Pages

Monday, May 16, 2011

Ada Apa dengan Kedah?

Assalamualaikum..
yuhuuuuuuu...!!! Cik nin in the house...!!! =D

Sorry semua. Entry ni sebenarnya dah dikira lapuk la jugak. Yela, kisah tiga minggu lepas punya kan? Ngee~~ Tapi cik nin nak jugak tulis sebab nak share dengan korang semua tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati bila dah ada di Kedah. Mana lah tau boleh jadi panduan untuk korang yang baru pertama kali nak holiday kat Kedah ke... ;)

Jap sebelum tu, dalam entry bertajuk Untukmu Sayang, cik nin ada sebut yang cik nin nak bagitahu kenapa cik nin dah lama tak update blog kan? Haa... masa tu sebenarnya cik nin ada kat Kedah la... sebab tu blog cik nin sunyi sepi je time tu.. hehe...

Ok, tak nak celoteh panjang dah, jom jom jom jom, kita heboh heboh ikuti penjelajahan cik nin di negeri jelapang padi ni. ^_^

Dah nama pun negeri jelapang padi, op kos la ade padi kan? Ni kat Sungai Petani. Saujana je kan mata memandang tengok sawah belakang tu... (bukan orang kat depan ni yek. hehe... =p)

Tanjung Dawai (Sungai Petani)
Selain pantai yang indah, kat sini jugak ada tempat jual ikan-ikan kering dan pelbagai jenis keropok.

Pantai Merdeka (Sungai Petani)
Kalau ada anak-anak kecil, sesuai la datang sini sebab ada taman permainan untuk kanak-kanak bermain.

Muzium Padi (Alor Setar)
Kat belakang tu nampak macam real kan? Tapi sebenarnya tu hanyalah sebuah lukisan dan khabarnya lukisan tu bernilai RM 11 juta! hohoho...
Kalau tengok betul betul, memang deserve la harga dia 11 juta. Mulut pun pasti terlopong tak sudah macam cik nin sebab kagum sangat dengan kehalusan dan ketelitian lukisan tu. kikiki...
Nak masuk ke Muzium ni kena bayar. 3 ringgit je. Kalau bawak kamera, kena tambah lagi 2 ringgit. =)

Pekan Rabu (Alor Setar)
Jika Kota Bharu, Kelantan famous dengan Pasar Siti Khadijahnya, di Alor Setar pulak famous dengan Pekan Rabunya. Barang-barang yang dijual kat sini pun lebih kurang macam kat Pasar Siti Khadijah tu. Ada macam-macam jenis keropok, kuih-muih tradisional, kuah rojak dan macam-macam lagi. 

Dah habis pusing Sungai Petani dan Alor Setar, kita berenang ke Pulau Langkawi pulak. (kita la sangat yang berenangnya. padahal feri yang tolong berenang kan. ngee~~ ^_^v)

Ni lah 'muka' Pulau Langkawi dari depan...
Kalau dah nampak macam ni, maknanya dah nak dekat sampai la tu.
Tak sabarnya... Hoyeah...hoyeah..!!! =D

Tempat pertama yang kitorang lawati sesampai je kat Pulau Langkawi ialah Galeria Perdana.
Galeria Perdana ni menempatkan pelbagai pemberian menarik yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh ketua-ketua negara di seluruh dunia sepanjang beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat.
Sama jugak dengan Muzium Padi, nak masuk kena bayar 3 hengget + kamera 2 hengget je.

Aktiviti kitorang seterusnya ialah naik boat. Haha... atau dalam bahasa komersialnya, Mangrove Tour.
Nak tahu apa yang menarik sangat dengan Mangrove Tour ni,
jom terjah gambar-gambar kat bawah ni pulak. ;)

First sekali kitorang dibawa ke tempat fish feeding.
Kat sini pengunjung boleh bagi makan ikan dengan tangan mereka sendiri.

Kemudian, kitorang dibawa ke tempat eagle feeding pulak.
(sorry, gambar helang kecik je. Almaklumla... kamera digital biasa je kan... huhu...)

Then, stop jap depan Kilim Geoforest Park untuk bergambar kenangan lepas tengok 'baby face' dan 'red indian'.

Lopeh tu, kitorang dibawa menziarahi sedara kepada kawan punya mak punya kawan kepada kawan punya tok kepada kawan punya kawan. Namanya, Encik Kelawar... hikhik. (Gua Kelawar)

Haa... semua-semua tu kitorang pergi dalam masa sejam dengan harga asal 200 hengget.
Tapi hasil godaan kitorang, dapatlah 110 hengget je...
Ada jugak pakej-pajek lain, kalau ambil pakej jam yang lebih lama,
lagi banyaklah tempat yang boleh dilawati... ^_-

Dah habis pusing-pusing dengan boat, kitorang teruskan destinasi ke Kota Mahsuri pulak.
Dulu nama tempat ni Makam Mahsuri.
Sekarang dah tukar nama jad Kota Mahsuri.
Pondok kat dalam tu pun dah bertambah.

Dah seharian berjalan, sampai lah masa untuk berehat di motel.
Motel yang kitorang duduk kat Pantai Chenang tu namanya AB Motel.
Ni suasana sekitar motel tu pada waktu petang.
Boleh main jet ski, banana boat, parachute dan macam-macam lagi.
Bak kata astro, macam-macam ada... =D

Makan malam kat tepi pantai berhampiran dengan motel yang kitorang duduk.
Syok sangat. Tambah-tambah ada orang belanja. kehkehkeh...

Jalan-jalan malam di bazaar Teluk Chenang

Sebelum balik ke motel, singgah jap kat aquaria. singgah je tak masuk pun.
Almaklumlah... bajet lari pecut 100m... hee...

Orang kata kat langkawi ni kalau datang tak sah tak beli coklat sebab coklat kat sini murah.
So, kitorang pun borong la coklat kat Haji Ismail Group...

Ok... nak balik dah... tengok tu. banyak tak banyak barang kitorang beli...huhu,...

Tapi sebelum balik, sempat lagi tu berposing depan helang besar.
Helang besar ni tak jauh dari jeti. jalan kaki je pun dah boleh sampai. ;)

Ok, setakat ni lah yang dapat cik nin kongsikan dengan korang semua. Sebenarnya banyak lagi kenangan manis sepanjang cik nin ada di sana. Tambah-tambah pulak cik nin dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang cik nin sayangi iaitu ANK, GB, Cik Pulau dan C.Pijah. Terima kasih sangat-sangat. 

Dan special thanx jugak buat ayahanda dan bonda ANK dan C.Pjah sebab sudi menerima kehadiran cik nin dan kawan-kawan. Layanan anda semua memang TERBAIK! Terima kasih sangat-sangat. Terharu cik nin dibuatnya. huhu...

Oh, terima kasih sekali lagi (kali ni up sikit) terima kasih berlipat kali ganda kepada ayahanda C.Pjah selaku penaja utama kitorang ke Langkawi. Kalau beliau tak sponsor, alamatnya memang kitorang kirim salam kempunan je la nak pijak bumi Langkawi tu... hehe... Terima kasih jugak kat saudara Yasir kerana sudi belanja kitorang makan malam tu... =)

And of course. The highest thank you to Allah for giving me the opportunity spending a greatest moment with my beloved frends before I end up my studies. Alhamdulillah...Tq so much. Love u ^.^





With Love,


Jom like entry ni kalau suka ;)

4 comments:

Cik Pulau said...

that's time memang kenangan paling indah..
special thanks buat semua..
really enjoy it..^^,

Cik Nin said...

btul3 ^_^

Anonymous said...

ingatkan hanq org kedah, awat tak habaq kat cheq nk p sana.. kedah memg bestkan.. taim padi menghijau tang tu yang syadu ja.. dengan angin sepoi2 bahasa, duduk atas pangkin, tu dia.. cheq rindu sangat.. [ tak ada pun contest link aku yg lapar, wahai cik nin... ] duit blog cinta da masuk tau, buku je tak sampai lagi

Ismi Azraf said...

Jelapang Padi Malaysia. Negeri terbesar yang menyumbangkan tanaman padi. udara nyaman bila di kawasan sawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...