Assalamualaikum...
Halloooo Malaysia...!!!
Apa khabaq smua...?
haa... macam yang cik nin dah janjikan dalam entry sebelum ni, (boleh terjah kat ---sini--->) cik nin nak update tentang keadaan atau pengalaman cik nin jadi guru tadika dari semasa ke semasa kan?
So, here we start... ^^
Hari ni merupakan minggu ke-3 cik nin bekerja di sini. So far, nak kata everything is good tu tak jugak tapi nak kata teruk sangat pun tak jugak. Biasalah deal dengan budak-budak kan... ada masa-masa jugak.
Tapi buat masa ni yang cik nin rasa paling mencabar untuk cik nin ialah deal dengan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Let's call her Ashi (bukan nama sebenar). Ashi is just a small girl. She's only 3 but she's already going to school. The biggest challenge to teach her are, (hambek ko. 'are' terus aku bagi. maknanya lebih daripada 1 la kan? hehe...) she doesn't want to listen to the teacher and likes to disturb others. She's also likes to scream like she is the leader in the class. Even 4 years students (of course they are older than her) afraid of her.
*Erk, ape ke hea pulak cik nin spekong memalam buta ni?
Ops! sorry sorry... Terlupa pulak cik nin nak bagitahu, kat tadika tempat cik nin ngajar ni, bahasa perantaraan utama dia bahasa inggeris. Second language dia baru bahasa melayu. So, setiap hari la cik nin kena speaking spekong dengan budak-budak kat sana and also with the teachers. Tak tahulah tepat ke tak, main tibai je cakap. hehe...
Ok, back to our story, this little girl, Ashi, selalu nampak macam nak memberontak bila kita 'paksa' dia buat sesuatu. (Actually nak kata paksa sangat tu tak jugak. Walaupun baru pertama kali nak mintak dia buat pun kadang-kadang she feels like we force her to do). And, this little girl kalau kita marah atau tinggi suara bila cakap dengan dia, lagi dia nampak memberontak dan tak nak ikut cakap kita. Tapi bila pujuk dia, cakap slow slow dengan dia, baru dia nak ikut cakap. Yang tu yang cik nin nampak la. And her grandma also told me the same. So, as a teacher like me, we need to be so patient when dealing with this type of student like her (walaupun dalam hati kadang-kadang rasa macam nak cekik-cekik je budak ni. heee~~).
Tapi yang peliknya, kalau assistant teacher yang agak garang tu marah dia, tak pulak dia memberontak. Tau pulak takut dan nak ikut arahan. Tapi kalau teacher nina dia ni yang marah, takde nak makan samannya... Dia tak kan ikut kata selagi teacher nina dia ni tak slow talk dengan dia.
Dari awal kenal dia, sampailah hari ni, hampir setiap malam cik nin akan fikir about this girl; esok nak handle dia macama mana, esok nak tackle dia macam mana, esok nak buat apa kat dia kalau dia tak nak ikut time buat aktiviti dalam kelas, esok nak bla..bla..bla... Semuanya pasal dia.
Cik nin bukannya apa, cik nin sayangkan dia. I think she's too young to go to school. Bayangkan, masa kanak-kanak sebaya dia yang lain tengah dok enjoy tengok kartun kat rumah, dia dok ngadap buku kat sekolah. Bila kanak-kanak lain tengah seronok main game kat rumah, dia dok 'seronok' kena marah dengan teacher kat sekolah. Cik nin takut satu hari nanti dia rasa fed up dan langsung memberontak tak nak pergi sekolah. Yang lagi teruk bila dia fobia langsung dengan sekolah walaupun hanya dengar perkataan 'sekolah'. Lagi satu yang cik nin bimbang bila dia ke sekolah dalam usia yang terlalu muda dan dia dah belajar banyak benda, dia akan rasa cepat bosan bila dia di sekolah rendah nanti sebab dia rasa semua benda dia dah tahu dan perkara tu hanya diulang-ulang je. So time tu mula la dia buat perangai untuk tak nak ke sekolah. Cik nin bukan cakap kosong, tapi cik nin cakap berdasarkan pengalaman yang terjadi depan mata cik nin. Kerisauan ni bukan untuk Ashi je, tapi untuk kanak-kanak lain juga.
Jadi ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak anda belum betul-betul bersedia untuk ke sekolah, cik nin cadangkan janganlah paksa mereka ke sekolah. Biarlah mereka bermain di rumah dengan aman atau kalau bukan di rumah sekalipun, sekurang-kurangnya di taska (kalau dah takde sesiapa langsung yang boleh jaga mereka di rumah). Biarlah mereka belajar secara tak formal dahulu. Bak kata orang, belajar secara enjoy enjoy je dulu. Tak yah stress stress sangat. Bukan apa, takut nanti disebabkan kita nak anak kita cemerlang, kita sebenarnya secara tak langsung spoilkan masa depan dia. Nauzubillah.
ok, tu je dari cik nin buat masa ni. Sesiapa yang ada cadangan atau pandangan, boleh la kemukakan di ruangan komen di bawah yek. (dah macam pengacara tv la pulak cik nin rasa. hehe...)
Daa~~~
p/s: kami guru baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. ngee~~ ^_^v
Salam sayang,
bgus la cik nin ni..... ttp mengajar.... w'pun blum dipanggil....
ReplyDeletealhamdulillah... semangat keguruan tu menebal dlm diri. :)
ReplyDelete