Assalamualaikum...
Hallooo semuaaa...
Ingat cik nin lagi tak...?
Ape??? Tak ingat dah??? Oh tidaaaakkk...!!! Hukhukhuk...
Takpelah, bukan salah korang. Salah cik nin jugak kan. Kenapalah dah lama sangat cik nin tak berceloteh kat sini kan? Hampir 4 bulan jugaklah since my last post. Lama tu! Kenapa tak terus lengkapkan setahun je kan? heee... *kidding.
Maaf ye semua... bukan cik nin tak nak update. Tapi cik nin kehilangan mood nak update walaupun dah banyak sangat benda yang jadi kat cik nin. Agaknya ada orang curi kot mood cik nin tu. Ni baru dia pulangkan balik. kikiki...
Macam yang cik nin sebutkan tadi, sebenarnya dah banyak sangat benda/perkara yang dah berlaku pada diri cik nin; bermula dengan cik nin tukar tugas di tempat kerja, cik nin berhenti kerja, cik nin konvo sampailah cik nin kerja balik semula. Haa tu dia! banyak sungguh kan? Almaklumlah, 4 bulan punya cerita...
Tapi buat masa ni, cik nin nak anda semua tahu yang cik nin tak kerja lagi di tempat buat coklat (kalau sesiapa yang lost, sila terjah entry ni). Sekarang cik nin jadi guru tadika pulak di Smart Reader Kids. Smart Reader Kids ni takde lah jauh sangat dari rumah cik nin. Kira kalau dah takde transport sangat, boleh la jugak nak menapak. Cik nin pun lebih suka menapak pagi-pagi. Ambil udara segar. (segarlah sangat. Asap kereta je lebih. huuuu...)
Kerja sebagai guru tadika ni kalau kome kome semua nak tahu, bukanlah semudah yang kita nampak. Cabaran dia memang hebat. Tambah-tambah pulak nak didik anak bangsa generasi sekarang. Macam-macam dugaan yang terpaksa seorang guru tadika tu tempuhi.
Cik nin tak boleh nak cakap banyak buat masa ni sebab cik nin pun baru seminggu je bertugas kat sini. Tapi daripada cerita-cerita yang cik nin dengar, kadang kala kita tak dapat jangka perkara tu akan berlaku macam tu. Memang benarlah kata orang, kids nowadays are not like the old days. Begitu juga dengan ibu bapa zaman millenium ni. Yang mana ok tu, ok lah. Yang mana tak faham dan suka salahkan guru tu, tu yang menjadi cabaran hebatnya. Sebab tu guru-guru sekarang (tak kiralah sekolah tadika ke, rendah ke, menengah ke...) perlu lebih bersedia dari segala segi supaya dapat hindari perkara yang tak patut berlaku daripada berlaku di kemudian.
Okay, nampaknya ni sajalah celoteh cik nin buat masa ni. Warm up je baru. Heh~
InsyaAllah cik nin akan update dari semasa ke semasa especially tentang pengalaman cik nin sebagai guru tadika supaya dapat menjadi panduan kita bersama. Oh ya, kalau korang pun ada cadangan atau pengalaman, boleh la jugak kongsi di ruangan komen nanti. Kita share ilmu sama-sama k. daaa~~ ^_^v
With Love,
lama bebenor kamoo menghilang yer..haishhh
ReplyDeletehehe...jgn marah naaa...
ReplyDeletecomelnyer dpt teach budak tadika..mesti so comelkn...dgn gaduh2 manje..
ReplyDeleteyumida> comel tu comel. tp ckgunya la. kejap comel, kejap x brapa nk comel. hehe...
ReplyDeletenway, slamat berkenalan yumida... ^^