Pages

Monday, April 11, 2011

Gigiku Gigimu Jua...???

Hola smuaaaa...!!!

Assalamualaikum...

Cik nin tadi baru je habis exam. Exam kedua terakhir sebelum cik nin tamatkan pengajian sepanjang empat tahun  di bumi UKM terchentha ini. Exam seterusnya akan berlangsung pada 20 April 2011. InsyaAllah... tolong doakan cik nin supaya dapat buat yang terbaik untuk paper terakhir tu ya. ;)

Ok, back to my main topic for this entry, cik nin nak cerita pasal gigi. (Heh, macam la cun sangat gigi cik nin sampai nak cerita pasal gigi...) Haa....disebabkan tak cun ni lah yang cik nin nak cerita nih. Supaya kita sama-sama dapat gigi yang cun ;D

Kalau hangpa semua nak tahu, kat UKM ni pelajar-pelajar UKM boleh dapatkan perkhidmatan PERCUMA untuk pemeriksaan, pembersihan, penampalan atau apa-apa jugak yang berkaitan dengan gigi. Sebenarnya bukan lah percuma, tapi dah dimasukkan dalam yuran yang dibayar pada awal sem. Tu yang tak perasan duit keluar tu. Tapi agak rugi jugaklah sebenarnya kalau tak gunakan perkhidmatan tu sebelum keluar UKM kan? Sebab tu lah cik nin merajinkan jugak diri ni buat date dengan doktor gigi... Dalam bulan lepas cik nin set date dengan 'PA' dia dan tanggal 7 April yang lepas lah merupakan first date kitaorang... ehem~ :p

Cik nin sebenarnya pergi saja-saja konon nak cuci gigi je atau dalam bahasa omputehnya scaling gigi. Tapi bila dah ada depan mata doktor tu barulah cik nin tahu gigi cik nin berlubang. Tapi kecil je lah. Tu yang tak rasa sakit pun... Lepas dah tampal, doktor pun bersihkan lah gigi cik nin. Masa doktor tu buat scaling, cik nin rasa nyilu-nyilu (ada ke perkataan ni? hee...) dan ada jugak rasa sakit sikit tapi cik nin bernasib baik sebab dapat doktor yang mempunyai daya pemujuk yang kuat. So cik nin lega dan rasa tenang sikit...

Lepas dia dah buat scaling, dia ajak cik nin date lagi sekali dalam 6 bulan lagi untuk check up dan scaling. Dia jugak syorkan cik nin tukar berus gigi kepada berus gigi jenis soft. Kat situ lah baru cik nin tahu berus gigi ni ada beberapa jenis rupanya. Doktor tu sebut dua je; medium dan soft. Tapi masa cik nin nak beli berus gigi (sebaik saja lepas pergi check gigi tu. fuh! semangat gler!), cik nin dapati semua sekali ada tiga jenis; soft, medium dan hard. Hooaaa... Kalau medium pun dah tak sesuai dengan gigi cik nin, ni kan pulak hard. Memang lagi hard la cik nin rasa untuk gosok gigi nanti. kihkihkih... Bila dah beli tu cik nin bandingkan dengan berus gigi sedia ada, memang berbeza sangat tekstur pada berus dia dan sekarang cik nin lebih selesa untuk gosok gigi menggunakan berus gigi jenis soft.

Sedap pulak nampak ubat gigi tu. hehe... 
Agak-agak berus gigi yang ni jenis apa yek? 


Jadi kepada sesiapa yang dah lama tak ber'dating' dengan doktor gigi tu, cepat-cepatlah buat ya... Tak rugi pun. Biarlah kita tahu masalah gigi kita lebih awal sebelum masalah tersebut menjadi lebih parah. Bak kata pepatah yang terpatah-patah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Betul tak? Lagipun, gigiku bukan gigimu jua...Photobucket

So, tu saja untuk hari ni, assalamualaikum...(tetiba rasa macam cik nin pulak doktor gigi. kehkehkeh...)

P/S: Bersamalah kita menjaga nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita... Photobucket



With love,

6 comments:

Tasha said...

wahhh...... mesti gigi cik nin sekarang berseri dan berkilau2 kan~

Cik Nin said...

haha...tu la pasal. rasa slesa je dan lebih confident. wink2 ^_^

Cik Pulau said...

pheewiitt..
lagi melebar la cik nin senyum lepas ni yer.^^,

PReDicToR said...

seramnya jumpa dr gigi...nasib baik appoinmnt lame lg huhu

cunndaa said...

nak g cari berus gg lembut eh sat g...hehehe

Cik Nin said...

cik pulau> ngeee~~ =D (*tersengih tunjuk gigi)

predictor> xpe.. predictor kan dh pernah jumpa sblm ni..? msti lg ok dr cik nin ;)

cundaa> sila2 hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...