Pages

Wednesday, November 16, 2011

Hina Sangat Ke Kami Ni?!

Hallooo hallooo....

Haa...panas tak panas cik nin punya tajuk hari ni? Ye, memang panas. Sepanas hati yang membara.

*Haa...dah kenapa pulak dah minah sorang ni...?*


Haha... cik nin gurau je la... actually takde la panas mana pun hati cik nin ni... Cik nin ok je. Macam ada satu citer Jehan Miskin and Erra Fazira berlakon tu, "Mak ok je...." hikhik...

*Laa... kalau ok, awat tajuk lagu tu...?*

Sebenarnya cik nin nak kongsi sikit satu kisah yang baru je berlaku hari ni, masa cik nin kat tempat kerja tadi. Kisah yang bakal cik nin cerita ni bukanlah berniat untuk memburukkan sape-sape... Tapi cik nin cerita supaya dapat jadi pengajaran buat kita semua.

Gini ceghitonyo...

Tadi masa cik nin sedang asyik mengajar kanak-kanak di tadika tempat cik nin kerja, ada seorang mak kepada murid 5 tahun ni datang nak hantar anak dia untuk sesi fotografi. Sebenarnya sesi fotografi yang sebenar dah lepas. Tapi memandangkan anak dia ni and lagi 2 orang murid (sekelas dengan anak) dia tak datang masa sesi fotografi hari tu, so principal suruh buat jugak sesi fotografi untuk diorang since diorang dah bayar kan. Ok, fine la nak buat. Parents budak-budak yang tak datang masa sesi fotografi asal hari tu pun dah diberitahu yang anak-anak diorang akan ada sesi fotografi ganti hari ni (16 nov). So anak diorang diminta datang hari ni.

Everything went smoothly until today. Tetiba je budak sorang ni tak datang sekolah sedangkan dah diberitahu suruh datang hari ni. Cik nin tak sure macam mana senior teacher tu deal dengan ayah budak tu tapi at the end cik nin dapat tahu parents budak tu cakap diorang akan hantar anak diorang untuk sesi fotografi ikut masa yang diorang nak. Ok just imagine kalau photographer tu datang pagi, mana nak cekau anak dia pagi-pagi tu kan? And tak pasal-pasal pulak photographer tu kena datang lagi sekali untuk tangkap gambar anak dia sorang. But luckily, photographer tadi datang lewat; (means bukan waktu pagi la tapi lewat sangat la pulak sampai ada yang dah kena balik dulu.huhu...)

But that's not a big problem. Yang cik nin nak tekan kan kat sini ialah sikap mak kepada budak tu. Mak budak tu hantar budak tu and dia stay dengan lagi dua orang anak dia kat sana sampailah budak tu habis. Masa cik nin   kuar dari kelas nak pergi dapur, cik nin nampak lah mak budak tu duduk kat kerusi menghala ke dapur. Tapi yang kecewanya, bukan kata nak bertegur sapa, nak pandang and senyum cik nin pun tak! Haha... adoih... cik nin takdelah nak kata cik nin lawa sangat sampai bila cik nin jalan dia terpegun and nak kena pandang cik nin ke hape. Tapi at least, kalau dah nampak orang lalu kat situ, just senyum pun ok la means you are not 'sombong' and you are open for the conversation. Bila cik nin patah balik and nampak dia still macam tu jugak (like want to block the comversation), cik nin pun terus tanya dia konon nak macam open conversation la sebab cik nin try positive kan mind kononnya dia seorang yang tak pandai nak mulakan conversation dulu so i need to make a step first. Tapi respon cik nin dapat agak mengecewakan. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Like i said just now, dia macam seolah-olah taknak ade conversation langsung dengan pihak tadika.

Bila dah macam tu, cik nin pun diam je la. Malas nak pikir sangat walau ada rasa kurang senang jugak dalam hati ni. Tapi bila diorang dah balik, assistant teacher cakap benda yang sama dengan apa yang cik nin fikir. Cik nin ingat cik nin sorang je rasa macam tu. Rupa-rupanya dia pun nampak and rasa benda yang sama. Then cik nin tanya dia, kaya sangat ke diorang tu? Yes, mungkin diorang memang kaya (since husband dia naik estima kan. *konon....*). Tapi hina sangat ke kami yang kerja kat tadika ni sampai nak pandang muka pun tak nak? Kami pun manusia jugak. Seislam lagi tuh! Guru-guru kepada anak-anak dia pulak tuh. Owh, mungkin dia fikir cikgu-cikgu tadika ni takde kelulusan... Sesiapa pun boleh jadi cikgu tadika. Ye, memang sesiapa pun boleh jadi cikgu tadika. Tapi pernah tak dia terfikir berapa orang je yang sanggup ajar kanak-kanak yang belum kenal sebarang huruf atau nombor lagi? Pernah tak dia terfikir betapa mencabarnya nak handle anak-anak kecil terutamanya anak-anak macam anak dia tu? Kalau nak jaga sorang je budak takpe lagi. Tapi ni sekolah, so need to look after berpuluh orang budak and need to teach them everything including the manners.

Sebelum ni anak dia pun agak kasar. Cakap dengan cikgu pun macam tak hormat. Siap pernah cakap nak tumbuk cik nin lagi. Gila kentang kan? haha... Tapi sekentang-kentang dia, kentang lagi cik nin. kuikuikui... Bila dah 'kena' dengan cik nin hari hari tu, (never ask me what i did to him) he improves. Alhamdulillah, cik nin nampak perubahan kat diri dia. Setakat hari ni, cik nin dapat lihat dia makin hormat guru and makin berdisiplin dalam siapkan kerja-kerja sekolah. Dia pun takde main kasar-kasar sangat dengan kawan-kawan dia. Harap perubahan dia tu kekal la sebab dia seorang kanak-kanak yang bijak. Sayang kalau budak sebijak itu di'spoil'kan (ada ke perkataan ni? heh~) dengan benda bukan-bukan. Dan sayang juga kalau dia tak dibimbing dengan betul.

Ok, back to his mom. Masa cik nin bertegur sapa dengan mak dia tu, mak dia ada cakap budak tu demam. Sebab tu dia tak hantar anak dia kat sekolah and just come for photography session. Tapi entahlah. Dia agak cikgu ni bodoh and buta ke hape? Dah nampak terang lagi bersuluh semua anak-anak dia dress up macam nak pergi jalan-jalan, of course la they have other programs, right? So tak yah nak tipu la kata anak demam. Tak insaf lagi agaknya anak dia dah demam about 2 weeks. Tak kan nak anak dia demam lagi kot? Tapi tak tahulah kalau family dia memang jenis dress up walaupun hanya nak pergi pasar je pun. hehe...

Tapi tu tak kisah sangat lah (even diorang buat sekolah tu macam sekolah diorang yang punya kan...), cuma cik nin nak nasihatkan lah kat mak dia, kot ye pun tak nak sembang dengan orang, just give them a smile. Bukan besar sangat pun tadika tu sampai tak perasan orang lalu and tak luak pun senyum tu kalau senyum kat orang lain. We all pun manusia jugak. Ada hati, ada perasaan. Tak luak pun duit puan kalau bertegur sapa atau senyum kat kami. Tak yah nak bangga sangatlah. Harta dan pangkat tak bawak ke mana dan tak membezakan pun seseorang tu di sisi Allah. Apa yang membezakan manusia di sisi Allah adalah amalan. Malah Rasulullah pun pernah bersabda, "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim). So apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal... ^^

p/s: nak think positive once again, maybe dia takde urat senyum kot. who knows? ;)



With Love,

7 comments:

Unknown said...

hmmm ~~

Cik Pulau said...

cik nin..
manusia ni ada macam2 jenis..
yang ni lah salah sorang nya..huhuhu

smilenajah93 said...

kaya tapi xbermoral buat ak en en ~

LydSunshine said...

Ramai parents yg mcm tu. Pastu gi skolah buat perangai diva. Mungkin dierang rasa, diri derang lagi hebat drpd cikgu. Bukan cikgu tadika je kot. Cikgu skolah menengah dan skolah rendah pun ada kena mcm tu. Kdg2 mcmn la anak2 nak respect kat cikgu bila mak ayah sendiri pun memperlekehkan cikgu. Kan? Pastu bila anak jahat, nak salahkan cikgu. Tah apa2.

PReDicToR said...

wahh mencabar..

Cik Nin said...

cleo> hmm~~

cik pulau> hmm... tu la pasal. huhu...

smilenajah93> ye, tepat skali. biar lah hidup x mewah dgn harta, tapi mewah dgn budi bahasa. en en~ :D

lydsunshine> tu lah cabaran yg terpaksa ckgu2 tempuh skrg... klau dlu, ckgu dihormati dan dimuliakan. tp skrg, ckgu mcm xde harga je. diorg x pernah kenang pn mcm mn diorg boleh pandai baca n mengira. atas jasa ckgu jugak...

predictor> gitulah nampaknya... whatever it is, senyum je la.. :)

Unknown said...

The King Casino Online ᐈ Get 50% up to €/$100 + 50 Free Spins
Get 50% up to €/$100 + 50 Free Spins · Visit the official site · Log https://tricktactoe.com/ in to wooricasinos.info your Casino Account · If https://jancasino.com/review/merit-casino/ you do not agree to the terms novcasino of the terms https://septcasino.com/review/merit-casino/ of the agreement,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...