Pages

Wednesday, December 1, 2010

akhirnya ke situ juga...

salam...
hi u olz... (gaya2 gedix santai) u olz smua ape kabar...? i harap u olz sihat sejahtera. u olz nk dgr cter x? ape??? u olz tak nak dgr??? huh. smpai hati u olz. tapi ade i kisah??? haha... u olz tak nak dgr takpelah. i nk cter jugak. ni kan blog i... suka hati i la kan... hehe... =P

ha... hr ni i nk cter tentang cara2 utk jadi gedix yg howt. ahaks!
takdela... gila ke hape aku nk cter psl tu. saja je mulakan entry ni dgn gaya2 gedix. nak bg nafas baru la konon... ceh. dah mcm lagu pulak ade nafas2 baru. kih3...

hari ni sebenarnya aku nak cter tentang hasrat aku yang telah aku simpan lebih kurang dua-tiga minggu yang lepas (sebaik saja aku dapat tahu pasal kewujudan Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism atau lebih dikenali sebagai MAHA 2010) telah pun kesampaian semalam...

kisahnya begini... pada suatu hari...sedang aku berjalan2...(dah lupa jalan pakai kaki ke pakai bas ke pakai kreta), tiba2 aku ternampak papan iklan d tepi jalan memaparkan iklan tentang MAHA ni. sebaik je aku nampak perkataan MAHA terpampang dalam iklan tu, aku terus baca sampai abis. aku tak tahu lah nape kalau pasal MAHA ni aku laju je. suka sangat kalau ada benda2 macam tu. tp aku rasa klau pasal benda lain pun yg membolehkan aku utk pergi berjalan, aku laju jgk. mmg dh nama pn kaki jalan. ajak je la aku klau nk berjalan. slagi boleh, insyaAllah aku takkan kecewakan. lagi bgus klau korang ajak n sponsor skali. komfem aku ikut. hehe.... ok back to our story, setelah membaca iklan tu smpai abis, aku dapati MAHA 2010 akan diadakan pada 26nov smpailah 5 dis d serdang, selangor. wah. dekat je. takdelah perlu ke seberang negeri lain utk pegi... peluang baik nih. ehem. hasrat aku nak pegi sana bertambah kuat bila kat tv dh mula promosikan MAHA ni. tak senang duduk aku dibuatnya. aku pun apa lagi? mulalah rancang strategi utk capai misi... hehe...

mula2, aku bg hint2 kat ibu aku. hint kali pertama. cter la serba sikit pasal MAHA ni n hasrat utk pergi ke sana. ckp kna lemah lembut. muka mesti manis. baru green light boleh dapat... tambah2 plk musim cuti sekolah. tu pun boleh jadi alasan nk kluar berjalan. hehe... ok, first hint telah dibagi. respon ibu aku biasa2 je. nak kata negatif, tak jugak. nak kata positif sgt pun tak jugak. tp aku dh bersedia mental dan fizikal(cewah). walau apa pun respon yg akan diberi, aku redha... mula tu ibu aku kata jauh, mahal nk g sana...duit lg...tkut nnt ade yg berkenan nk beli...klau stakat nk tengok2 je tu takpe lagi... bila dgr tu, aku faham. n aku diam dulu.

bila aku rasa ayah aku nak dekat balik dari kuantan, aku bg hint yg kedua. kali ni ibu aku nak cuba try ajak ayah. kalau ayah ada, sedap sikit sbb ayah tu ibarat 'banker' la. duit smua kat dia. kalau nak belanja lebih skit takpelah.
alhmdulillah, lepas ibu ckp kat ayah, ayah setuju nk pergi sekali. mulanya nak pergi hari sabtu, lepas lawat adik aku yg kat asrama. tapi tak janji jugak, ikut sempat kata ibu. aku pun ikut je la. diorang jugak yang nak bawak keta n nak kluar duit nnt. aku tak bole nak ckp byk la. then, x jadi sbb dah lewat n hari pun hujan...

cubaan kedua utk pergi ialah pada hari ahad lps zuhur. sekarang musim hujan so lepas zuhur tu mmg komfem hujan tp digagahkan jugak utk pergi. nak dekat smpai pintu serdang tu, jam la pulak yg teramat. smua berpusu2 nk g MAHA tu. last2 sbb dh lama sgt terperangkap dlm jam n ayah pun nk balik kuantan malam tu, ayah buat u-turn n tak jadi la kami pergi MAHA utk hari tu... juz pergi makan je kat restoran yg tak berapa aku suka sbb kebersihan dia tak memuaskan. tp disebabkan tu je restoran melayu yg ada kat situ, ditambahkan pulak dgn hari yg hujan, redah je la...

ayah plan utk bawak smula kami ke MAHA hari selasa sbb hari isnin malam tu die akan pulang ke KL balik dan hari selasa tu dia cuti. aku stuju je la tanpa banyak soal. tp aku redha jugak klau tak jadi hari slasa tu. mula2 tu mcm tak jadi. lepas zuhur, kami keluar rumah hari hujan jgk. lepas hantar kreta nenek aku kat umah dia, ayah tanya ibu komfem ke nak pegi ni sbb hujan lebat sgt n susah nk gerak. ibu kata, "takpe, pegi je dulu". alhmdulillah ayah stuju n alhmdulillah jugak kami berjaya smpai ke sana n berjaya dapat parking yg paling hampir dgn bangunan agrobazaar kat sana. so kami tak perlu rsau la sbb bangunan tu tertutup n takkan kena hujan. pada awalnya kami ingatkan hari hujan mcm tu tambah pulak hari kerja, mesti tak ramai org. tapi sangkaan kami meleset sebaik je smpai kat tapak MAHA tu. walaupun hari hujan dan hari bekerja, tapi kereta yg ada kat situ macam hari cuti. penuh parking! tp bestla nampak meriah je. bila ayah dapat je parking kat tempat yg paling dekat dgn bangunan tu, aku amat bersyukut kerana akhirnya berkat kesabaran, berjaya jugak kami ke situ... n yg paling penting, berjaya jugak AKU ke situ... hehe...

tapi ape yg best kat MAHA 2010 ni...? best atau tak tu terpulang kpd pendapat masing2. tp bg aku, MAHA ni best n aku nk sgt pegi sbb die byk jual makanan n produk2 bumiputera yg kita susah nak jumpa kat pasaran biasa. walaupun pegi tanpa beli ape2 (klau aku pegi sorangla kan), pun aku akan rasa puas sbb dapat cuci mata. no no no... bukan cuci mata tengok laki yek tp cuci mata tengok makanan2 n produk2 tu semua. tu pun dah buat aku puas. MAHA ni ade beberapa partition kot. ktorg sempat pergi dua floor je. tu pun dh penat. floor yg atas lg tu tak sempat nk jengah. outdoor punya apatah lagi. ade kuda yg boleh ditunggangi tapi nk kirim salam kat kuda tu pun dah tak sempat. tp takpelah. dah sampai sana n blk dengan slamat pun aku dh bersyukur sgt.

akhir kata (utk entry kali ni jek).
sokonglah produk buatan Malaysia terutamanya produk bumiputera. ^_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...