Pages

Tuesday, March 29, 2011

Tak Perlu Pergi Oversea

Ola semua... hari ni cik nin nak sambung lagi cerita tentang aktiviti yang cik nin dah buat weekend lepas. Dalam entry sebelum ni cik nin dah cerita aktiviti pada hari sabtu, (sila klik sini kalau belum baca) sekarang cik nin nak cerita aktiviti pada hari ahad pulak.

Kalau pada hari sabtu cik nin date dengan sahabat-sahabat lama zaman sekolah cik nin, hari ahad pulak cik nin date dengan adik cik nin yang baru je dapat result SPM. Adik ni jugak la yang cik nin pernah cerita dalam entry yang ni (klik untuk baca). Klau hari tu dia bagi cik nin award, kali ni dia ajak cik nin keluar berdua pulak. Ehem. Jangan jelez... =p

Nak tahu kitorang pergi mana...???

Tengok la gambar ni... ;D
-

-

-

-

-

-

-


Haa... tempat apa tu...???
Tu lah tempat yang kitorang pergi.
Ice Skating!!! Muahaha...
(kecohnya la cik nin ni... ahaks~)

Haha... cik nin bukan apa, excited sangat. Mana tak nya, dah 2 tahun kot aim nak main ice skating ni tapi tak berkelapangan jugak. Nama je orang KL tapi singgah sunway pyramid pun tak pernah. Takat sunway lagoon tu pernah la tu pun masa cik nin form 2. Lepas daripada tu dah tak pergi dah sunway lagoon. Tapi cik nin tak heran sangat sebab cik nin lebih suka pergi tempat yang belum pernah cik nin pergi instead of pergi tempat yang sama berulang kali. So bila adik cik nin ni nyatakan hasrat dia untuk pergi sini pada hari sabtu yang lepas, cik nin pun apa lagi. Biar lah duit tak seberapa dalam bank tu janji cik nin dapat gak merasa. Bagi cik nin, duit boleh dicari tapi nak dapatkan sesuatu pengalaman, sukar sekali. (cewah! ;p) sekali je la sukar. dua kali dah tak dah. kehkehkeh...

Oh kenapa cik nin sebut pasal Sunway Pyramid tadi? Sebab ice skating ni dok dalam Sunway Pyramid. So kalau nak pergi, kena pergi Sunway Pyramid KL dulu, then masuk Sunway Pyramid tu, turun ke aras LG2. Haa...senang kan? Tak perlu lah nak sampai pergi over the sea untuk main ice skating... ^_^

Nak masuk dia mestilah kena bayar kan. Pergi toilet awam sekarang pun dah 30 sen ni kan pulak nak meluncur atas ais kat Sunway Pyramid tu... Hehe... Bayaran dia nak kata mahal sangat tu tak la jugak. Tapi nak kata murah tu pun tak jugak. Harga sekali masuk tanpa glove dan socks 20 hengget. Kalau termasuk glove dan socks 35 hengget. Tapi kitorang dah bawa socks, tinggal kena beli glove je. So semua sekali yang kitorang perlu bayar 28 hengget sekepala. Kira ok la kan. Tak lebih 30 hengget lagi... Kalau korang first timer macam cik nin ni dan tak nak membazir, bawa lah socks siap-siap. Socks sukan biasa je pun dah ok... ;)


Ni lah resit bayaran kitorang...


Bila dah bayar, apa lagi? Boleh lah masuk. Tapi sebelum nak meluncur, kenalah ambil dan pakai dulu kelengkapan yang perlu.


Kelengkapan yang perlu ada sebelum main ice skating ni ialah:

i) Socks (stoking) sukan. (socks yang kitorang bawak biasa-biasa je so tak yah la tunjuk yek. malu i. hikhikhik..)

ii) Kasut khas untuk ice skating (boleh ambil di kaunter Skates Rental)

Ni kasut cik nin

Ni pulak adik cik nin punya

iii) Glove (sarung tangan)

Yang color pink comey comey ni mestilah cik nin punya... ;D

Kalau yang tadi cik nin punya, yang ni mestilah adik cik nin punya... ;)


Bila dah pakai semua kelengkapan tu, boleh lah main...


COP! Sebelum tu....

Macam biasalah, kenalah posing dulu kan... hee~~
"kami dah bersedia"


Ok, jom masuk! ;D

Weeehuuuu~~~


Bajet terel la tu. padahal macam robot kehabisan bateri je jalan. kwangkwangkwang... ;p


Oh. kalau orang tengok, romantik sungguh kami. Padahal adik beradik ok... hehe...


Dah habis main, kenalah pulangkan balik kasut yang dipinjam
di kaunter Skates Rental


Pada pendapat peribadi cik nin, main ice skating ni best sebab boleh meningkatkan keyakinan diri dan percaya pada diri sendiri. Lagi satu, boleh melupakan sedikit masalah yang membelenggu fikiran sebab otak dan segala pergerakan kita tertumpu pada pergerakan nak meluncur atas ais dengan selamat. Oh, dan tak lupa jugak, ice skating ni satu sukan yang bagus jugak sebab dapat mengeluarkan peluh. Mana tak nya, nak control kaki taknak bagi jatuh punya pasal, peluh jantan semua keluar, kehkehkeh...

Ok, tu saja... sapa-sapa yang nak pergi main ice skating lepas ni, boleh la belanja cik nin sekali yek. Ngeee~~~ ;D



With love,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...