Pages

Saturday, January 1, 2011

I'll Miss U 2010...

Salam, bloggers and readers...

First of all, cik nin nak ucapkan selamat tahun baru atau dalam bahasa sanskritnya (*bukan bahasa sebenar) Happy New Year!!! =D

Ha... amacam azam tahun lepas? Semua tercapai tak? Harap-harapnya ada la yang tercapai. Yang tak tercapai tu, takpe... forwardkan je la utk tahun ni mcm cik nin. hehe...

Tahun 2010 bagi cik nin adalah salah satu tahun yang amat bermakna buat cik nin. banyak sangat kenangan sepanjang tahun 2010 ni. Ada yang baik, dan ada yang pahit. Biasalah... tu semua kan lumrah kehidupan... Cuba bayangkan kalau kita hari-hari makan gula je... Tak mustahil suatu hari nanti penyakit kencing manis atau nama glamournya diabetis mellitus akan meletus ke dalam badan kita dan... kalau hari-hari kita makan garam pulak tekanan darah tinggi pulak la yang akan menekan-nekan diri kita sehingga kita betul-betul tertekan dengan tekanan penyakit yang diberikan. Haa... masa tu barulah menyesal pun dah tak guna... betul tak? Sama lah jugak macam kehidupan. Kena seimbang... sekejap makan garam, sekejap makan gula...sekejap makan peria... hehe...

Tapi untuk tahun 2010 yg baru je berlalu ni, lebih banyak kenangan manis yang cik nin ingati daripada kenangan pahit. Kalau ada kenangan pahit pun, cik nin tak ambil sebagai pahit tapi sebagai manis jugak lepas cik nin dah tapis kepahitannya. (*ceh. dah macam ahli falsampah la pulak cik nin berkata-kata kan? haha...)



2010!!! ~tok wan google mcm biasa~

Apa yang cik nin akan rindui dalam tahun 2010 yang lalu? Ha... Meh cik nin nak habaq mai.

Pada tahun 2010 yang lepas, cik nin dan rakan-rakan pergi ke... ops! teett...!!! salah story. sebenarnya cik nin nak cakap, dalam tahun 2010 yang lalu, banyak aktiviti yang cik nin buat bersama-sama dengan kawan-kawan course cik nin. Antara yang paling cik nin tak dapat lupa ialah masa kami sama-sama anjurkan program merintis al-Khawarizmi. Bermula dari situlah kami semakin mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Lagi satu masa kami buat makan-makan akhir semester. semua kami masak sendiri. seronok sangat! Masa tu lah dapat tengok skill potong timun cik nin yang tak seberapa nih. keh3...

Dalam tahun 2010 ni jugaklah first time majoriti kawan-kawan course cik nin datang beraya kat rumah cik nin (lepas tiga tahun kenal). Cik nin sebenarnya dah lama sangat nak diorang datang rumah tapi selalunya ada je penghalang. Kalau datang pun, sikit je dalam 4-5 orang. Tapi alhadmulillah, pada tahun 2010 lah dapat cik nin rasa kenangan manis yang dah lama cik nin impikan tu. Dah lah itu merupakan raya terakhir kami bersama sebagai coursemates. Lagi bertambah manis bila bukan sahaja kawan-kawan melayu cik nin yang datang, tapi kawan india cik nin pun datang beraya sekali. seronok sangat! Rasa berbaloi sangat cik nin kemas rumah. (*cik nin tukang kemas rumah je... masak mestilah ibu... agagaga...)

Dalam tahun 2010 jugaklah cik nin dapat merasai dan lalui sendiri satu lagi fasa baru dalam hidup cik nin iaitu fasa pekerjaan (masa cik nin pergi praktikal) dan fasa teeettt... haha... biarlah rahsia.(*bajet macam siti nurhaliza lah konon... haha...)

Apa-apa pun, alhamdulillah, cik nin seronok dengan hidup cik nin setakat ni dan sentiasa berjuang untuk hidup, dan untuk kehidupan yang lebih baik jugak. Jom sama-sama berjuang dengan cik nin. Ayuh! Ayuh kita pergi ke sekolah. Ayuh! (*Macam lagu dalam iklan. Haha...tetibe...)



2 comments:

susu said...

i taw fasa apa yg u rahsia tu,teettttttttttttttttt

Cik Nin said...

klau u tau, apakah fasa itu? (sila bisik kat telinga i yek. hehe... teeettt...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...