Pages

Wednesday, May 25, 2011

Main Main Betul!

Hallooo...!!! Selamat tengah malam semua...!!! =D

Cik nin baru je bangun dari 'tumpas di medan perang' lebih kurang pukul 11 tadi.  Dah macam burung hantu pulak rasa berjaga tengah-tengah malam macam nih. kehkehkeh... (cet. cakap macam tak biasa je kan. =p) 
Tadi lepas maghrib cik nin terus tumbang. Penat sangat. Almaklum lah... first time buat OT (over time)... hehe...

Dalam entry sebelum ni bertajuk "Bagus Sangat Ke?"(klik untuk baca) cik  nin dah janji nak bagitahu cik nin kerja apa kan? Okies. meh sini cik nin bagitahu yek. 

Cik nin sekarang kerja sementara di syarikat pembuatan coklat handmade. Jawatan cik nin ialah operator pengeluaran. Alah...yang macam kerja kat kilang tu... Tapi tempat cik nin kerja takda lah besar macam kilang. Kecik je tempatnya. Handmade pulak tu kan. So takda lah mesin-mesin proses yang besar-besar macam kat kilang tu. =) Tugas cik nin pulak ialah membungkus coklat. Senang cerita buat packaging untuk coklat la. Betul-betul punya main-main kan kerja cik nin? Tak payah beria nak guna otak sangat. Releks je kerja. Hehe... Cuma tenaga je lah kena keluarkan sikit. Tapi takda lah berat mana pun... ^_^ (but still, penat tetap penat. entah penat apa pun tak tahu. ngee~~). Cik nin memang berniat nak cari kerja yang tak gunakan otak sangat dan tak dalam keadaan tekanan sangat sebab cik nin tahu, dah posting sebagai guru betul-betul nanti dah confirm confirm kena gunakan otak dan berada dalam tekanan. So, sementara tunggu dapat kerja tetap ni, baiklah buat kerja yang biasa-biasa dulu. Cari pengalaman selain daripada benda yang cik nin selalu buat. Secara tak langsung, kita dapat bukak satu lagi sudut pandangan dalam diri kita. ;)

Dah kerja kat sini baru lah cik nin tahu perit getirnya nak bungkus coklat (yang jumlahnya besar). Bukannya satu kerja yang mudah tapi bila orang makan, main buang je wrapper tu tanpa memikirkan walau sekali pun macam mana wrapper tu dilipat, digam, ditampal, dibalut etc. Pulak tu, bukan takat main lipat, gam, tampal, balut jek. Kekemasan pun kena jaga jugak. Kalau tak elok sikit kena betulkan balik. Yelah, nak jual kat orang mestilah kena kemaskan? Kalau takat nak masuk perut sendiri, terus ngap jek. takyah balut pun takpa... hehe... 

Selama dua hari kerja kat sini alhamdulillah, semuanya ok. Bos ok, pekerja-pekerja kat situ pun ok. Satu pengalaman yang menarik setakat ni untuk cik nin. =)

Kalau nak tahu lebih lanjut tempat cik nin kerja dan apa produk-produk yang ada kat sana, boleh terjah kat sini

Owh! tadi ada sesuatu yang berlaku. Tapi tak boleh cerita sekarang. tunggu next entry ya. Daa~~ ^_^v


With Love,



Jangan malu jangan segan, like la kalau suka

3 comments:

misz myza said...

sama la ibarat kita membalut hamper punye cntk2, last2 org koyak je... hahahahhaha.. sme x???

wahhh...cik nin, pos la kat i chococalate 2.. hehehehhee

Cik Pulau said...

selamat bekerja..^^,

Cik Nin said...

misz myza> haa... kan? tau xpe... lain kali xyah balut je hamper tu kan. bagi je n ckp, "nah amik ni. klau nak balut, ni pembalutnya. balutla sndri" huahuahua... nk pos? bole2. meh duit cik nin tlg beli dgn harga staff. hehe...

cik pulau> tq cik pulau... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...