salam...
hai readers...
smalam cik nin ade reunion batch skolah rendah cik nin. batch tahun berapa n kat mana sekolah rendah cik nin tu tak perlu lah kot cik nin bagitahu kat sini.
alhamdulillah, reunion atau dalam bahasa melayunya dipanggil perjumpaan semula mantan2 pelajar skolah rendah cik nin tu berjalan dgn lancar hampir 95 peratus seperti yang dirancang. cik nin mmg dah lama tunggu reunion sebab nak jumpa kawan-kawan dan guru-guru lama balik dan alhamdulillah, ada yang sudi rancang dan organize everything untuk menjayakan reunion ni. tahniah cik nin ucapkan dekat kawan cik nin tu dan trima kasih sangat-sangat. kalau takde orang macam dia yang sudi bekerja keras untuk pastikan reunion ni berjalan, agaknya sampai cik nin tutup mata buat kali terakhir pun cik nin tak dapat nak merasa saat-saat manis berkumpul ramai-ramai berjumpa kenalan-kenalan lama macam semalam. selama ni selalu je cik nin dan kawan-kawan sebut untuk adakan reunion tapi takde siapa pun yang sanggup untuk conduct. bila sebut je mesti semua tuding jari antara satu sama lain termasuklah cik nin. kih3... terima kasih skali lagi kepada pengarah program dan tahniah serta terima kasih juga buat rakan-rakan, guru-guru dan AJK-AJK PIBG yang hadir memeriahkan lagi majlis reunion tersebut.
ni doorgift yang cik nin dan semua kwn2 dapat masa majlis semalam
majlis semalam telah membuka serba sikit mata cik nin yang sememangnya dah sepet ni bahawa segala-galanya dalam dunia ni tak mustahil jika ada kesungguhan dalam usaha yang dilakukan. Kerana dek berkat kesungguhan dan usaha gigih pengarah program merancang dan mengendalikan majlis dari A hingga Z dengan kerjasama dan bantuan-bantuan kecil dari rakan-rakan yang lain itulah akhirnya majlis makan malam alumni kami dapat direlisasikan. dan yang paling penting, thanx to Allah kerana tanpa Dia kami tak dapat berkumpul seperti smalam... syukur alhmdulillah.. =)
2 comments:
bestnya...jeles nei....skolaku lom wat reunion lg huhu....jeles sama kamu
ni pun syukur sgt sbb ade org yg nk uruskn. klau x mmg x mrasa la jwbnya...hehe
Post a Comment