Pages

Sunday, March 4, 2012

Pabila Gaji Tiada...

Fuh fih fah! 
Tu dia! Banyak betul habuk kat blog cik nin ni. Punyalah lama cik nin tak update kan. Agak-agak ada orang rindu tak? Kalau ada baguslah. Kalau takde pun bagus juga. Takdelah cik nin rasa bersalah sangat sebab tak update blog ni kan. =)

Cik nin sekarang dah tak jadi guru tadika lagi tau. Sekarang cik nin mengajar kat salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur sebagai guru interim.

Apa itu guru interim???

Haa... istilah guru interim ni baru je diwujudkan dalam awal tahun 2012 ni. Memang penat jugaklah nak terangkan berkenaan status guru interim ni kat guru-guru yang ada di sekolah tu. Asal jumpa orang baru je, mesti kena terangkan maksud guru interim tu. Sampai ada sorang cikgu tu cakap, "lain kali rekod ye. bila orang tanya, pasang je rekod tu" hehe...

Guru interim tu ialah guru yang telah ikuti latihan tetapi belum mendapat penempatan (posting). Cik nin jadi guru interim ni sejal 16 Januari yang lalu. Tugas-tugas dan hari cuti guru interim ni sama je macam guru biasa yang lain cuma status dia belum tetap lagi je. 

Selama dua bulan berada di sekolah, alhamdulillah, banyak perkara yang cik nin belajar. Tapi apa yang kurang bestnya ialah.... gaji belum masuk lagi walaupun dah nak masuk bulan ketiga! Oh tidaaakkk!!! Cik nin bukan apa, kalau ikutkan niat hati cik nin ni banyaaaakkkk sangat benda cik nin nak beli n nak bayar. Lagi pulak, nak pergi kerja pun guna duit jugak. Tambang teksi hari-hari buat muka tebal je mintak kat FaMa. (Ceyh.macam tak biasa je kan) Tapi serius. Rasa macam kita ni tak kerja menghabiskan beras, kerja pun mengabiskan beras jugak. hohoho... Lagi satu yg cik nin terkilan ialah, time time gaji belum masuk lagi ni lah macam-macam benda nak rosak. Beg la, kasut la... Selalu benda-benda tu tahan lama je. Ni tiba-tiba semua benda tak bertahan lama pulak. Adeyh~  Ujian...ujian...

Hmm.. ok lah. cukuplah kot celoteh cik nin buat masa ni. Till we meet again. daa~~

Monday, January 9, 2012

Petua Melentikkan Bulu Mata Anak

Kalau kome semua nak tahu, cik nin ni sebenarnya seorang yang suka sangat tengok bulu mata orang yang lentik. Al-maklumlah... bulu mata cik nin ni tak berapa nak lentik. Takut nak tumbuh gamaknya. Tu yang terbantut tak lentik-lentik tuh. Haha... Tapi nak buat macam mana kan, bukan salah ibu mengandung pun. ;D

Petua untuk melentikkan bulu mata anak ni cik nin dapat dari ibu kepada salah seorang anak murid cik nin. Baru je dia bagi tadi. Haa... Fresh from the oven la kiranya ni... (*fresh la sangat... padahal dah beberapa jam berlalu dah. kuikuikui)

Kenapa cik nin sebut perkataan 'anak' tu sebab kalau nak buat untuk diri sendiri macam dah impossible je. (*kalau nak tahu kenapa impossible, kita tengok petua tu nanti) So, yang still possible ialah kita buat kat anak kita. So kira all right lah kan. Cik nin takde bulu mata lentik, tapi anak cik nin ada. Hari-hari boleh tenung bulu mata tu. Tak yah nak usha orang lain dah. hohoho...

Okay, caranya sennnnaang saja. Bahan-bahan yang diperlukan ialaaaaahhhh.... SUSU IBU!!! haha... 

Eh. ingat cik nin main-main ke? Betul la... susu ibu je kita perlukan. 
Masa anak kita baru je lahir, atau sepanjang kita masih menyusukan dia, kita amalkan sapu susu ibu pada bulu mata anak. Ala-ala macam pakai mascara tu... Tapi guna jari je lah. InsyaAllah, bulu mata anak akan jadi lentik. 
(*maksud 'ibu' kat sini ialah ibu kepada anak/bayi tu. Kalau bayi/anak yang kita nak buat tu anak kita, faham-faham lah yek susu siapa yang nak kena guna. hehe...)

Sebelum ni cik nin ingat bulu mata lentik tu sebab keturunan je rupanya boleh pulak tukar-tukar macam tu yek? hehe...

Cik nin belum cuba lagi. Nak cuba kena tunggu ada anak lah kan. Haha... so sesiapa yang berpeluang untuk cuba tu, cuba lah yek. Nanti bagitahu kesan dia kat sini. Mujarab ke tak. ;D 

Wednesday, January 4, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia.

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan untuk tahun 2012. So rasanya belum terlambat lagi untuk cik nin wish, selamat kembali ke sekolah buat adik-adik yang masih bersekolah. =)

Hari ni jugak merupakan hari pertama dan pengalaman pertama cik nin sambut kanak-kanak tadika yang baru nak masuk sekolah. Fuh~! seram sejuk jugaklah sebenarnya malam tadi. Yela, takut benda-benda yang teruk yang tak dijangka akan berlaku.... Al-maklumlah... pertama kali kan... Tak pernah lagi hadapi keadaan macam ni.... huhu...

Tapi alhamdulillah, today not so bad. Mula-mula tu ada jugak la rasa kekoknya especially bila parents ada. but at the end, alhamdulillah, cik nin boleh biasakan diri.

Nak sebut kanak-kanak yang nangis tu of course la ada kan. Nama pun pertama kali nak masuk sekolah. Ada yang dah pernah masuk sekolah tu pulak dah sedap cuti, tu yang nangis-nangis tak nak pergi sekolah tu. Tak kurang jugak ada yang cuba nak mengasingkan diri dalam kelas. Tapi alhamdulillah, walaupun ambil masa sikit, cik nin dan kawan-kawan lain berjaya tackle diorang supaya join aktiviti bersama. Dan ada tu yang main sampai tak fikir pun nak balik rumah. Padahal awal-awal tadi dia yang paling tak nak campur. hehe...

Cuma ada sorang ni je yang kitorang tak boleh nak buat apa-apa sebab dia dah balik awal-awal dah. Dia datang, stay sekejap lepas tu rasa tak nak, terus ayah dia bawak balik. Kalau ayah dia tinggal je dia kat situ, rasanya insyaAllah dia pun akan ok sebab kanak-kanak ni biasanya kalau ada ibu ayah dia depan mata, dia manja sikit. Tapi bila ibu ayah takde, boleh je diorang bersosial antara satu sama lain. Macam kanak-kanak yang lain tadi. ;)

Overall, cik nin boleh kata it was a good experience. Cik nin harap, tomorrow will be much much better. InsyaAllah... amin... please pray for us also k! ;D

Semalam tadika dipecah masuk. 2 buah pc lesap. Yang kelakornya, biskut pun dia nak curi. Agaknya azam tahun baru dia "mencuri sebanyak mungkin" kot... huhu... Semoga Allah memberi dia (dan kawan-kawannya) hidayah. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...