Pages

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010

Fuh tajuk... bapak skema! hakhak...
Nak tulis skema sikit la hari ni. Ngehngehngeh...

Ok, seperti mana yang kita ketahui, semalam, 23 Mac 2011 merupakan hari mengambil keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2010. Tahniah diucapkan kepada semua candidates yang telah berjaya mendapat result seperti yang diimpikan. milkysmile

Kepada yang kurang berjaya, jangan risau. Peluang untuk berjaya dan rezeki Allah tu ada di mana-mana. Redha lah dengan keputusan yang diperoleh kerana mungkin tu yang terbaik untuk anda. Tapi jangan putus asa, teruskan usaha untuk masa hadapan. Tak semestinya anda tak berjaya dalam bidang akademik, anda tak boleh berjaya langsung dalam hidup. Ramai yang kecundang dalam akademik, tapi masih boleh jadi ahli perniagaan berjaya. Kalau tak nak jadi ahli perniagaan pun, anda masih boleh cemerlang dalam bidang yang anda mahir. Just be yourself. Tak perlu ikut orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bayangkan kalau semua nak jadi doktor, siapa pula yang nak jadi pesakitnya? Betul tak? Photobucket
Dan untuk pengetahuan anda, berdasarkan pemerhatian yang cik nin dan ibu cik nin dah buat selama bertahun-tahun ni, kitaorang dapati biasanya orang yang cemerlang dari segi akademik, kerja-kerja teknikal (yang menggunakan kemahiran tangan) diorang kureng skit. Jadi anda lah sebenarnya pelengkap untuk mereka ;D

Hanya percaya dan yakin pada diri yang anda boleh berjaya dalam bidang anda suatu hari nanti. Berusahalah kerana Allah dan banyakkan berdoa. InsyaAllah, bantuan Allah tu akan sentiasa ada... ;)

Ingat, SPM bukan pengakhiran untuk segalanya tapi permulaan untuk kehidupan yang lebih baik. Cik nin pasti anda boleh. Percayalah!Photobucket



With love,

3 comments:

Tasha said...

setuju dengan cik NIN

Cik Nin said...

trima kasih tasha... :)

Cik Pulau said...

betol. betol..
lalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...