"Semekom..."
Perasan tak, ramai yang memberi salam macam tu. Kita ingat betul la dia bagi salam, tapi rupanya 'salam' yang dilafazkan tu entah ada maksud ke entah tidak. Kalau ada maksud dan maksudnya baik, takpe lagi. Kalau takde maksud pun, boleh la jugak diterima... Yang cik nin takut, kalau maksud dia bukan-bukan. Mau naya orang yang diberikan salam tu didoakan atas maksud 'salam' yang bukan-bukan. Tak ke berdosa namanya....? Huhu...
Dulu masa cik nin pernah 'jalan-jalan' kat sebuah asrama ni, menjadi tradisi junior-junior di sana perlu memberi salam kepada senior-senior setiap kali berselisih jalan. Kalau diorang jalan secara berkumpulan ramai-ramai, setiap orang tu akan beri salam secara serentak dengan menyebut, "serekom kak..." Dah la laju. Bayangkan kalau ada 10 orang senior yang jalan hampir serentak, 10 kali jugaklah diorang bagi salam, "serekom kak...serekom kak...". Dah macam robot pun ada jugak cik nin dengar. Hehe...
Tak tahulah kalau cik nin je yang dengar macam tu. Kalau cik nin tersalah dengar, minta maaf lah yek. Mungkin cik nin belum korek telinga lagi masa tu... Tapi hampir setiap kali jugaklah diorang bagi salam, memang cik nin dengar macam tu. Tak kan lah setiap hari sampai berapa minggu bawak ke bulan, bawak ke tahun cik nin tak korek telinga kan??? haaa... (*heh, bukan betul ke?) Cet. Sapa yang berani kutuk cik nin tu??? Nak kena yek? Grrr.... (*muka konon-konon serius. tapi dalam hati, "alamak... macam mana boleh terkantoi pulak ni...ngeeee~~...")
Cik nin amat-amatlah puji sikap diorang yang sudi dan setia bagi salam pada senior-senior tanda mereka hormat pada senior-senior, tapi kalau salam tu diberi dengan ikhlas dan disertakan pula dengan senyuman manis, bukan kah lebih indah? =) (*mana cik nin tau diorang tu tak ikhlas? memandai je cik nin ni). Heh. biarlah. Saja je nak sedapkan ayat. tak bole ke? hukhukhuk... Oh, tak bole eh? ok, fine... cik nin mintak maaf. T_T
Sebenarnya, nak beri salam pun ada etikanya yang tersendiri... Bukan takat di meja makan je ada etika. Malah, etika untuk memberi salam kalau kita dapat praktikkan lagi manis sebab terang-terangan kita ikut sunnah.
Apakah etika-etika memberi salam tu?
Haa...mai baca kat bawah ni:
Etika Memberi Salam
Makruh memberi salam dengan ucapan "Alaikumus salam."
Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, "Jangan kamu mengatakan alaikas salam." Dalam riwayat Abu Daud disebut, "Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah ucapan salam untuk orang mati." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. di dalam hadis Anas disebut bahawa: "Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali."(Riwayat a;-Bukhari)
Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
- Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki
- Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
- Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok ramai yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
- Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali ada orang yang sedang tidur.
- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
- Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
- Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah, "Wa'alaikum."
- Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama muslim, samada yang dikenali atau tidak.
- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
- Jangan memberi salam dengan isyarat kecuali andai ada kuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
- Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
-sumber: Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah dalam Solusi Isu #13-
Haa... mudah tak? Mudah je kan? Kalau tak dapat laksanakan semua, buat sikit-sikit yang mana mampu dulu pun boleh... Biar kita ada improvement walaupun sikit daripada takda langsung. Btul tak? ;)
---peringatan terutamanya untuk diri cik nin sendiri ^_^ ---
No comments:
Post a Comment