Pages

Thursday, June 23, 2011

Sebulan Sudah...

Pejam celik pejam celik, hari ni bersamaan 23 Jun 2011, genaplah sebulan cik nin kerja kat tempat ni. (Of course la kalau termasuk cuti kan. Kalau tak masuk, tak sampai sebulan pun. Cik nin kan pekerja paling 'rajin'... so banyak la cuti. kehkehekeh...=p ) Nak tahu cik nin kerja kat mana? boleh terjah ramai-ramai kat entry yang ni.

Alhamdulillah... setelah sebulan, cik nin makin selesa berada di sana dan setiap hari ada je perkara baru yang cik nin belajar. Kalau bukan pasal pembungkusan produk, pasal pembuatan. Kalau bukan pasal pembuatan produk, pasal kehidupan. Semua diadun dalam satu tempat. Walaupun gajinya tidaklah semahal mana, tapi cukuplah untuk orang yang nak cari pengalaman dan ilmu sementara menunggu kerja tetap macam cik nin ni... =) Lagipun kerja ni sampai sabtu je. Hari ahad cuti... (ni yang paling penting ok... Haha...) dan tak perlu nak jenguk muka customer setiap hari. Setakat duduk ngadap barang je. Haa... senang je kan? Gaji pulak kira hari. so kalau agak-agak ada hal nak mintak cuti, senang la lepas. Nak berhenti bila-bila masa pun boleh. Tapi of course la kena inform bos dulu kan.. ^_^

Bila cik nin dapat kerja ni, cik nin dapat jugak rasakan kebesaran-Nya. Memang Dia Maha Mengetahui kerja yang sesuai dengan jiwa cik nin dan apa yang diaturkan lepas cik nin dapat kerja ni sangat cantik. Subhanallah...

Dalam semua-semua ok tu ada satu je tak ok yang cik nin rasai setakat ni (harap takda yang lain la lepas ni). Cik nin kurang berpuas hati dengan kasut dan sarung tangan yang disediakan. Bukan tak cantik ke apa, tapi saiznya agak besar untuk cik nin. Kalau sarung tangan tu, takat nak bungkus-bungkus ok la. Tapi kalau cik nin nak tolong kat dapur dan memerlukan cik nin guna hanya hujung jari, tu yang mencabar tu. Asyik kena tarik je sarung tangan tu bagi betul-betul ada kat hujung jari cik nin. Panjang sangat. heee... Kasut yang besar tu pulak asyik dok tersekat kat kerusi je bila jalan. Sedar-sedar kerusi dah jatuh. Haha... Adeh~ Kadang cik nin ingat kaki dah lepas dah. Rupanya tersangkut sebab kasut tak lepas. huhu...

Ok, tu je kot buat masa ni. Oh, next entry cik nin cerita pasal LRT ular pulak ya. Memang geli! Tunggu...

With Love,

Dah update: boleh pergi kat --->>> sini  kalau nak baca ^_^


Jangan malu jangan segan, like la kalau suka

3 comments:

Iwase Kenzo said...

ko keje ape ye enin..

misz myza said...

post gambar kasut n sarung tgn plz... nak tgk... hahahhahahha

Cik Nin said...

iwase kenzo> kan aku dh bg link tu, klik je la klau nk tau =)
misz myza> haha... wokeyh2. klau cik nin teringat n rajin nk amik gmba cik nin post nnt kat sni k. insyaAllah... =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...