Pages

Saturday, February 12, 2011

Main Masak2 Episod 2: Kek Butter

Assalamualaikum...

Apa khabaq smua...? Dah makan ka belum...?

Haa...kalau belum makan, baik makan sekarang sebelum baca resipi cik nin ni. Takut kang ada yang tiba-tiba meleleh pulak air liur tu. Hehe... (bajet je cik nin ni kan? ngee~~ ;p)

Dah lama jugak cik nin tak tulis entry pasal resipi. Sebelum ni cik nin tulis untuk Episod 1 dalam entry yang ni (sila klik). Kali ni cik nin tulis sebab masa tengah lepak-lepak kat bilik kawan hari tu, tiba-tiba ada kawan cik nin mintak cik nin tulis dalam blog tentang resipi kek butter yang slalu cik nin buat. Cik nin pun rasa tu satu idea yang baik so disebabkan itu lah korang semua boleh baca entry resipi ni sekarang... ^_^

Prosedur nak cerita pasal resipi, macam biasalah kan, kenalah bagitahu bahan-bahan dia dulu...
Baiklah puan-puan, bahan-bahan untuk buat kek butter simple ni ialah... (gaya macam ala-ala Chef Two. Ahaks~)

2 ketul butter saiz biasa (250g)
2 cawan gula biasa (setiap cawan kurang setengah inci dari permukaan cawan)
6 biji telur gred A (kecil dari gred A, 7 biji)
2 tutup esen vanila
2 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
1/4 tin susu pekat

Cara-cara untuk buat kek ni pulak macam ni:

1. Panaskan oven
2. Blend gula sampai halus
3. Masukkan gula dan butter ke dalam bekas. Putar sampai sebati.
4. Masukkan telur sebiji dan putar sampai nampak kembang. Ulang step ni sampai smua telur habis diputar.
5. Masukkan esen vanila. Putar lagi.
6. Masukkan tepung kek dan tepung gandum. Putar sampai nampak halus.
7. Masukkan susu. Buat dalam 3 setengah pusingan bekas.
8. Sapu loyang dengan mentega atau alaskan dengan kertas minyak.
9. Tuang adunan ke dalam loyang.
10. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu lebih kurang 125-130 darjah celcius sehingga satu jam atau sehingga masak.
11. Sedia dihidang.


Ni lah lebih kurang hasilnya nanti sebelum dipotong

Mudah kan? Ok, itu saja... Selamat Mencuba...!!! ^_-

p/s: gambar lepas potong tak sempat nak ambil, dah habis kena ngap dulu. hehe...


2 comments:

hana_aniz said...

ada resipi kek choc moist?? hehe

Cik Nin said...

ada tu ada...
tp k.nina still mencari yg btul2 moist.
nnt klau dh jumpa, k.nina post kat sini yek ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...