Salam...
hai semua...
sedar tak sedar tinggal lebih kurang seminggu je lagi cik nin dan kawan2 nak bercuti... cepat btul masa berlalu... rasa belum panas lagi punggung duk kat umah tetibe dah nak dekat balik ukm dah. huhu...
ha.. kepada yg sedang bercuti mcm cik nin sekarang ni, mcm mana korang abiskan cuti kali ni? dgn pergi melancong ke? bersiar-siar kat taman bunga setiap hari ke atau belajar cara-cara menjadi suri rumah sepenuh masa...? hmm... tak kiralah mcm mana pun korang abiskan masa bercuti, harap-harapnya semuanya diisi dengan perkara yg baik dan tak menyalahi syariat ye... =)
cik nin cuti ni tak ke mana sgt pun... dok umah membesarkan badan je la kerjanya... hehe... tapi sekarang ni cik nin ada kat kuantan. cik nin sampai sini semalam naik bas ekspres. alhamdulillah, perjalanan cik nin dari KL ke kuantan berjalan lancar dan cuaca pun elok je. tak panas, tak pulak hujan. sampai dekat bandar kuantan baru lah hujan turun. itupun renyai-renyai je. tak sikit pun menyukarkan pergerakan cik nin dan penumpang yang lain.
tak lama lepas cik nin sampai kat terminal makmur kuantan, ayah cik nin datang ambil dan bawa cik nin pergi makan kat sebuah restoran betul-betul tepi pantai. cik nin dengan perut yg tak berapa rasa lapar tu order la bihun kungfu dan teh o panas memandangkan cuaca sejuk time tu. tapi masa cik nin order teh panas tu, dalam hati cik nin kata "teh o panas jangan manis sangat ye". tapi setakat dalam hati je la. cik nin tak cakap pun kat orang tu. cik nin nak mintak kurang manis bukan sbb nak jaga badan ke ape tapi cik nin memang tak berapa minum air manis. kalau cik nin minum pun, cik nin akan cepat2 cover dgn air kosong balik. lagipun, lebih elok minum air kurang manis kan? bak kata pepatah, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. ha... biarlah minuman cik nin tak berapa manis tapi senyuman cik nin manis menusuk kalbu. cewah. ha... dah dah. nak start merepek pulak.
ok, sambung cerita. sementara tunggu pesanan cik nin sampai, cik nin jalan-jalan dulu tepi pantai. lepas beberapa minit, cik nin kembali balik kat meja cik nin. masa tu minuman yang cik nin order dah ada kat atas meja. cik nin pun rasala minuman tu seteguk. dalam hati, masih kata lagi, "harap-harap janganlah manis sangat". bila minuman tu sampai je kat lidah dan tekak cik nin, cik nin dapat rasa, teh o panas tu bukan setakat kurang manis, tapi tak manis langsung. ini dah memang tahap takde gula dah ni. agaknya orang tu terlupa nak masukkan gula kot. selamatla teh dia tak tua sangat so cik nin bole la minum lagi.
bila dah separuh teh tu cik nin minum, tetibe cik nin berasa nak jilat sudu die. aik? manis pulak. cik nin pelik betul. macam mana air tak manis, tapi sudunya manis??? cik nin pun tengok kat dasar gelas tu. laaa... patutla... gula ade kat bawah rupanya... cik nin tak kacau... dari situlah baru cik nin tahu yang kalau kat kuantan ni, hampir semua minuman die kena kacau sampai bawah sebelum nak minum. sebab trend kat sini, gula atau susu dikacau sendiri. sebelum ni cik nin tahulah kalau air teh atau nescafe susu memang kena kacau sendiri sebab susu dia saja dia biarkan kat dasar. teh o pun sama rupanya... huhu... hari ni ibu cik nin minta air kelapa pun, air gula dia dekat bawah. kena kacau sendiri jugak. mula-mula ibu cik nin rasa tak manis, bila kacau baru manis. ibu cik nin la yang bagitahu trend hidang air kat sini memang macam tu... tapi bagus jugak buat mcm tu. bila kita tak nak manis sangat, kita tak perlu lah kacau gula tu sampai habis. kacau sikit je. tinggalkan yang lain kat dasar. kalau nak manis betul-betul, baru kacau semua gula tu.
teh o panas bersama sudunya. gambar mintak jasa baik uncle google.
so kepada yg nak dtg ke kuantan lepas ni dan belum biasa kat sini, ingat-ingatlah ye. kalau order air kat kedai, jangan lupa kacau sampai bawah sebelum minum... hehe....
No comments:
Post a Comment