Pages

Wednesday, February 9, 2011

Tips Awet Muda

Pernah tak korang tengok orang tu dah berusia... maybe dalam lingkungan 50-60 an, tapi rupa dia tak macam 50-60 pun. macam 40 lebih je. takpun, macam lewat 30-an. (pergh! memang gler la kan kalau btul ada yang macam tu. Tabik spring la... hehe...)

Cik nin pernah, and bukan takat pernah, banyak kali pulak tu. Diorang ni la yang dikategorikan awet muda. Wajah tak dimamah usia. Yang lagi best, bukan takat wajah, tapi badan diorang masih sihat lagi. Kalau cik nin jumpa orang-orang macam ni cik nin suka tanya apa rahsianya. Kebanyakan orang-orang macam ni akan jawab, selalu senyum.

Tapi ada jugak yang kata, selain selalu senyum, hati mesti baik. Baik tu maknanya macam jangan ada rasa tak senang hati dengan orang lain, jangan berdengki ke ape... Kalau tak puas hati, bersemuka. Tak perlu cakap belakang atau memendam rasa sorang-sorang. Yang ni memang cik nin akuilah sebab cik nin pernah dengar, kalau hati kita baik, nanti kemurnian hati tu akan terserlah di wajah kita. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ayat yang tepat cik nin tak berapa ingat. Huhuhu...

Tips awet muda yang lain sikit yang cik nin dapat ialah masa cik nin pergi kursus dalam entry yang ni (sila klik). Penceramah yang mengendalikan slot pertama dalam kursus tu iaitu slot Pengurusan Kesihatan kata kalau nak awet muda, bangun je dari tidur pagi-pagi, terus senyum, ucap "alhamdulillah" dan bersyukur kerana dibangkitkan semula dari tidur. Kemudian, bayangkan wajah ibu dan ayah. InsyaAllah, kalau kita boleh amalkan, bukan takat awet muda, tapi minda kita pun akan jadi sihat. Lagi satu, amalkan mandi sebelum subuh dan banyakkan minum air suam. InsyaAllah...

Haa...tu lah antara tips awet muda yang cik nin dapat daripada kajian-kajian lepas. (haha...dah macam buat tesis la pulak.. ;p) So, lepas ni apa lagi? Tak perlu kata apa-apa. SENYUM... ^_^


tengok, untie google pn senyum manis bila cik nin mintak gambar dia. ngee~~

7 comments:

mastura said...

ye..sentiasa senyummmm :D

PReDicToR said...

klo cikgu nmpak cam student tu kira awet muda x????? huhuhuhu

Tasha said...

klik http://www.nuffnang.com.my/blogger/blogspot/

and follow direction 3b

kalau tak faham boleh tanya yer.

man yusoef said...

awet muda cam anita sarawak kah?..haha

susu said...

snyum sana syum sini..syum sana sini,klu kite snyum semua org snym skali

Unknown said...

senyuman tuk kak nina di hujung minggu.. =)
hehe

Cik Nin said...

k.mas> ^_^
predictor> kira awet muda gak kot. hehe...
tasha> thanx for the link n thanx sbb sudi ajar hr tu... ;)
man> anita sarawak awet muda x original...huhu...
susu> ya btul...!!! =D
cleo> manisnya senyuman mu...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...