 1. (nak tambah lagi satu bole...? hik2... MELANCONG. ngee~~)

6) tag 1 kawan anda (kalau lebih lagi bagus) dan pastikan mereka mengetahuinya.
   Cik nin tag Susu :)
7)Kalau dah siap,jangan lupa tinggalkan link anda di entri ini..TQ.. (done)


senang dan mudahkan. Blog review ini akan dikategorikan mengikut warna kegemaran anda. (wokeyh)

p/s: kalau yang tak ditag nak join pun boleh. klik je kat gambar tu ;D


With Love,

Sunday, April 10, 2011

Jom Join Bloglist Haris Kaito

Assalamualaikum...

Cik nin pecahkan rekod sendiri nih. Sebelum ni cik nin tak pernah pun join segmen yang kawan-kawan cik nin tag kat cik nin. Bukan cik nin tak nak join, tapi disebabkan segmen yang diorang mintak cik nin join tu kena tulis agak panjang, cik nin yang tak serajin diorang tu akhirnya mengambil keputusan untuk menyokong dari belakang sahaja... Tapi pada malam tanggal 10 April 2011 ni, tepat jam 12.46am waktu tempatan (waktu kat laptop cik nin) cik nin akan join satu segmen yang ditag oleh kawan cik nin bernama predictor. Sebab apa cik nin terbuka hati nak join segmen ni? sebab...sebab... sebab... tugasan yang kena buat untuk segmen ni amatlah pendek! muahaha... serius! tak tipu! Tak caya cuba tengok ni.



Haa...pendek je kan? Jadi jangan buang masa lagi. Jom sama-sama teroka 'tugasan' yang cik nin kena buat ni. ;D

Ok, mula-mula...apa yang kita perlu buat, tengok la dulu syarat-syaratnya....

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry dan letak tajuk "Jom Join Bloglist Haris Kaito" (ni lah entrynya. Tengok tajuk tu... sama kan? ^_^)
2. Linkkan ke entry nie... (wokeyh done. tak caya, klik tajuk kat no 1 tu. ^_-)
3. Mesti menjadi follower Haris... (ni pun done. cik nin follower ke 472)
4. Copy gambar atas tu dan letak di entry Jom Join Bloglist Haris Kaito... (comel je gambanya. hehe...)
5. Tag 2 orang kawan korang... (cik nin tag cleo dan ayshikin)
6. Letak link entry korang kat bawah nie...
Senang jer nih... Jom! Join! Tutup bila dah ramai join... :)





With love,

Wednesday, February 9, 2011

Pertandingan Menarik!

Assalamualaikum...

Pagi ni cik nin bukak blog, cik nin tengok la blog-blog yang cik nin ikut kat tepi tu mana yang dah diupdate untuk cik nin baca. sekali cik nin tengok blog cintajodohkahwin.com ni buat satu pertandingan. Pertandingan tu pulak bagi cik nin amatlah mudah. siap ada hadiah wang tunai pulak tuh!

Cik nin pun apa lagi? ikutlah syarat-syarat yang dia berikan untuk menyertai pertandingan tu. Tak banyak syarat dia; DUA JE..! Mudah sangat pulak tuh. Nak tahu pertandingan tu tentang apa dan apa syarat-syaratnya? Meh klik kat sini. ;)

Haa... Mudah je kan? Apa lagi? Jom join ramai-ramai! ^_^


Monday, January 31, 2011

Suka Jumpa Orang-orang Baik

Assalamualaikum...

Semalam merupakan antara hari yang bertuah untuk cik nin. Sebab apa? Sebab... cik nin jumpa ramai orang yang baik semalam. Dari pagi sampai lah ke malam, ada je orang yang baik sekeliling cik nin.

Orang baik pertama yang cik nin jumpa ialah pemandu bas UKM zon 6Z/6K. Masa tu, pagi lagi dalam pukul 9.30, Cik nin tunggu bas nak pergi kursus kat Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh. Tempat tu dalam area UKM jugak. (Kursus apa tu? Kursus Kahw.. Teeeettt.... Hakhak...Sapa yang tahu tu shhh...diam diam ;p) Tapi disebabkan tempat kursus tu agak jauh sikit dari kolej cik nin, cik nin yang tersangatlah 'rajin' ni pun tunggu lah bas... Tunggu punya tunggu, bas zon 3 atau U tak jugak kelihatan. Akhirnya bas 6Z/6K melintas dan berhenti betul-betul depan cik nin. Cik nin pun naiklah macam biasa.

Pada mulanya semuanya biasa biasa saja. Tiada yang luar biasa melainkan yang biasa biasa saja sepanjang cik nin dalam bas tu sehinggalah cik nin nampak ada dua orang gadis (saja guna 'gadis'. nampaklah sopan sikit bahasa. hehe...) tengah berjalan sambil memayungkan diri masing-masing (sebab masa tu tengah hujan renyai). Tiba-tiba uncle bas ni bunyikan hon dan berhenti. Dia buka pintu. (Hah! sudah... dia nak sound gadis-gadis kecik molek yang jalan kat tepi jalan tu ke? Tapi kenapa pulak nak sound? Nak kata badan diorang tu besar sangat sampai makan jalan tak jugak. Memang diorang jalan kat tempat khas untuk pejalan kaki...) Ghupa-ghupanya dia nak bagi dua orang gadis tu naik daaa... Wah! Baik gler la pak cik tu! Dah tu pulak, bila dia nak berhentikan kami (yang majoriti penumpang nak pergi ke kursus tu), dia berhentikan betul-betul depan tempat kursus tu (bukan kat bus stop yang biasa) supaya kami tak perlu jalan jauh sebab hujan. Memang baik sangat! Semoga Allah merahmatimu pak cik...!!! ;D

Orang kedua dan ketiga baik pulak cik nin jumpa masa cik nin naik bas nak balik rumah petang semalam. Penumpang lelaki Nigeria yang duduk sebelah cik nin bila nampak je cik nin gerak-gerak macam orang nak berhenti, dia terus ubah tempat kat kerusi yang satu lagi. Padahal masa tu cik nin belum lagi nak turun. Baru simpan-simpan barang je. Selama ni cik nin betul-betul nak turun baru orang sebelah bagi laluan tapi ni tak, belum nak turun lagi dah dapat laluan. Hehe... Baek punyalah semalam. Lepas tu bila cik nin dah berdiri tanda nak turun, orang laki yang duduk kat sit depan cik nin tanya, "nak turun sini ke?" Lepas tu cik nin angguk. Dia pun tolong tekan kan loceng. Wah! Lagi sorang baik! Untung cik nin! hehe... Kalau dia tak tolong tekan, terpaksalah cik nin bergerak ke depan lagi untuk tekan loceng sebab dekat tempat cik nin takda loceng... Oh ya, ucap terima kasih dulu sebelum turun ;)

Orang keempat yang baik yang cik nin jumpa semalam ialah masa cik nin nak gerak ke kereta ibu cik nin. Sekali lagi dengan orang laki. (Agaknya nasib cik nin semalam memang dengan orang laki je kot. huahaha...) Masa tu kami sama-sama nak jalan kat tempat yang sama. Dan sebenarnya (macam lagu yuna pulak ;p) boleh je dia nak jalan dulu sebab cik nin belum lagi gerak ke depan. Tapi dia bagi laluan kat cik nin untuk jalan dulu. Cik nin pulak rasa bersalah, suruh dia jalan dulu sebab tu memang jalan dia. Dia tetap suruh cik nin jalan dulu. Cik nin tak nak, suruh dia sekali lagi jalan dulu. Akhirnya dia terpaksa akur dan dia lah jalan dulu. Hehe...

Orang kelima atau terakhir (untuk semalam) yang cik nin jumpa ialah ibu cik nin sendiri. Masa dok tengah kursus semalam cik nin terasa macam nak makan coklat. Bila ibu bawak cik nin kat Watson Tesco Ampang, cik nin pergi kat tempat coklat. Cik nin tengok je tapi tak cakap pun kat ibu yang cik nin nak coklat. Just cakap senyap-senyap je la tak sampai ibu dengar. (Memang ibu tak kan boleh dengar sebab masa tu ibu kat bahagian yang jauh dari cik nin). Tiba-tiba masa cik nin pergi kat ibu, ibu tanya cik nin nak coklat ke. Dalam hati cik nin. "Wah! macam mana ibu boleh tahu ni???" Cik nin pun apa lagi? Peluang yang diberi jangan dilepaskan. Orang kata, rezeki jangan ditolak. kehkehkeh... Tapi cik nin cakap dulu, coklat yang cik nin nak tu mahal... Ibu tanya berapa. Cik nin jawab 4 ringgit 90 sen... Ibu kata bawah 5 ringgit boleh lagi. Waaahhh....!!! Sayang ibu!!! Dapatlah cik nin makan dark chocolate cadbury semalam...!!! Yay!!! ;D

Alhamdulillah... cik nin bersyukur dapat jumpa orang-orang macam ni. Walaupun perkara yang diorang buat tu nampak kecil, tapi cik nin amat menghargainya. Dan bagi cik nin, selagi orang tu buat baik dengan cik nin, cik nin akan buat baik dengan orang tu tak kiralah dia bangsa apa sekali pun ;)

p/s: Cik nin pernah dengar, membahagiakan orang lain tu satu ibadah. Harap-harap betul lah begitu... Amin... ^_^



Thursday, January 27, 2011

Ups! Terlebih Sudah...

Hallooo smua...

Wah! sedar tak sedar hampir seminggu dah cik nin tak ngedate blog ni. Bukan malas, tapi beralas.(*klau dah malas tu cakap je la kan. Nak cakap beralas pulak. Heh~) Erk. Macam mana tau ni...? Ngee~~~

Ha, malam ni cik nin dah jumpa benda yang dah lama cik nin nak cari. Sebelum ni cik nin pelik mana datangnya icon-icon comel macam ni:
Photobucket Photobucket Photobucket milkysmile

Ghupa2nya ada satu blog khas yang memang sediakan widget ni... Kita cuma copy paste je code yang die bagi. Gler senang! haha... cik nin pun apa lagi? very excited la tengok widget tu (*sambil mata blink blink and mulut tersengeh sampai ke lubang telinga. muahaha... Ups! terlebih sudah)

Tapi betul la. memang cik nin excited pun tengok icon-icon yang ada kat blog tu. Nak tahu kat mana? Haa... meh terjah kat sini (sila klik)

Haa... amacam? cute kan?

Apa? Dah lama tahu???
Owh kira cik nin ni lambat la yek? Ok. fine.. sedar... milkysmile

Tapi. Tak kisahlah lambat ke cepat ke... Janji cik nin gembira sebab dah jumpa benda yang dah lama cik nin cari. Kan, kan, kan...? Photobucket Hehe... ;p

Daaannn... yang paling penting... Cik nin dapat explore sendiri tanpa mengganggu gugat keternteraman orang lain... ngih3...

K la. tu je buat masa ni. See yeah milkysmile


Tuesday, January 18, 2011

Wanitakah Aku?

Itulah soalan yang perlu ditanya dan dijawab sendiri oleh setiap penumpang yang ingin menaiki bas rapid KL bermula pada 17 Januari 2011 (semalam) kerana kini bas rapid KL mempunyai 'coach' untuk wanita SAHAJA. Sama seperti KTM komuter, Rapid KL juga turut melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengambil inisiatif dalam menjaga kebajikan dan keselamatan kaum hawa. Tak caya? Meh klik sini.

Haa... cik nin tak tipu kan? Huahuahua...

ni lah bas rapid KL coach wanita... ^_^
-gambar mintak izin puan google-

Cik Nin selaku penumpang bas Rapid KL tegar amat-amat menyokong tindakan Syarikat Rapid KL tu dan sangat gembira membaca laporan akhbar utusan tadi. Bukan cik nin nak diskriminasi ke ape... Tapi cik nin secara jujurnya kurang selesa bila penumpang yang duduk di kerusi sebelah cik nin adalah lelaki. Macam-macam dah cik nin lalui sepanjang menjadi penumpang bas ni. Baik buruk selama ni cik nin telan je. Tapi dah ada perubahan macam ni, cik nin tersangat-sangatlah gembira. Cuma cik nin kurang pasti samada bas yang cik nin selalu naik tu termasuk tak dalam 15 laluan yang disebutkan. Kalau masuk, alhamdulillah... syukur sangat-sangat. =D

Ok, kepada kaum adam yang ingin naik bas Rapid dan nampak bas tu khas untuk wanita, jangan malu jangan segan, tanyalah pada diri anda, "Wanitakah aku???"

Hehe...peace. no war~ ^_^_v



Saturday, January 15, 2011

Ku Telah Jatuh Cinta

*Perghhh...tajuk dah macam drama bersiri Indonesia la pulak... hehe...

Masuk hari ni genaplah seminggu cik nin mula-mula bersua muka dengannya. Walaupun dah seminggu berlalu, tapi wajahnya masih segar dalam ingatan cik nin. Selepas melihat wajahnya, cik nin nak makan pun tak kenyang (*sebab belum makan lagi, baru 'nak' je..), mandi tak basah (*dah gosok gigi je sape suruh...?), tidur pun tak lena... (*mana nak lena? tidur pun belum lagi. dok asyik main pesbuk jah). Oh, apa yang telah terjadi kepada cik nin ni...? Adakah ini yang dinamakan cinta???

Hape??? cik nin dah jatuh cinta??? Biar betul??? Jeng jeng jeng jeng.... (muzik suspen macam dalam cerita P.Ramli)

Dengan sape, dengan sape? (gaya kaki-kaki gosip)

Kaki Gosip: Adakah dengaaannn....


Cik Nin: Muka ada, manis ada, nakal ada, motor cik nin suka pun ada...
Tapi...
.
.
.

Laa... suami orang rupanya... No no no no...


Kaki Gosip: Ok ok. Kalau yang ni pulak?

Cik Nin: Hmmm... kacak... tinggi... menarik... tertarik...
tapi...
macam ada something lah yang tak kena.
oh, cik nin just suka tengok je kot.
Nak jatuh cinta? Nehi...



Kaki Gosip: Oh, bukan jugak. Haaa... ni komfem betul!

Cik Nin: Hmm... macho... badan macam atlet. Tinggi pun tinggi... Tapi orang Jepun daa... jauh tu... mau nangis ibu ayah cik nin nanti... hehe...

Kaki Gosip: Laaa.... kalau tu bukan, ni bukan, habis dengan siapa???

Cik Nin: Dengan....dengan... Dengan ni............
.
.
.
.
.
.
.

TARAAAA!!!!

MAZDA 2!!! =D

Ya... betul... MAZDA 2...!!! hehe...

gambar dalam bonet ni diambil atas arahan kanak-kanank yang memakai baju hijau di dalam gambar yang keempat dari atas tu. "ni penting," katanya...
Penting la sangat...hehe...

Kaki Gosip: Laa... jatuh cinta dengan kereta rupanya... ingatkan dengan siapa tadi...

Cik Nin: Haha... ingat dengan siapa haa....? Cik nin tak cakap pun dengan manusia kan? hehe... Aah, cik nin dah jatuh cinta dengan Mr. Mazda 2 ni. Sangat-sangatlah cantik dan menarik. (Ni pandangan cik nin je ya... orang lain mungkin taste lain)

Nak tahu kenapa cik nin tertarik dengan kereta ni?

First of all, mestilah sebab appearance dia yang menarik tu. Sangat-sangat menarik perhatian cik nin. Cik nin pernah usha kat jalan raya. Tapi ni lah first time cik nin dapat merasa duduk kat dalam dia. Sebelum cik nin TERRRjumpa kereta ni kat pameran kereta di alamanda sabtu yang lepas, cik nin tengok-tengok dah kereta lain yang ada kat pameran tu tapi semuanya tak berkenan di mata, apatah lagi di hati cik nin. Bila cik nin terpandang je 'wajah' kereta ni.... terus cik nin terpikat dan tertarik nak masuk dalam dia.

Masuk dalam lagi lah best. Nampak dari luar macam kecil, tapi dalam dia tak seperti yang disangka. Selesa lah kiranya. Bonet dia pun dalam dan lebih luas berbanding kereta-kereta yang lebih kurang saiz dia. Maknanya boleh letak banyak benda la kat dalam bonet. Nak sumbat cik nin pun boleh. hehe...

Last but not least, the reason yang paling cik nin terasa nak jadikan kereta ni kereta cik nin nanti ialah sit pemandu dengan jarak pedal dia amatlah comfortable untuk orang-orang yang 'rendang' macam cik nin ni. tak rasa tenggelam pun. Rasa confident je nak tekan pedal minyak. Cik nin just perlu gerakkan kerusi tu sikit je ke depan dah sampai kaki. hehe... Cik nin bandingkan jugak dengan dua buah kereta yang lebih kurang saiz dengan Mazda 2 ni tapi dua buah lagi tu kurang menepati citarasa cik nin. Malangnya... dua-dua buah kereta tu cik nin sempat tanyakan harga, kereta idaman cik nin ni pulak cik nin tak tanya... Hukhukhuk... Harap-harap lebih kurang je lah dengan harga yang lagi dua tu so that cik nin tak regret n lebih bertambah yakin nak miliki Mazda 2 ni sebijik. Kalau lebih murah, lagi bagus. Tapi kalau lebih mahal dan tak cukup bajet, terpaksalah cik nin simpan hasrat cik nin tu dulu... huhu...


P/S: ayat simpati telah digunakan. Sila nyatakan persetujuan anda untuk menaja kereta cik nin ya. terima kasih ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...