Pages

Tuesday, February 15, 2011

Hikmah Selawat

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang kita tahu, hari ni, 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah, merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w atau lebih dikenali sebagai Hari Maulidur Rasul.

Walaupun jam sekarang menunjukkan pukul 5.15 petang (lagi suku hari je nak habis Maulid Nabi dah) tapi cik nin rasa masih belum terlambat untuk cik nin ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat islam.

Sempena maulidur rasul ini, elok lah kiranya jika kita semua perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kita memperingati dan meraikannya. Lebih elok jugak kalau selawat ni kita amalkan bukan sahaja sempena maulidur rasul, tapi pada hari-hari yang lain juga sebab hikmahnya terlalulah banyak.

Antara hikmah yang cik nin selalu dengar jika kita rajin berselawat ialah:
  1. Sekali seorang tu berselawat, Allah akan membalas 10 kali selawat untuknya.
  2. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah s.w.t manakala doa yang tidak disertai selawat akan tergantung di antara langit dengan bumi.
  3. Akan mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w di hari kiamat nanti.
  4. Selawat akan dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dada.
  5. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  6. Selawat akan dapat mewariskan kecintaan Rasulullah s.a.w terhadap umatnya.

Haa... tu lah antara hikmah selawat yang cik nin selalu dengar. Sebenarnya banyak lagi hikmah-hikmah selawat ni dan nak berselawat ni tak susah mana pun. Duduk saja-saja pun boleh buat. Tak caya? Tengok ni:


Ni antara selawat yang paling mudah untuk diamalkan

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita sama-sama amalkan selawat mulai sekarang... ^_^


6 comments:

MulutPayau said...

salam Maulidur Rasul..
sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar kita...Nabi Muhammad s.a.w...

aliaa farhana said...

salam maulidur rasul cik nin...

Cik Pulau said...

cik nin ditag yer.. check it out..
cepat before tamat..

http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-besday-23rd.html

Tasha said...

and di tag lagi:

http://natasha1987.blogspot.com/2011/02/senyum-tak-nampak-gigi.html

Cik Nin said...

mulut payau n aliaa farhana> salam maulidur rasul to both of u too... ^_^ maaf, terlambat wish. huhu...

cik pulau> tq tag... tp cik nin lambat check la. huk3...

tasha> cik nin bru nak check ni. agak2 sempat lg x? hehe...

Admin said...

sememangnya info yg bgus ni...tenkiu yerk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...