Pages

Wednesday, February 9, 2011

Serang Kelantan Pulak

Assalamualaikum...

Hai semua...

Waahhh... bru seminggu lebih skit je tak date dgn blog cik nin dah mula rasa rindu dah. Macam mana la kalau cik nin tak dapat surf internet dalam masa setahun ke...dua tahun ke... mau angau dibuatnya! hekhekhek...

Cuti tahun baru cina baru je berlalu. Rasanya belum terlambat lagi klau cik nin nak wish gong xi fa cai untuk semua orang berbangsa cina yang menyambut perayaan ni. (cik nin confident je cakap belum terlambat lagi sebab ada kawan chinese cik nin bagitahu yang dia masih lagi bercuti tahun baru cina di sabah. so, cik nin tak salah la kan? hehe....)

Korang semua buat apa cuti hari tu? cik nin punya cuti memang terbaik lah. Cik nin merantau pergi tempat orang wooo... Kalah merantau worrior tau! hohoho...

(Haa... cik nin pergi mana pulak kali ni??? Berjalan je kerjanya...)
Kenapa cakap macam tu? Haa...ni mesti sebab baca entry cik nin yang ni dan yang ni kan? Kalau perasan untuk dua-dua entry tu boleh nampak dalam masa dua minggu je cik nin dah pergi dua tempat. bukan time cuti pulak tuh.
Nak buat macam mana? ni lah cik nin. si kaki jalan. pantang orang ajak sikit. kalau ada bajet, mesti cik nin follow. kehkehkeh...

Ok, kali ni cik nin menyerang negeri siti wan kembang pulak. bukan cik nin yang mengembang ok... negeri ni je nama dia macam tu... :p (tapi dok sana memang cik nin mengembang pun. Naik la jugak 2 kilo...hukhuk...)

Nama sebenar negeri ni ialah kelantan, terletak kat timur laut semenanjung Malaysia. Ramai yang tak tahu negeri ni ada pulau. cik nin pun sama. Bila kawan cik nin, cik pulau ni bagitahu je rumah dia kat kelantan tengah pulau, cik nin rasa macam pelik je dengar. Tapi cik nin tak pulak menidakkan sebab dah memang sah-sah dia menetap kat situ. Takkan lah pulau tu tak wujud pulak kan...? Tapi bila dia kata nak ke rumah dia kena naik bot, cik nin mula excited dan mulalah pasang angan-angan nak pergi bercuti kat rumah dia... Dan alhamdulillah, pada tanggal 3 Februari 2011 yang lalu, (ewah!) akhirnya dapat juga cik nin realisasikan impian cik nin tu bersama dengan dua orang lagi kawan cik nin. ^_^

Nak tahu apa yang kami buat di negeri orang? Let's check these out! ;D


Makan limau bali atas jeti smbil hirup udara segar tepi sungai
(Pulau Haji Mat)


Makan limau bali bawak pokok pulak.
Ni gara-gara malu dengan beberapa orang mamat atas jeti tu la...
tu yang tukar tempat tu. hehe...


Naik bot nak seberang pulau.
Haa... part ni la yang cik nin paling tunggu-tunggu setiap hari kat sana.
Dah kata ni lah 'main point' cik nin kan... ngee~~


Masak bbq


Makan ayam n ikan panggang. nyum nyum...


Curi seri pengantin. heh heh heh...
(Pasir mas)


Buat kek ;D


Ronda-ronda Kota Bharu


Posing macam model ;p


Tangkap gambar ala-ala macam poskad
(Pasar Siti Khatijah)


Shopping! =D
(Berhampiran dengan pasar siti khatijah)


Daaannn... akhir sekali... rehat lepas penat shopping... fuh~
(Barang-barang yang banyak-banyak ni kebanyakannya kami beli kat
Pasar Siti Khatijah dan MPKB.
Borong habis-habisan duit tu...
duit je la abis, barang2 kat sana tak abis pun. ngee~~)

Haa... tu lah antara aktiviti yang kami buat kat sana. Memang seronok. harap-harap lepas ni boleh buat macam ni lagi tapi kat negeri lain pulak. Ngeh3...

p/s: sape nak belanja cik nin melancong? sila bagi nama anda sekarang yek. terima kasih. ^_^_v


3 comments:

cunndaa said...

wow....x gtaw kak daa pun cik nin..law tak, boleh p berjalan umah kak daa...

Cik Pulau said...

bukan cik pulau yg nak belanja..
tapi nak mintak ciknin yang belanja..
ok x??

nyway..thanks sudi dtg umah..
and sory if ada kekurangan pape.huhu.. :D

Cik Nin said...

k.daa> hehe... dah excited sgt terlupa nak bgtau kwn2 lain yg ada kat sana. lgpun transport nk g jln2 pn mengharapkan org... :)

lini> klau nk mintak cik nin yg blanja k.o la jwbnya... hehe...
thanx jgk sbb sudi trima kedatangan kami... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...