Pages

Tuesday, March 22, 2011

Main Masak2 Episod 4: Kek Coklat Lembap

Waaahhh... sedar tak sedar dah episod 4 dah 'rancangan' main masak2 cik nin ni... (eleh. bru episod 4 dah nak kecoh. apa la cik nin ni...)
Alooo... takpela... sesekali bagi la peluang cik nin nak buat kecoh kat blog sendiri... kan? kan? kan? heee... ;D

Wokeyh. kali ni cik nin nak bagi resipi BAEK punya. (p/s: jangan tiru ejaan itu dalam karangan yek. trima kasih ;p)
Kenapa cik nin cakap 'baek' punya? sebab... resipi ni telah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia... Eh. silap silap. Resipi ni telah diluluskan oleh bonda kesayangan cik nin...
Macam yang cik nin cakap kat entry ni, cik nin still mencari resipi kek lembap yang betul-betul lembap. Tapi sekarang cik nin dah jumpa dah resipi yang macam mana ibu cik nin idam-idamkan selama ni... alhamdulillah... Terima kasih kepada kak zimah sebab sudi kongsi resipi dengan cik nin. Gembira sangat dapat tengok ibu betul-betul makan kek ni dengan puas hatinya...

Ok, tak payah cerita panjang, jom kita tengok resipinya... ;)


Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B:
3 biji telur

Bahan C:
1 1/4 tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Satukan semua bahan A (nak senang dalam kuali), masak atas api sederhana. Kacau sehingga sebati. Tutup api.
3. Ayak bahan C, ketepikan.
4. Pukul Bahan B sampai kembang.
5. Masukkan Bahan A ke dalam B. Kacau rata.
6. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A + B.
7. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Griskan loyang dan tuang adunan ke dalam loyang.
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil supaya tak masuk wap. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam. (jangan buka sebelum 1 jam. takut tak naik)
9. Lepas 1 jam, boleh uji samada dah masak atau belum dengan lidi/hujung garfu. Kalau tak melekat kat hujungnya, dah masak la tu... ^_^
10. Bila kek dah masak, apa lagi? Makanlaaaa.... =D


Haaa... ni lah gambar kek yang dah masuk dalam perut ibu, cik nin dan kawan-kawan.

Kat belakang tu buku resipi dan pen cik nin. Nak gak masuk gambar. hehe....


Mudah je kan? semudah A B C gitu... Ok lah last but not least. ayat biasa, Slamat Mencuba...!!! ^_^


5 comments:

Cik Pulau said...

wah cik nin.. memang satu2 tulis seperti yang dicakap tu..
tak tinggal satu perkataan pun..
perhh.. memang terbaek la cik nin..
lalalala~

nabilazhar said...

yey boleh copy resepi nih dari cik nin...hihihihi kek sgt sedap...very moist and chocolateyyy.... :D

Cik Nin said...

cik pulau> haha... tu la psl. ejas skit jek. bak kata mak cik pulau, "ckgu kan..." hehe...

bel> bole2. sila2. hehe... tq bel... lps ni klau bel buat bole rasa bel pny plk. kih3... ;)

PReDicToR said...

sgt menjadi n sgt sedap....

nyway thanks cik nin...lain kali bawak lg ye...hehehe

nak try tp blom ade kberanian..

Cik Nin said...

insyaAllah...
ade rezeki bwk lg... ;)
try la nora. senang je...
yg ni xyah guna mixer. main kacau2 guna senduk biasa je. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...