Haa....mestilah untuk diri cik nin sendiri... orang lain dah dok merdeka lama dah cik nin baru nak merdeka. hukhukhuk...
*Cian cik nin. dijajah lagi rupanya selama ni...
Aah, memang pun. tapi bukan dengan askar jepun macam zaman daulu daulu ea... tu mintak simpang malaikat 44 la kan. heh~ cik nin dijajah oleh exam dan study je la... hehe... tapi sekarang, alhamdulillah. cik nin dah bebas. sebebas burung-burung berterbangan di awan. cewah!~:p
Nak tahu bila tarik keramat tu?
Haa... tarikh keramat tu adalah pada tanggal 20 april 2011 tepat jam 10.30 pagi di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Setelah berhempas pulas sampai terpulas-pulas selama 4 tahun berada di ukm ni akhirnya habis jugak cik nin study kat sini dan insyaAllah bakal mnjadi pemegang ijazah sarjana muda pendidikan matematik dengan kepujian (sains) bila keluar nanti. Dengan tu jugak bermakna tamat lah zaman belajar cik nin bukan takat untuk 4 tahun, tapi untuk 17 tahun! Fuh!~ Lama giler!
Heh. seriusnya.
Cik nin dah merdeka la dik. senyumlah skit... ;D
Nape 17 tahun? sebab dari tadika, masuk darjah 1 sampai 6, sambung pulak form 1 sampai form 5, masuk pulak matrik, sambung lagi kat ukm....asyik belajor...belajor...belajor jek. mana la tak sampai 17 tahun kan? memang satu jangka masa yang amat lama untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi bila dah alaminya rasa sekejap je sebenarnya. Rasa baru lagi daftar masuk form 1 semalam. ngee~~ ;p
Tapi betullah. kenangan masa mula-mula nak menjejakkan kaki masuk form 1 masih lagi bermain-main kat mata cik nin. kata-kata ibu masih lagi terngiang-ngiang kat telinga cik nin. ibu kata, " dah besar dah anak ibu ni". Tu lah first time and first day cik nin pakai baju sekolah menengah kain biru terqoise. Tapi kan, tapi kan... klau time tu ibu dah kata cik nin dah besar (padahal baru form 1), sekarang ni ape ek? tak kan ger..ga....ss....iii... kotttt....??? oh no!!! hehe...
Walaupun belajar bagaikan nak rak (nak rak la sangat kan...) sejak umur 6 tahun, tapi sebenarnya bukan akademik tu yang menjadi matlamat utama dalam kehidupan kita ni. awal-awal pendidikan cik nin dulu memang cik nin amat menitikberatkan akademik. bukan cik nin kata sekarang cik nin tak endahkan dah akademik tu. still endahkan jugak sebab tanpa pendidikan kita akan ditindas cuma ada perkara di sebalik tu yang kita perlu lebih banyak pelajari dan hayati iaitu tentang kehidupan ni. dan cik nin amat bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk belajar di UKM ni sebab di UKM ni cik nin belajar baaannnnyyyyaaaakkkk sangat benda. cik nin belajar tentang kepercayaan, jati diri, tanggungjawab, persahabatan, kasih sayang, cinta dan macam-macam lagi lah. senang citer, UKM ni bukan hanya boleh dipanggil Universiti Kebangsaan Malaysia, tapi boleh jugak diklasifikasikan sebagai Universiti Kehidupan Malaysia. Tak pernah sikit pun terdetik kat hati cik nin menyesal masuk sini sebab walaupun banyak jugak kenangan pahit, tapi semua tu sebenarnya mengajar cik nin untuk menjadi insan yang lebih tabah, dan sentiasa bermuhasabah dan mujahadah untuk menjadi insan yang lebih baik. Tambahan pulak, kenangan-kenangan manis lebih banyak daripada yang pahit-pahit jadi cik nin dah lupa dah pasal yang pahit-pahit tu. Hehe...
Akhir kata (untuk entry ni je... ^_^), terima kasih ibu dan ayah sebab sudi menyekolahkan anakmu ini sampai masuk U dan sampai berjaya menghabiskan examnya yang terakhir di UKM ni begitu juga dengan kasih sayang yang tak terhingga yang telah dicurahkan dari cik nin dalam kandungan sampai lah dah besaq panjang ni. tapi tinggi takat ni je. takpo la no... hehe...
Terima kasih jugak kepada guru-guru kat sekolah dulu yang banyak menunjuk ajar dan mendidik, tak lupa jugak kepada pensyarah-pensyarah di UKM yang telah banyak berjasa dan kawan-kawan, sahabat-sahabat, teman, staf-staf sokongan dan semua-semua lah yang cik nin kenal dan bagi sokongan padu buat cik nin samada secara langsung ataupun tak. Semua orang di keliling cik nin ni cik nin anggap guru cik nin sebab semuanya mengajar cik nin erti kehidupan sebenar walaupun tanpa diorang sedar. Cik nin bersyukur sangat-sangat sebab dikeliling orang-orang macam ni. trima kasih kepada semua orang yang cik nin jumpa dari cik nin mula kenal dunia, sampai lah sekarang (walaupun diorang tak kenal cik nin). terima kasih sangat-sangat. Dan yang paling penting, cik nin sayang dan cintakan Maha Pemberi Rasa sebab tanpa-Nya cik nin tak kan kenal erti semua ni. Alhamdulillah... Thank you so much Allah! =D
Cik nin harap, hubungan ni akan kekal selamanya selagi oksigen masih ada di bumi. Cik nin sayang kamu semua! seriously... ^_^
p/s: semoga Allah melindungi cik nin dan orang-orang yang cik nin sayang, di dunia ni dan di akhirat kelak. Amin....
Yang Teramat Bersyukur,
5 comments:
MERDEKA!!!!!
lambat la cik nin..
cik pulau dah buat entry dulu..hahaha
thanks la krn mnjadi golongan yg cik nin syg huahuahua
cik pulau> haha...cik nin baru smpai blk. ingat xnak wat entry tp xleh tahan. kena gak wat. =)
precitor> kasih diterima... ngeh3...
en cinta da bg email tau
ayesha> yeke? oryte2. nnt cik nin tgk. tq... ^_^
Post a Comment