Cik nin pernah, and bukan takat pernah, banyak kali pulak tu. Diorang ni la yang dikategorikan awet muda. Wajah tak dimamah usia. Yang lagi best, bukan takat wajah, tapi badan diorang masih sihat lagi. Kalau cik nin jumpa orang-orang macam ni cik nin suka tanya apa rahsianya. Kebanyakan orang-orang macam ni akan jawab, selalu senyum.
Tapi ada jugak yang kata, selain selalu senyum, hati mesti baik. Baik tu maknanya macam jangan ada rasa tak senang hati dengan orang lain, jangan berdengki ke ape... Kalau tak puas hati, bersemuka. Tak perlu cakap belakang atau memendam rasa sorang-sorang. Yang ni memang cik nin akuilah sebab cik nin pernah dengar, kalau hati kita baik, nanti kemurnian hati tu akan terserlah di wajah kita. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ayat yang tepat cik nin tak berapa ingat. Huhuhu...
Tips awet muda yang lain sikit yang cik nin dapat ialah masa cik nin pergi kursus dalam entry yang ni (sila klik). Penceramah yang mengendalikan slot pertama dalam kursus tu iaitu slot Pengurusan Kesihatan kata kalau nak awet muda, bangun je dari tidur pagi-pagi, terus senyum, ucap "alhamdulillah" dan bersyukur kerana dibangkitkan semula dari tidur. Kemudian, bayangkan wajah ibu dan ayah. InsyaAllah, kalau kita boleh amalkan, bukan takat awet muda, tapi minda kita pun akan jadi sihat. Lagi satu, amalkan mandi sebelum subuh dan banyakkan minum air suam. InsyaAllah...
Haa...tu lah antara tips awet muda yang cik nin dapat daripada kajian-kajian lepas. (haha...dah macam buat tesis la pulak.. ;p) So, lepas ni apa lagi? Tak perlu kata apa-apa. SENYUM... ^_^
7 comments:
ye..sentiasa senyummmm :D
klo cikgu nmpak cam student tu kira awet muda x????? huhuhuhu
klik http://www.nuffnang.com.my/blogger/blogspot/
and follow direction 3b
kalau tak faham boleh tanya yer.
awet muda cam anita sarawak kah?..haha
snyum sana syum sini..syum sana sini,klu kite snyum semua org snym skali
senyuman tuk kak nina di hujung minggu.. =)
hehe
k.mas> ^_^
predictor> kira awet muda gak kot. hehe...
tasha> thanx for the link n thanx sbb sudi ajar hr tu... ;)
man> anita sarawak awet muda x original...huhu...
susu> ya btul...!!! =D
cleo> manisnya senyuman mu...hehe...
Post a Comment