Pages

Wednesday, May 25, 2011

Baru Hari Kedua Dah Diuji!

Ok, kita sambung cerita dari entry yang NI yek.

Seperti yang cik nin dah bagitahu dalaim entry tu, hari ni merupakan hari kedua cik nin bekerja di sana. 
Tapi...
Tadi...

Cik nin telah diuji sikit oleh Allah.

Begini kisahnya... Masa bos cik nin call (hari Jumaat yang lepas) untuk panggil cik nin bekerja, cik nin dah bagitahu dia awal-awal dah yang cik nin akan ambil cuti dalam minggu depan untuk settlekan hal family. Selamba je kan cik nin ni. Belum mula kerja lagi dah demand nak mintak cuti. huhu... Tapi bagi cik nin, biarlah cik nin berterus terang. Masa tu bos cik nin macam ok je. Dia kata datang lapor diri dulu nanti baru bincang semula (pasal cuti). 

Dah lapor diri semalam, dia pun bukak topik tu. Lepas dah bincang-bincang, dia pun setuju cik nin ambil cuti tapi dengan syarat kena isi borang cuti. So tadi pagi-pagi lagi cik nin dengan semangat dan penuh yakinnya isi la borang cuti tu.... 

Tapi...

Lepas lunch tadi...

Kerani bagi tengok balik borang tu yang dah ditanda tangan oleh bos kitorang dan suruh cik nin tengok kat status permohonan. Mata cik nin terus tertancap (ade ke perkataan ni? Belasah je la kan. peace~) kat perkataan yang dibulatkan. TIDAK DILULUSKAN. TIDAK DILULUSKAN??? OH NO! 
Kenapa ni? semalam kata ok. Hari ni lain pulak ceritanya? Mana satu ni encik??? huaaa!!!

Perasaan cik nin masa tu hanya Tuhan je yang tahu. Nak buat kerja pun rasa macam terhilang sikit mood. Tapi cik nin cuba jugak fikir positif dan sediakan back up plan kalau jawapan yang akan cik nin terima nanti tak memberangsangkan. Sementara nak start OT tadi cik nin pun pergi lah memberanikan diri tanya bos cik nin yang sign borang tu...

Cik nin: Assalamualaikum... (dengan senyuman manis dan penuh mengharap)
Encik S: Waalaikumussalam... kenapa? nak OT ke? nak balik?
Cik nin: Nak tanya... (lain yang ditanya, lain pulak minah ni jawab kan. hehe... ). Permohonan cuti saya tu.... 
             (belum sempat cik nin habiskan ayatm terus Encik S jawab)
Encik S: Saya dah luluskan. (dengan senyuman)
Cik nin: Hmm...tapi... encik tulis tak diluluskan... (muka sedih la konon)
Encik S: Haa? yeke? Pergi amik balik (borang tu)
Cik nin: (berlari-lari anak untuk mendapatkan borang dengan perasaan yang sedikit gembira dan muka yang kembali ceria)
Encik S: (lepas tengok borang). Eh! Astaghfirullahalazim.. saya nak pangkah yang tak diluluskan ni. (tapi terbulat pulak so cepat-cepatlah dia potong yang tak diluluskan tu...)

So kesimpulannya, cik nin dapatlah cuti. Tapi nampak tak something kat situ? Kadang-kadang Allah sengaja nak uji kita walaupun dengan benda sekecil tu. Tapi kalau kita bersabar, fikir positif dan hanya berharap kepada-Nya insyaAllah ujian tu akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan walaupun kadang-kala penyelesaiannya tak terduga. InsyaAllah... =)

With Love,



Jangan malu, jangan segan. Like la kalau suka

4 comments:

mashi said...

bos sayang cik nin...aaaa tak tauuu aaaa tak tau..

:P

Cik Nin said...

hehe...bos tu dh kawen la mashi...

fRaMe+LenSeS said...

Ujian tu ALLAH syg kat cik nin.. sabar tau.. :)

aippp.. aiipp.. Nadh datang melawat ni.. salam lawat.. salam ziarah..

Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)

Cik Nin said...

hmm..btul jgk tu kan. yea yea!! Allah syg cik nin =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...