Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seorang insan tersenyum
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seorang insan terguris
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seorang insan kenal dirinya yang sebenar
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang sedar kesilapannya
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang berasa tidak layak untuk hidup
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang menjadi lebih berani
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang menjadi lebih yakin
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang rasa diabaikan
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang dihakimi
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang rasa dirinya tidak berguna
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
sesuatu hubungan bercelaru
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
sesuatu hubungan retak menanti belah
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
sesuatu hubungan boleh tercalar
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
sesuatu hubungan sampai ke penghujungnya
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
sebuah hubungan disatukan
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
hubungan yang keruh dijernihkan
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
persahabatan dicabar
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
masa silam dikenang kembali
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang menjadi lembut hati
Kadang-kadang
dengan satu perkataan
seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya
Biar apa pun perkataan yang diucapkan,
biarlah datang dari hati yang murni
dan bukannya dari perasaan benci
Kerana
kadang-kadang
dengan satu perkataan
dapat mengubah kehidupan ini...
*pengajaran yang cik nin dapat untuk hari ni... ;)
With love,
6 comments:
kadang-kadang...
bila nak selalu ni..
asyik kadang2 je..^^,
sbb tu la tajuk die kadang2. n bkn slalu or jarang2 (dh mcm cter p.ramlee plk rs. ngee~)
kadang-kadang jumpa...
best jugak..:)
btul2. sgt best ^_^
kadang2 predictor bangun lmbat...
kadang2 cik nin bangun lambat...
kenapa org lain senang nak bangun??
huahuahua boleh ke
haha...predictor...
org lain pn sama la predictor... cuma kadang2 kbetulan x bertembung dgn kte je... ^_^
Post a Comment