Pages

Saturday, January 15, 2011

Ku Telah Jatuh Cinta

*Perghhh...tajuk dah macam drama bersiri Indonesia la pulak... hehe...

Masuk hari ni genaplah seminggu cik nin mula-mula bersua muka dengannya. Walaupun dah seminggu berlalu, tapi wajahnya masih segar dalam ingatan cik nin. Selepas melihat wajahnya, cik nin nak makan pun tak kenyang (*sebab belum makan lagi, baru 'nak' je..), mandi tak basah (*dah gosok gigi je sape suruh...?), tidur pun tak lena... (*mana nak lena? tidur pun belum lagi. dok asyik main pesbuk jah). Oh, apa yang telah terjadi kepada cik nin ni...? Adakah ini yang dinamakan cinta???

Hape??? cik nin dah jatuh cinta??? Biar betul??? Jeng jeng jeng jeng.... (muzik suspen macam dalam cerita P.Ramli)

Dengan sape, dengan sape? (gaya kaki-kaki gosip)

Kaki Gosip: Adakah dengaaannn....


Cik Nin: Muka ada, manis ada, nakal ada, motor cik nin suka pun ada...
Tapi...
.
.
.

Laa... suami orang rupanya... No no no no...


Kaki Gosip: Ok ok. Kalau yang ni pulak?

Cik Nin: Hmmm... kacak... tinggi... menarik... tertarik...
tapi...
macam ada something lah yang tak kena.
oh, cik nin just suka tengok je kot.
Nak jatuh cinta? Nehi...



Kaki Gosip: Oh, bukan jugak. Haaa... ni komfem betul!

Cik Nin: Hmm... macho... badan macam atlet. Tinggi pun tinggi... Tapi orang Jepun daa... jauh tu... mau nangis ibu ayah cik nin nanti... hehe...

Kaki Gosip: Laaa.... kalau tu bukan, ni bukan, habis dengan siapa???

Cik Nin: Dengan....dengan... Dengan ni............
.
.
.
.
.
.
.

TARAAAA!!!!

MAZDA 2!!! =D

Ya... betul... MAZDA 2...!!! hehe...

gambar dalam bonet ni diambil atas arahan kanak-kanank yang memakai baju hijau di dalam gambar yang keempat dari atas tu. "ni penting," katanya...
Penting la sangat...hehe...

Kaki Gosip: Laa... jatuh cinta dengan kereta rupanya... ingatkan dengan siapa tadi...

Cik Nin: Haha... ingat dengan siapa haa....? Cik nin tak cakap pun dengan manusia kan? hehe... Aah, cik nin dah jatuh cinta dengan Mr. Mazda 2 ni. Sangat-sangatlah cantik dan menarik. (Ni pandangan cik nin je ya... orang lain mungkin taste lain)

Nak tahu kenapa cik nin tertarik dengan kereta ni?

First of all, mestilah sebab appearance dia yang menarik tu. Sangat-sangat menarik perhatian cik nin. Cik nin pernah usha kat jalan raya. Tapi ni lah first time cik nin dapat merasa duduk kat dalam dia. Sebelum cik nin TERRRjumpa kereta ni kat pameran kereta di alamanda sabtu yang lepas, cik nin tengok-tengok dah kereta lain yang ada kat pameran tu tapi semuanya tak berkenan di mata, apatah lagi di hati cik nin. Bila cik nin terpandang je 'wajah' kereta ni.... terus cik nin terpikat dan tertarik nak masuk dalam dia.

Masuk dalam lagi lah best. Nampak dari luar macam kecil, tapi dalam dia tak seperti yang disangka. Selesa lah kiranya. Bonet dia pun dalam dan lebih luas berbanding kereta-kereta yang lebih kurang saiz dia. Maknanya boleh letak banyak benda la kat dalam bonet. Nak sumbat cik nin pun boleh. hehe...

Last but not least, the reason yang paling cik nin terasa nak jadikan kereta ni kereta cik nin nanti ialah sit pemandu dengan jarak pedal dia amatlah comfortable untuk orang-orang yang 'rendang' macam cik nin ni. tak rasa tenggelam pun. Rasa confident je nak tekan pedal minyak. Cik nin just perlu gerakkan kerusi tu sikit je ke depan dah sampai kaki. hehe... Cik nin bandingkan jugak dengan dua buah kereta yang lebih kurang saiz dengan Mazda 2 ni tapi dua buah lagi tu kurang menepati citarasa cik nin. Malangnya... dua-dua buah kereta tu cik nin sempat tanyakan harga, kereta idaman cik nin ni pulak cik nin tak tanya... Hukhukhuk... Harap-harap lebih kurang je lah dengan harga yang lagi dua tu so that cik nin tak regret n lebih bertambah yakin nak miliki Mazda 2 ni sebijik. Kalau lebih murah, lagi bagus. Tapi kalau lebih mahal dan tak cukup bajet, terpaksalah cik nin simpan hasrat cik nin tu dulu... huhu...


P/S: ayat simpati telah digunakan. Sila nyatakan persetujuan anda untuk menaja kereta cik nin ya. terima kasih ;p


3 comments:

susu said...

haha, seswai tuk yg rendang2 ek..tp siyesly mmg awesome

Cik Nin said...

kan? haha... ade jugak geng. yay! ;D

Admin said...

Cara Untuk Gadget follower vibrate

http://zhoulhazs.blogspot.com/2011/01/cara-buat-gadget-follower-bergetar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...