Pages

Wednesday, January 4, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia.

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan untuk tahun 2012. So rasanya belum terlambat lagi untuk cik nin wish, selamat kembali ke sekolah buat adik-adik yang masih bersekolah. =)

Hari ni jugak merupakan hari pertama dan pengalaman pertama cik nin sambut kanak-kanak tadika yang baru nak masuk sekolah. Fuh~! seram sejuk jugaklah sebenarnya malam tadi. Yela, takut benda-benda yang teruk yang tak dijangka akan berlaku.... Al-maklumlah... pertama kali kan... Tak pernah lagi hadapi keadaan macam ni.... huhu...

Tapi alhamdulillah, today not so bad. Mula-mula tu ada jugak la rasa kekoknya especially bila parents ada. but at the end, alhamdulillah, cik nin boleh biasakan diri.

Nak sebut kanak-kanak yang nangis tu of course la ada kan. Nama pun pertama kali nak masuk sekolah. Ada yang dah pernah masuk sekolah tu pulak dah sedap cuti, tu yang nangis-nangis tak nak pergi sekolah tu. Tak kurang jugak ada yang cuba nak mengasingkan diri dalam kelas. Tapi alhamdulillah, walaupun ambil masa sikit, cik nin dan kawan-kawan lain berjaya tackle diorang supaya join aktiviti bersama. Dan ada tu yang main sampai tak fikir pun nak balik rumah. Padahal awal-awal tadi dia yang paling tak nak campur. hehe...

Cuma ada sorang ni je yang kitorang tak boleh nak buat apa-apa sebab dia dah balik awal-awal dah. Dia datang, stay sekejap lepas tu rasa tak nak, terus ayah dia bawak balik. Kalau ayah dia tinggal je dia kat situ, rasanya insyaAllah dia pun akan ok sebab kanak-kanak ni biasanya kalau ada ibu ayah dia depan mata, dia manja sikit. Tapi bila ibu ayah takde, boleh je diorang bersosial antara satu sama lain. Macam kanak-kanak yang lain tadi. ;)

Overall, cik nin boleh kata it was a good experience. Cik nin harap, tomorrow will be much much better. InsyaAllah... amin... please pray for us also k! ;D

Semalam tadika dipecah masuk. 2 buah pc lesap. Yang kelakornya, biskut pun dia nak curi. Agaknya azam tahun baru dia "mencuri sebanyak mungkin" kot... huhu... Semoga Allah memberi dia (dan kawan-kawannya) hidayah. Amin...

5 comments:

LydSunshine said...

MUngkin masa dia tgh mengangkut PC tu, tetiba rasa lapar.

Cik Pulau said...

untung ler .. ada pengalaman handle dak kecik. hihi..

rasanya kan. masa nak angkut pc tu.. tak larat.. so nak kasi tambah tenaga. tu yg biskut pun dia kebas.. hahaha.. lawak seyhh...

Cik Nin said...

lydsunshine> haha..mungkin lah. Tapi biskut tu dia tertinggal depan pintu dengan plastik sampah. Agaknya kalut sangat sampai tertinggal. hehe...

cik pulau> haha... biskut tiger tuh. ada kemungkinan jugaklah nak bg tambah tenaga :))

mastura said...

haha..sabo ajelakan...bdk2 cmgitu la kan.. tang pencuri tu..dia dah kebulursgt la tu nk mkn..kang xde tenaga nk lari plak..

Cik Nin said...

k.mas> haha... tu lah. kena full tang dulu baru ada tenanga lari laju kan. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...