Pages

Saturday, March 12, 2011

Main Masak2 Episod 3: Brownie & Cheese Cake

Halllooooo... Farah Fauzana in the house...!!!

Eh. silap-silap.

Assalamualaikum... Cik Nin di dalam rumah...!!! haha...

Haa...tengok tajuk tu betul-betul... Rancangan Main Masak2 kembali...!!! =D
Dah episod 3 tu...!!! Kalau siapa yang belum tengok lagi episod 1 dan episod 2, senang je... klik je kat sini dan sini.

Amacam resipi-resipi yang cik nin bagi kat episod 1 dan 2 tu? Dah pernah try? Ok tak? Kepada yang dah try tu harap-harap ok la yek dan terima kasih sebab sudi cuba resipi yang cik nin bagi... :)

Untuk episod kali ni, cik nin main cekau je resipi kat dalam myresipi.com ni. Bukan apa, cik nin teringin sangat nak buat and makan cheese cake. Yang adik cik nin ni pulak entah mengandung apa tiba-tiba mintak nak makan kek. (adik cik nin laki, umur 9 tahun yek. hehe...)

Sebelum ni cik nin dah oernah usha resipi cheese cake kat internet tapi ada dua resipi yang menambat hati cik nin. Lepas dah bincang-bincang dengan ibu, akhirnya resipi ni lah yang cik nin buat... Ok, untuk memudahkan pembaca blog cik nin, cik nin taipla balik resipi tu...

Dah sedia semua...? Bersedia atau tidak, bolos saja resipi itu...!!! ;D

Bahan-bahan Brownie:

300 gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150 gm butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whipping cream
1 1/4 cawan sour cream (cik nin guna yogurt. nak guna plain yogurt takde. last-last guna yogurt perisa strawberi. tibai je la... hehe...)
2 biji telur

Bahan-bahan Cheese:

250 gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara:

  1. Cairkan butter, chocolate dan gula atas api sederhana.
  2. Pukul telur, tak payah sampai kembang. Kemudian masukkan ke dalam adunan chocolate, kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung, whipping cream dan sour cream. Kacau sebati. Ketepikan sementara.
  4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok-eloknya guna springform. Selang-selikan antara brownie dan cheese. (sebelah-sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
  6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick/sudu/lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih-lebih sangat.
  7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius selama 30 minit. Bila dah masak dia memang lembik sikit. Sejukkan jap, kalau dah cool boleh masuk peti. Senang sikit nak potong.
Haa... ciap dah kek nya...

Taraaa...!!!

Ni la rupa dia kalau dah ciap. (sepertimana yang cik nin buat la kan. Orang lain punya lagi cun. huhu... Lagipun cik nin kan tak pandai potong kek. so nasiblah yek. ngee~~)

Kek ni rasa dia memang sedap tapi cik nin tak boleh ngadap sekali banyak sebab agak muak. Tapi kawan cik nin kata ok je. Tak muak pun. Dia ngadap sekali arung je makan ramai-ramai. So cik nin rasa, untuk yang betul-betul peminat coklat dan cheese bolehlah makan sekali banyak. Kalau yang sedang-sedang saja tu, amik la sikit-sikit je dulu yek.

Ok, tu je setakat ni. Kalau nak lagi gambar dan detail recipi yang original, klik kat sini. ;)
Oh, lupa pulak. TQ for the owner of the recipi...

Slamat Mencuba..!!! ^_^

p/s: Cik nin baru ambil resepi kek coklat lembap daripada kakak member cik nin ni. Kalau cik nin dah berjaya buat, nanti cik nin share kat sini yek. InsyaAllah...



4 comments:

cik pulau said...

pheeewiittt,,..
nak rasa sket boleh??
lalala~

Cik Nin said...

dh abisla cik pulau...sori...
tp insyaAllah, klau lain kali cik nin buat lagi cik nin bg cik pulau rasa yek ;)

Nobita Sensei said...

nampak sedap..nyummmy~

Cik Nin said...

cik nin mula-mula tengok gambar dia pun rasa macam tu jugak. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...