Hai semua...
Waaahhh... dah agak lama jugak la cik nin tak mengemaskini blog cik nin ni(*saja guna perkataan ikut tatabahasa BM yg btul ;p). Bukan apa... cik nin agak busy sejak akhir-akhir ni. Bukan busy dengan assignment (yang sememangnya banyak tapi tak nak buat tu. muahaha...), tapi dengan pergi jalan-jalan...!!! Haha...
Ha? Ke mana pulak cik nin pergi kali ni?
Kalau nak tahu... tengok la gambar-gambar di bawah ni.... ^_^
.
.
.
.
.
.
.
Bersiap sedia. nak gerak dah ni. jom ikut cik nin! ;D
Eh, macam biasalah. Sebelum gerak, kena la posing dulu...
Haa...sekarang baru la boleh masuk kereta...
Let's Go! ;D
Destinasi pertama: Taman sebelah Menara Taming Sari.
Sebenarnya nak parking kereta kat situ je tapi sempat lagi berposing sebab bunga-bunga kat situ cantik-cantik sangat walaupun pernah je jumpa sebelum ni. Tapi kat tempat orang biasala... semuanya pun cantikkan...? Hehe...
Haa.. yang terpacak macam tiang kat belakang tu bukan tiang biasa yek
tapi tu lah Menara Taming Sari... ^_^
Muka-muka gembira.
Ni baru je sampai kat sign board, tak tahulah naik nanti macam mana...
hehehe...
Antara penyambut tetamu yang jelita di Menara Taming Sari... Kehkehkeh...
Haa...ni lah keadaan dalam menara tu... Selesa kan? Siap ada kerusi lagi.
'Gerabak' ni lah nanti yang akan bawak kita naik ke atas
sampai la betul-betul berada di atas menara.
Dok atas tu nanti rileks je la sambil tengok pemandangan seluruh kota Melaka.
Cantik... ^_^
On the way nak pergi ke kereta dari Menara Taming Sari, tiba-tiba ade kuda yang gagah perkasa bersama penunggangnya, encik polis datang ke arah kami.
Kami pun apa lagi. Macam biasa... posing lah selagi boleh kan... Hehe...
Nak tunjuk bukti yang kami jumpa kuda tengah jalan.
(p/s: kuda je yang gagah perkasa... encik polis biasa-biasa je yek.
ups! ngaa~~ haha... gurau je la.. :p)
Ni tarikh lahir kuda tu. Macam nombor ic jugakla kot tapi bukan nombor ekor ye...
Destinasi seterusnya: Mahkota Prade. Dekat je dengan menara tadi.
Jalan kaki je pun dah sampai... Lebih baik jalan kaki kan, bole kurus skit. hehe...
Mahkota Parade ni shopping complex. So dalam dia standard macam shopping complex yang lain-lain la je. Jadi, tak payahlah cik nin tunjuk gambar kat Mahkota Parade ni lebih-lebih yek. ;)
Lepas pergi Mahkota Parade, jalan-jalan cari pasal pulak kat Istana Kesultanan Melaka. Hang Tuah dan Hang Jebat pun ada kat sini tau... (tapi patungnya je la... hakhak)
Bila cik nin terpandang je patung yang dua dan empat dari kanan tu cik nin terus teringat entry cik nin yang ni (sila klik)
sebab gaya dia dah macam orang nak keluarkan air dalam telinga jek.
hehe...
Antara bahan yang dipamerkan di Istana Kesultanan Melaka...
Dah bertandang kat 'kubu' pemerintahan tempatan (istana),
jenguk pulak kubu pemerintahan barat (A famosa).
Sangat kagum dengan pak cik ni.
Nak tahu sebab apa? Haa... tengok lah dia tengah buat apa tu.
Melukis kan?
Dia dok lukis dalam A Famosa tu tapi bukan lukis A Famosa,
lukis pemandangan kat tempat lain sekitar Melaka.
Sangat hebat!
Tak perlu tengok pun subjek yang dia nak lukis tu! Lukisan tangan dia pulak halusss sangat. Setiap ukiran atau benda-benda kecil dapat 'diukir' dan dilukis dengan begitu teliti.
Memang cik nin ternganga la masa tengok lukisan-lukisan dia tu.
Harga pun amatlah berpatutan. 10 hengget je untuk student! Murah kan?
Bagi cik nin tu sangat murah kalau nak dikira dengan hasil tangannya yang sangat halus dan menarik tu.
Dia lukis pulak sangatlah pantas.
Dalam sehari dia dapat buat lebih kurang 11 lukisan. Hoaaa....!!! Hebat kan?
Kalau cik nin, rasanya 11 tahun pun belum tentu siap 1 lukisan. hokhokhok...
Haa ni pulak masa orang Korea mintak bergambar bersama.
Gambar ni paling disukai oleh kawan cik nin, miss myza sebab dia salah seorang peminat fanatik k-pop. So mestilah dia teruja gler dapat bergambar dengan orang korea kan? Haha...
Sampai siap ingatkan cik nin lagi upload gambar ni cepat-cepat dalam FB.
Bajet bergambar dengan artis k-pop la tu kan? hakhakhak...
Haa...kat Melaka ni je rasanya boleh jumpa beca yang lawa-lawa macam ni...
so rugilah kalau tak bergambar sekali dengan beca lawa ni kan? :)
Dah penat berjalan kaki, naik river cruise pulak la.
Best...
Tenang dan damai jek.
Antara pemandangan terindah sepanjang berada atas river cruise.
Satu lagi pemandangan terindah ialah Kampung Morten.
Tapi gambar yang cik nin ada tak clear. Masa cik nin dan kawan-kawan pergi tu, Tun Dr. Mahathir ada di Kg. Morten tu. Ada majlis makan-makan pulak tuh! Tapi idok le kami ni membuang tebiat turun dari cruise tu semata-mata nak pergi ngisi perut secara free kat majlis tu kan...
Tapi kalau ada orang orang offer masa tu, konfem kami redah jek. hahaha...
Ni lah destinasi kami yang terakhir di Melaka sebelum bergerak ke Port Dickson pulak. Tapi cik nin sempat ambil gambar kat muka depan jek. Nak amik gambar haiwan-haiwan dah tak sempat. Bateri kamera cik nin kong dulu... ngee~~~ ^_^_v
Haaa.... Amacam? Ada rasa macam nak pergi tak tempat-tempat ni? Ni baru sebahagian tempat tempat yang menarik kat sana. Ada lagi sebahagian yang cik nin tak sebut. Kalau nak tahu, kenalah pergi sendiri yek. Hehe... Apa lagi? Sekarang jugak ajak ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak lalalala~~~ eh silap-silap. Ternyanyi pulak. Ajak lah ibu, ayah, abang, adik, kakak, pak cik, mak cik, tok mak, tok abah, tok wan, cucu, cicit, semua-semua lah datang ke sini memeriahkan lagi pusat pelancongan di negara kita ini...
Wokeyh. dah panjang sangat dah ni. Baik cik nin stop kat sini dulu sebelum banyak lagi perkara merepek yang cik nin tulis sambil makan kerepek. Adios amigos. Jumpa lagi. Daaa~~~
No comments:
Post a Comment