Pages

Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Bagus Sangat Ke...???

Assalamulaikum...

Fiuh~ cik nin agak penat mlm ni. bukan apa,hari ni ialah hari pertama cik nin bekerja setelah hampir sebulan bergelar penanam anggur. haha.. Alhamdulillah... ada jugak orang nak terima cik nin bekerja. Ingatkan dah tak laku langsung dah. kehkehkeh... Cik nin kerja ni sementara je. Apa orang kata? kerja main-main sementara tunggu kerja betul? Haa...gitulah bunyinya.

Nak tau cik nin kerja apa? insyaAllah next entry cik nin cerita yek. Tungguuuuu....

Dalam entry sebelum ni cik nin ada cakap cik nin berbekam kan? (Sila klik sini kalau belum baca). Mesti ada yang tertanya-tanya kenapalah cik nin beria sangat nak berbekam ni? Bagus sangat ke?

Haa...nak tahu bagus ke tak berbekam, bacalah ayat-ayat cinta cik nin seterusnya ni. so dont go anywhere. stay tuned... =p

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan ialah al-Hijamah. Barang siapa berbekam pasti dapat rahmat dari Allah s.w.t." (HR. Ahmad dan Tabrani)


Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, "orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot yang yang kaku dan mempertajam pandangan mata terhadap orang yang dibekamnya. " (HR Tarmidzi).

Kedua-dua hadith di atas ni secara terang-terangan menyatakan kelebihan utama berbekam adalah mendapat rahmat Allah di samping dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan.

Kelebihan bekam yang lain adalah dapat:

  • Menjaga kesihatan tubuh badan
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Membuang angin dalam badan
  • Membuang darah yang mengandungi sisa toksik (racun)
  • Mengatasi masalah stress
  • Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat dengan perubatan moden

    Penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbekam pula ialah:

    • Migrain/sakit kepala
    • darah tinggi/hipertensi
    • elergi/gatal-gatal
    • sakit badan/pinggang/kebas-kebas badan
    • sakit sarat/tulang belakang
    • hepatitis
    • senggugut
    • asma
    • gastrik
    • gout
    • ginjal
    • jantung
    • sembelit
    • kolesterol
    • jantung
    • strok

    Haa...tu lah sedikit perkongsian tentang bekam ni... So korang nilai lah sendiri ya bagus ke tak bekam ni... ^_^

    p/s: bersamalah kita menghidupkan pengubatan mengikut sunnah Rasulullah ;)



    With Love,

    Sunday, May 22, 2011

    Bekam Wanita? Sini Pun Ada!

    Bekam Wanita? Apa tu?
    Bedah wanita ke? Ke berus wanita???

    Haa... kalau sesiapa yang belum pernah dengan perkataan "bekam wanita" sebelum ni, meh pakar Bahasa Melayu ni nak explain.

    Ehem! =p

    Bekam menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelangkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. 

    Menurut kamus cik nin edisi ketiga, dinamakan bekam wanita pulak sebab bekam tu dibuat pada badan wanita dan yang tukang bekamnya pun wanita. hehe...

    Sebenarnya dah lama cik nin dan ibu cari bekam untuk wanita ni. Al-maklumlah kami anak beranak ni nak kata sakit teruk tu takde la. Tapi nak kata sihat sangat tu pun tak jugak. Tu yang nak try buat bekam ni. Mana tahu dapat meringankan apa yang berat... hikhikhik... err... maksud cik nin, macam penyakit ke, angin ke, toksid ke... apa-apa je lah k selain berat badan. =p

    Cari punya cari alhamdulillah, terjumpa lah seorang pembekam wanita ni kat UKM... Tapi bila bincang dengan ibu, ibu kata jauh sangat (dari rumah kitorang). So ibu diam je dulu. Tak lama lepas tu cik nin dapat tahu yang kawan-kawan cik nin sendiri boleh buat bekam. Cik nin pun apa lagi. dengan gembiranya cepat-cepat bagi tahu ibu dan ibu terus setuju nak buat bekam kat kawan-kawan cik nin tu...

    Setelah sekian lama mencari masa yang sesuai untuk pergi bekam, akhirnya dapat jugak kitorang pergi berbekam kat rumah kawan-kawan cik nin petang tadi. Alhamdulillah...

    Terima kasih buat dua orang tukang bekam a.k.a kawan cik nin sendiri, cik tarmiza dan cik hakimu sebab sudi terima kehadiran cik nin dan ibu petang-petang sabtu ni... Kacau je korang kan. hee~~

    Haa, sesiapa (wanita) yang kat luar sana yang duduk area kajang/bangi atau kawasan-kawasan berhampiran dengannya and rasa-rasa teringin nak berbekam, boleh lah contact diorang berdua ni di talian 019-6422497 (cik tarmiza) atau 013-2509674 (cik hakimu). Kalau duduk area Rawang atau yang berdekatan pulak, boleh contact Pn. Norma di talian 012-9113609. ;)

    P/S: next entry insyaAllah cik nin akan cerita tentang kelebihan berbekam dan penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbekam.  =)


    With Love,

    Monday, April 11, 2011

    Gigiku Gigimu Jua...???

    Hola smuaaaa...!!!

    Assalamualaikum...

    Cik nin tadi baru je habis exam. Exam kedua terakhir sebelum cik nin tamatkan pengajian sepanjang empat tahun  di bumi UKM terchentha ini. Exam seterusnya akan berlangsung pada 20 April 2011. InsyaAllah... tolong doakan cik nin supaya dapat buat yang terbaik untuk paper terakhir tu ya. ;)

    Ok, back to my main topic for this entry, cik nin nak cerita pasal gigi. (Heh, macam la cun sangat gigi cik nin sampai nak cerita pasal gigi...) Haa....disebabkan tak cun ni lah yang cik nin nak cerita nih. Supaya kita sama-sama dapat gigi yang cun ;D

    Kalau hangpa semua nak tahu, kat UKM ni pelajar-pelajar UKM boleh dapatkan perkhidmatan PERCUMA untuk pemeriksaan, pembersihan, penampalan atau apa-apa jugak yang berkaitan dengan gigi. Sebenarnya bukan lah percuma, tapi dah dimasukkan dalam yuran yang dibayar pada awal sem. Tu yang tak perasan duit keluar tu. Tapi agak rugi jugaklah sebenarnya kalau tak gunakan perkhidmatan tu sebelum keluar UKM kan? Sebab tu lah cik nin merajinkan jugak diri ni buat date dengan doktor gigi... Dalam bulan lepas cik nin set date dengan 'PA' dia dan tanggal 7 April yang lepas lah merupakan first date kitaorang... ehem~ :p

    Cik nin sebenarnya pergi saja-saja konon nak cuci gigi je atau dalam bahasa omputehnya scaling gigi. Tapi bila dah ada depan mata doktor tu barulah cik nin tahu gigi cik nin berlubang. Tapi kecil je lah. Tu yang tak rasa sakit pun... Lepas dah tampal, doktor pun bersihkan lah gigi cik nin. Masa doktor tu buat scaling, cik nin rasa nyilu-nyilu (ada ke perkataan ni? hee...) dan ada jugak rasa sakit sikit tapi cik nin bernasib baik sebab dapat doktor yang mempunyai daya pemujuk yang kuat. So cik nin lega dan rasa tenang sikit...

    Lepas dia dah buat scaling, dia ajak cik nin date lagi sekali dalam 6 bulan lagi untuk check up dan scaling. Dia jugak syorkan cik nin tukar berus gigi kepada berus gigi jenis soft. Kat situ lah baru cik nin tahu berus gigi ni ada beberapa jenis rupanya. Doktor tu sebut dua je; medium dan soft. Tapi masa cik nin nak beli berus gigi (sebaik saja lepas pergi check gigi tu. fuh! semangat gler!), cik nin dapati semua sekali ada tiga jenis; soft, medium dan hard. Hooaaa... Kalau medium pun dah tak sesuai dengan gigi cik nin, ni kan pulak hard. Memang lagi hard la cik nin rasa untuk gosok gigi nanti. kihkihkih... Bila dah beli tu cik nin bandingkan dengan berus gigi sedia ada, memang berbeza sangat tekstur pada berus dia dan sekarang cik nin lebih selesa untuk gosok gigi menggunakan berus gigi jenis soft.

    Sedap pulak nampak ubat gigi tu. hehe... 
    Agak-agak berus gigi yang ni jenis apa yek? 


    Jadi kepada sesiapa yang dah lama tak ber'dating' dengan doktor gigi tu, cepat-cepatlah buat ya... Tak rugi pun. Biarlah kita tahu masalah gigi kita lebih awal sebelum masalah tersebut menjadi lebih parah. Bak kata pepatah yang terpatah-patah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Betul tak? Lagipun, gigiku bukan gigimu jua...Photobucket

    So, tu saja untuk hari ni, assalamualaikum...(tetiba rasa macam cik nin pulak doktor gigi. kehkehkeh...)

    P/S: Bersamalah kita menjaga nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita... Photobucket



    With love,
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...